ATM Futsal

ATM Futsal

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ATM Futsal, Sports Team, Kem Kementah, Kuala Lumpur.

Akaun rasmi pasukan futsal Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (ATM FA)

ATM Futsal adalah pasukan yang pernah bermain di Liga Futsal Kebangsaan & Malaysia Premier Futsal League (MPFL)

01/05/2026

Seterusnya, Perlawanan Persahabatan Pra Musim menguji pasukan juara MPFL Div 2

30/04/2026

Seiring dengan tuntutan futsal moden, ATM Futsal buat pertama kali membawa masuk pegawai analisis bagi memperkukuh aspek data dan prestasi pasukan.

Kehadiran Syafiq Hazwan akan membantu pasukan dari sudut analisis permainan, memastikan setiap perincian dinilai dan prestasi berada pada tahap yang diperlukan.

Beliau mempunyai pengalaman bersama Perak FA, Shah Alam City, Selangor FC B19 serta UniKL FC (Liga IPT).

28/04/2026

Keputusan penuh
ATM Futsal 2 — 6 JDT Futsal

Ujian pra musim yang jelas bezanya. JDT lebih tajam di depan gol, ATM ada momen tapi kurang penyudah.

Masih awal, banyak ruang untuk perbaiki sebelum musim bermula.

15/04/2026

I've just reached 2K followers! Thank you for continuing support. I could never have made it without each and every one of you. 🙏🤗🎉

Photos from ATM Futsal's post 15/04/2026

Empat tahun perjalanan ATM Futsal di MPFL, sama ada di Divisyen 1 atau Divisyen 2, penuh dengan cabaran dan proses yang membentuk pasukan ini hari demi hari.

Sejajar dengan asas yang dibina, musim 2026 menjadi sambungan kepada usaha tersebut. Dengan pendekatan yang lebih tersusun dan fokus yang jelas, ATM Futsal bersedia untuk memberi saingan yang lebih konsisten kepada pasukan-pasukan elit seperti JDT, Selangor FC, Pahang Rangers, Sabah, Kuala Lumpur City, Terengganu, PFA Odin Sarawak, USM FC dan MSWP.

Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia

08/04/2026

Barisan kejurulatihan pasukan ATM Futsal bagi musim 2026.

🔴 Izmir Firdaus — Ketua Jurulatih
🔴 Azizol Zainun — Penolong Jurulatih
🔴 Fazli Abu Bakar — Penolong Jurulatih
🔴 Azizi Bin Rosli — Jurulatih Penjaga Gol
🔴 Sukri Mat Hamidi — Jurulatih Kecergasan
🔴 Rizal Kaharudin — Kitman

05/04/2026

Kami ingin mengucapkan selamat berjuang kepada pemain ATM FA,
Koperal Alif Iqwan dari Batalion ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja Para, Kem Terendak Melaka.

Beliau berjaya menempatkan diri dalam senarai akhir AFF Futsal 2026 di Bangkok, Thailand. Beraksi di posisi pivot, kami mendoakan agar beliau mampu memberikan yang terbaik untuk pasukan negara 🇲🇾

Harumkan nama negara. Langgar!

Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia

04/04/2026

ATM FA 3️⃣ – 3️⃣ Kuala Lumpur City FC

Perlawanan pra musim yang penuh intensiti.
Banyak peningkatan, banyak yang boleh dibina.

Kami belum selesai.
Terima kasih Kuala Lumpur City FC atas jemputan perlawanan pra-musim
Ada orang tanya. ATM musim 2026 ini ada import ke?
Tunggu kami akan update secara berkala. Medan ni baru nak panas.

30/03/2026

Teruskan usaha!

26/03/2026

Tahniah Kpl Shamsuri dan Kpl Alif Iqwan kerana terpilih ke latihan pusat pasukan kebangsaan bagi kejohanan Futsal AFF 2026.

Teruskan berjuang untuk menempah tempat 14 terbaik ke AFF nanti.

Photos from Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia's post 18/03/2026

Tahniah player atm 💪🏻

Photos from ATM Futsal's post 21/06/2025

Alhamdulillah, satu lagi kemenangan buat ATM.
Canaan FC 2-4 ATM.

Kami bersyukur dengan tiga mata penting ini dan terus fokus untuk perlawanan seterusnya. Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus. 🙏
Kami akan terus berjuang!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kem Kementah
Kuala Lumpur