28/07/2025
Dulu kami diam, bukan kerana hilang… tapi sedang bersedia untuk bangkit lebih kuat.
Kini, pentas hijau kembali jadi saksi perjuangan kami.
Perlawanan pertama — kami sudah bersedia! 💪🔥
Sebuah page pasukan bola sepak dalam daerah Lipis. Dijenamakan semula pada 2018.
28/07/2025
Dulu kami diam, bukan kerana hilang… tapi sedang bersedia untuk bangkit lebih kuat.
Kini, pentas hijau kembali jadi saksi perjuangan kami.
Perlawanan pertama — kami sudah bersedia! 💪🔥
01/03/2025
“Bulan Ramadan adalah kesempatan yang istimewa untuk membersihkan hati dan jiwa kita. Semoga Allah SWT memberkati setiap langkah kita dalam menjalankan ibadah puasa. Selamat menjalankan ibadah puasa!” Ikhlas daripada Berchang FC
26/01/2025
Salam Isra' dan Mi'raj kepada seluruh umat islam seluruh dunia iklas daripada keluarga Berchang FC..
04/12/2024
Berchang FC mengucapkan selamat maju jaya kepada semua calon SPM 2024 yang akan menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu dan ujian amali Sains.
Semoga usaha, doa, dan tawakal anda membuahkan kejayaan yang cemerlang. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda! 💪
27/09/2024
Alhamdulillah, pada pagi tadi Berchang FC telah selesai menyambut Maulidur Rasul peringkat Kampung Berchang dengan penuh rasa syukur dan kemeriahan. Sambutan ini berlangsung dengan suasana yang harmoni, memperingati perjuangan dan pengorbanan Rasulullah SAW yang menjadi teladan sepanjang zaman.
Aktiviti bermula dengan perarakan dari Sekolah Kebangsaan Berchang menuju ke Masjid Berchang sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, menghidupkan lagi semangat kecintaan dan kerinduan kepada Baginda. Perarakan ini turut mendapat sambutan meriah daripada penduduk kampung.
Antara kontijen yang terlibat dalam perarakan adalah JPKK & JKK Masjid, belia Berchang, WI Berchang, warga SK Berchang, PASTI Berchang serta Tabika KEMAS Berchang.
Semoga program Maulidur Rasul ini menjadi asbab kita meraih syafaat Baginda di akhirat nanti.
16/09/2024
Berchang FC mengucapkan Selamat Hari Maulidur Rasul 1446H dan Selamat Hari Malaysia 16 September 2024. Semoga kita bersama mengingati Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W dan pejuang-pejuang negara kita dalam perjuangan mempertahankan Agama Islam dan Negara kita.
06/07/2024
Salam Maal Hijrah kepada seluruh warga Berchang FC. Semoga tahun baru ini akan menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelumnya.
09/04/2024
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin daripada keluarga Berchang FC.
11/03/2024
Selamat menyambut bulan Ramadan Al- Mubarak kepada seluruh umat islam di dunia ikhlas daripada Berchang FC..
28/02/2024
Perlawanan persahabatan sebentar lagi Berchang FC akan bertandang ke gelanggang Limau Purut FC.