26/12/2019
JKKK Kg. Sama, Benta, Kuala Lipis
JKKK Kg. Sama diasaskan oleh Tun Ghazali Shafie, Menteri Dalam Negeri (KDN)
26/12/2019
MAKLUMAT TERKINI BANTUAN SARA HIDUP (BSH) 2019
BOLEH RUJUK : https://bsh.hasil.gov.my/Home.aspx
Pembayaran Fasa Pertama BSH 2019 akan dibuat mulai 28 Januari 2019 bagi pemohon yang lulus semasa BSH 2018.
Kategori pemohon lulus BSH 2018 yang layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
• Berkahwin (Pemohon dan Pasangan adalah warganegara Malaysia); atau
• Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan; atau
• Warga emas sebatang kara
Kategori Pemohon lulus BSH 2018 yang tidak layak menerima bayaran Fasa Pertama BSH 2019 adalah seperti berikut:
• Berkahwin (Pasangan bukan Warganegara Malaysia); atau
• Bujang / Ibu bapa tunggal tiada tanggungan; atau
• Bujang yang mempunyai tanggungan
Bagi pemohon yang tidak layak menerima pembayaran Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat permohonan baru BSH 2019 sekiranya memenuhi syarat kelayakan. Manakala pemohon yang layak menerima Fasa pertama BSH 2019, perlu membuat kemas kini permohonan BSH 2019 dengan maklumat yang betul dan terkini. Permohonan baru dan kemas kini BSH 2019 boleh dibuat semasa tempoh pendaftaran BSH 2019. PENDAFTARAN PERMOHONAN DIBUKA BERMULA 1 FEBRUARI 2019 HINGGA 15 MAC 2019
24/07/2017
Sambutan majlis hari raya aidilfitri Kg Sama.. Blackk Eiza
13/04/2017
Majlis ramah mesra angota rela kg sama bersama PRD dan PPRD
HEBAHAN
Mini RTC Melayu Jerkoh dan SWCorp Kuala Lipis dengan usahasama JKKK Kampung Melayu Jerkoh akan mengadakan Hari Kutipan Sisa Pepejal Dan Barangan Kitar Semula. Maklumat program seperti dibawah:
Program : HARI KUTIPAN SISA PEPEJAL DAN BARANGAN KITAR SEMULA
Tarikh : 18HB MAC 2017 (SABTU)
Masa : 3.00 PETANG
Lokasi : Dataran Kampung Melayu Jerkoh ( Ketapang )
Pihak SwCorp akan membeli barangan kitar semula . Marilah sama-sama kita menjaga kebersihan kampung dengan mengamalkan amalan KITAR SEMULA.
PROGRAM INI AKAN DIADAKAN SETIAP BULAN PADA HARI SABTU MINGGU KE TIGA.
18/01/2017
NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK YANG MELIBATKAN KAMPUNG SAMA DAN SEKITAR PADA :
21/1/2017 (SABTU) - 12.00 MALAM - 1.00 PAGI DAN 10.00 PAGI - 11.00 PAGI
22/1/2017 (AHAD) - 9.00 PAGI - 6.00 PETANG.
SEBAB GANGGUAN : KERJA-KERJA MENAIKTARAF PENCAWANG MASUK UTAMA BENTA.
SEKIAN MAKLUMAN
15/10/2016
Memasak bubur asyura di masjid kg sama..
31/08/2016
Sambutan malam ambang merdeka..
26/07/2016
27/05/2016
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
Anda peniaga makanan dan minuman?
Anda pembuat kuih-muih?
Anda bekerja dalam bidang berkaitan makanan dan minuman?
Anda MESTI telah menghadiri dan memiliki SIJIL PENGENDALIAN MAKANAN yang diiktiraf..
APA????? TIADA SIJIL PENGENDALIAN MAKANAN??
ANDA ADALAH LAYAK DIKENAKAN DENDA JIKA TIADA SIJIL INI.
Pihak Pengurusan Mini RTC Melayu Jerkoh akan mengadakan kursus Pengendalian Makanan seperti berikut :
Tarikh : 4hb Jun 2016
Masa : Bermula 10.00 pagi
Venue : Dewan Orang Ramai Kampung Melayu Jerkoh
Yuran :RM50.00/peserta
TERBUKA KEPADA 30 ORANG PESERTA TERAWAL MENDAFTAR
AYUH MENDAFTAR. HUBUNGI KAMI SEGERA
26/05/2016
Mesyuarat kospen kg sama
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Website
Address
BENTA
Kuala Lipis
27300