KV Unite

KV Unite

Share

Kami tak ramai tapi kami ada!!!

29/06/2023

SALAM EID AL ADHA

06/06/2023

| MATCHDAY | HARI PERLAWANAN |

KV Unite vs CIDB FC
09:30 pm
BB SPORT PARK MELAWATI

Debaran makin terasa, kaki pun dah terketar-ketar dah ni. Malam ini jangan lupa gais. Kepada yang dah ada isteri dah boleh bagi maklumat awal dah, bagi bisikan halus kat tepi telinga dia seperti alunan suara yusuff taayooob. Kalau perlu rasuah, bagi je rasuah gais. Janji malam ni abang dapat sepak bola kat padang.

Macam biasa mainlah dengan penuh semangat kesukanan. Kalau nak parappp pihak lawan, parap lah dengan hati². Kaki nak pakai lama gais silap parap kaki kau yang sakit. Yang penting kita kekalkan rekod tanpa kalah sejak jersey baru. Kemon gais!!!!!


04/06/2023

NEXT MATCH GAIS!

Persiapkan diri korang, jangan scam kawan-kawan. Jangan cakap abang tak cakap awal. Abang tak mintak gol banyak. Tapi kalau pihak lawan yang sedekah jangan ditolak! Orang sedekah kita ambik je.

Sejak-sejak team masuk dah masuk live Youtube ni makin menjadi-jadi ada yang ajak nak friendly. Biar satu bukit bintang kenal KV Unite gais. Kita pasti akan terkenal gais.


Photos from KV Unite's post 31/05/2023

FULL TIME!

KV Unite 3 - 2 PPZ Fc

Rekod masih bersih sejak jersey baru dilancarkan!!! Tahniah!!! Siuuuuuuuuuuuuuu~~~~~

Kepada penjaring gol boleh tengok kenangan manis anda di Youtube!! Boleh simpan untuk tatapan anak cucu di hari tua nanti!!!

Kepada pasukan lawan. Terima kasih di atas semangat kesukanan. Berjumpa lagi di lain waktu.


31/05/2023

HARI PERLAWANAN!!!
KV Unite vs PPZ Fc
31 Mei 23
BB SPORT PARK, MELAWATI
08:00 pm

Kepada pemain diingatkan datang awal dan membuat persiapan sewajarnya. Jangan ada yang bagi alasan lambat sebab tertinggal lato² kat rumah pulak. Zaman lato² dah habis tuan².

Malam ini kita lawan team kutip zakat. Jangan sebab dia geng ustat² korang bagi gol percuma pulak. Defend harus kental. Serangan harus padu. Kalau nak parap hati²..jangan sampai mendatangkan kecederaan yang serius.

Malam ni ada live dekat youtube https://www.youtube.com/live/Kv0cj8VXxLs?feature=share . Main betul² sbb ada rakam ni..kalau kena oley jemmm weyhh sebab sampai ke tua video tu ada.

Good luck diucapkan kepada semua pemain yang akan terlibat pada perlawanan malam ini.

21/04/2023

Warga KV Unite Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.

20/04/2023

Sahur di ramadhan terakhir...sekian harap maklum

17/04/2023

[Riadah Futsal KV Unite Family di hujung Ramadhan mencari Lailatul Qadar]

Lupakan seketika kisah tangga dan mira..Terima kasih di atas kehadiran semua walaupun ada jugak yang scam disaat akhir. Nextime kalau turun memang kita pariap kaki dia tu. InsyaAllah berjumpa lagi kita selepas raya.

Mesti anda tertanya-tanya mana gambar kan..tak kan lah video je ada.? Ya ada video je..ni pun dapat Ihsan member je.. nak harapkan si brader yang jaga padang futsal tu lagi teruk. Banyak main lato² je dalam kaunter. Ada cctv tapi tak tahu apa fungsinya. Mungkin nak tengok skill korang lah kot. Dia nak copy n paste untuk dia main kat negara dia. Majulah sukan untuk KV Unite.

Photos from KV Unite's post 12/04/2023

I REPOST I
KV Unite 5 vs 0 SMADAF FC
5 APR 23
Brainy Bunch Melawati

05/04/2023

[TAMAT MASA]

KV Unite 5-0 SMADAF FC

Tahniah kepada semua pemain dengan semangat yang dipersembahkan. Tiada lagi keeper tersakiti. Cuma ada pemain yang tersakiti disebabkan gol yang dijaringkan tidak dikira disebabkan korang 'curi ayam' tadi. Usaha lagi jangan terperangkap dengan OFFSIDE. Lain kali bagi rasuah kuih karipap bazar ramadhon 2 3 biji dekat linesman tu.

Dengan rasminya jersey baru tadi. Lain macam punya semangat nak jaringkan gol. Kepada pihak lawan cuba lagi di lain masa. Untuk keeper gantian tadi jangan seronok sangat, nasib baik defend padu. Sekian terima kasih.

05/04/2023

Perlawanan persahabatan
KV Unite vs Smadaf Fc
🏟Brainy Bunch Melawati
⏰️10:15PM

Perlawanan di bulan RAMADHAN. Dengar dengar ada orang nak sumbat gol malam ni. Kena pulak rasmi jersey baru malam ni. Jersey dah baru main biar paduuuuuu. Jangan takut kita lawannnnnnnnnn. SEMOGA BEROLEH KEMENANGAN!!!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur
50050