ATM Futsal

ATM Futsal

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from ATM Futsal, Sports Team, Kem Kementah, Kuala Lumpur.

Akaun rasmi pasukan futsal Persatuan Bola Sepak Angkatan Tentera (ATM FA)

ATM Futsal adalah pasukan yang pernah bermain di Liga Futsal Kebangsaan & Malaysia Premier Futsal League (MPFL)

04/06/2026

JADUAL PERLAWANAN PASUKAN FUTSAL ATM UNTUK BULAN JUN 2026

————————————

ATM FUTSAL TEAM FIXTURES FOR JUNE 2026








23/05/2026

8 gol berjaya dihasilkan oleh geng askar selepas 3 perlawanan pertama saingan MPFL 2026.

Kapten pasukan, Shamsuri terus mengetuai carta jaringan ATM Futsal selepas hatrik beliau ketika menentang USM FC tempoh hari.

Bukhari “Pacat” p**a mengikuti rapat dengan 2 jaringan setakat ini. Manakala Alif Iqwan “Nose” dan Akhram “Mushroom” masing-masing turut menyumbang satu gol buat Sang Askar.

Perjuangan masih panjang, ATM Futsal akan terus memburu mata penting dalam saingan musim ini.


Photos from ATM Futsal's post 23/05/2026

Alhamdulillah, 3 mata pertama berjaya diraih buat ATM Futsal bagi musim MPFL 2026 selepas menewaskan USM FC. Kapten pasukan, Samsuri muncul wira apabila meledak hatrik untuk memastikan kemenangan penuh bermakna buat skuad Sang Askar.

Semoga kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk terus konsisten dan membawa ATM Futsal bersaing lebih jauh musim ini. 💚⚔️



19/05/2026

Sirkit 1 yang lepas menjadi pengajaran besar buat kami.
Kini fokus sepenuhnya terarah ke Sirkit 2.

Kami akan turun dengan persiapan yang lebih rapi demi terus kekal bersaing dalam saingan Malaysia Premier Futsal League 2026.

Singa yang terluka selalunya berbahaya.

Photos from ATM Futsal's post 19/05/2026

Perlawanan kedua MPFL 2026

18/05/2026

Minggu yang getir 2 gergasi futsal negara menjadi lawan. Teruskan usaha.

15/05/2026

JADUAL PERLAWANAN | SIRKIT 1 MPFL 2026
Cabaran pertama buat ATM Futsal dalam saingan Malaysia Premier Futsal League 2026 bakal bermula minggu ini di Stadium Tertutup MBPG, Johor.

16 Mei 2026
🆚 Pahang Rangers FC 🕔 5.00 Petang

17 Mei 2026
🆚 Selangor 🕜 1.30 Petang

Dua aksi awal yang cukup mencabar buat The Gladiators, namun seluruh pasukan sudah bersedia memberikan aksi terbaik demi ATM Futsal.

Doakan perjuangan kami dan jumpa anda di Sirkit 1! 🔥

Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia

14/05/2026

MASUK BARIS
'Inilah barisan kita, Yang Ikhlas Berjuang'.

Semua pemain ATM Futsal kini bersedia untuk membuka tirai cabaran MPFL 2026 minggu ini. Walaupun kami bakal berdepan antara pasukan terbaik Malaysia ( & ) semangat serta perjuangan pasukan tidak akan pernah luntur.

Kami datang bukan sekadar melengkapkan jadual.
Kami datang untuk berjuang demi lencana di dada dan nama ATM Futsal.

InsyaAllah, kami janji akan berikan yang terbaik di atas gelanggang.
Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia

14/05/2026

TEAM BEHIND THE TEAM 💚

Ketua Jurulatih - Izmir
Pen. Jurulatih - Azizul
Pen. Jurulatih 2 - Fazli
Jurulatih Penjaga Gol - Azizi
Jurulatih Kecergasan - Sukri
Analisis - Syafiq
Kitman - Rizal
Fisio - Syariman

Kami sudah bersedia.

Persatuan Bolasepak Angkatan Tentera Malaysia

Photos from ATM Futsal's post 21/06/2025

Alhamdulillah, satu lagi kemenangan buat ATM.
Canaan FC 2-4 ATM.

Kami bersyukur dengan tiga mata penting ini dan terus fokus untuk perlawanan seterusnya. Terima kasih atas sokongan yang tidak pernah putus. 🙏
Kami akan terus berjuang!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Kem Kementah
Kuala Lumpur