Kelab Sukan Hospital Kuala Lumpur

Kelab Sukan Hospital Kuala Lumpur

Share

Kemaskini aktiviti semasa Kelab Sukan Hospital Kuala Lumpur

Photos from Kelab Sukan Hospital Kuala Lumpur's post 24/08/2026

Salam Maulidur Rasul & Monday Blues..

Berikut adalah keputusan peserta-peserta HKL yang berjaya menghasilkan pingat :-

Emas - Catur Individu

Perak - Bola Jaring
Bowling ( Berempat Lelaki )
Bowling ( Masters 20 L )

Gangsa - Darts ( Beregu Lelaki )
Darts ( Beregu Wanita )

Tahniah min ucapkan kepada semua penyumbang pingat untuk HKL..

Untuk pasukan badminton & bolasepak min akan bisik dengan SUk untuk lipatgandakan usaha dan kecergasan pemain-pemain sebab vibe inter state KKM tidak sama dengan kejohanan tempatan seperti makswip dsbnya..
Squad Depth HKL perlu diperbesarkan supaya HKL boleh berdaya saing & kompetetif..

Kelab Sukan HKL beriltizam untuk mencari lagi bakat-bakat baru untuk Jelajah Kecergasan di Terengganu 2028.

‘Bulat Air Kerana Pembetung,
Bulat Manusia Kerana Muafakat,
Kepada Allah Kita Berserah..

22/08/2026

Syukur Alhamdullilah

Tahniah pada kontinjen HKL berjaya menempatkan diri dalam Top 10..

Berkat usaha dan keringat yang dicurahkan demi HKL..
Kelab akui banyak homework kena buat supaya HKL boleh lebih berdaya saing & bagi saingan lebih kompetetif..

Head up HKL 🥰..
No.9 dari 17 bukan satu misi yang mustahil..
Kita teruskan misi Top 5 di Terengganu 2028..

Photos from Kelab Sukan Hospital Kuala Lumpur's post 10/08/2026

Debaran ke Sukan KKM yang bakal berlangsung di Nilai N9..

Mampukah pasukan bolasepak HKL mara sejauh mungkin..

Menarik untuk disaksikan kerana team HKL berada di dalam kumpulan maut..

InshaAllah min yakin dengan kemampuan pemain pemain HKL..
Semoga perancangan yang telah disusun dari sudut formasi, taktikal dan mental dapat diterjemahkan di atas padang..

Selamat maju jaya

Photos from Kelab Sukan Hospital Kuala Lumpur's post 26/07/2026

Salam ahad semua warga HKL..

Sekalung tahniah diucapkan kepada pemain pemain dart HKL yang telah berjaya membawa nama & mengharumkan HKL..

2 Gangsa tepat seperti yang disasarkan KPI Kelab Sukan HKL..
Double men & Double women 🥰..

Min nak cakap satu je awak2 ni semua memang terbaik & mantap..

Min difahamkan barisan exco kali ini sedang cuba naik kan semula ranking HKL untuk sukan KKM kali ini..
KPI gangsa telah ditetapkan untuk setiap kategori sukan yang disertai..
Sistem de merit pun akan digunakan untuk menilai semula kemampuan setiap kategori supaya boleh fokus pada kategori yang boleh menyumbang pingat kepada HKL..
Zaman kroni dah boleh babai 🥰..

Salam ahad guys..

Photos from Kelab Sukan Hospital Kuala Lumpur's post 24/07/2026

Alhamdullilah & Syukur pada Allah..

Walaupun persiapan sebelum kejohanan ambil masa yang singkat akan tetapi pemain pemain dart HKL telah berusaha bersungguh demi memartabatkan nama HKL..

Begitulah apabila menyertai kejohanan ada menang dan ada kalah..

Tahniah diucapkan kepada pemain pemain Dart HKL kerana berjaya mendapatkan 2 pingat gangsa melalui acara double lelaki & wanita..

Pada min pencapaian ini sangat membanggakan & untuk akan datang kita perhebatkan lagi sukan dart dan terus mencari pemain baru yang berbakat..

Tahniah pada pengurus team & para pemain..
Kamu semua telah buktikan dan mengharumkan nama HKL..

p/s: nanti min bisik pada SUK kelab ye utk award @ token pd penyumbang pingat 🥰

‘Bulat air kerana pembetung
Bulat manusia kerana muafakat
Kepada Allah kita berserah’

24/07/2026

Morning guys..

Update 🚨🚨🚨..

Hari ini fighter2 team dart HKL sedang berjuang di Johor untuk kejohanan sukan KKM 22-25 Julai 2026..

Dilaporkan 2 kategori akan bertarung di quarter final..
1 kategori berada di 2nd round..
Moga ada manis2 dibawa pulang ke HKL nanti
🥇 🥈 🥉 💪🏻..

Min ucapkan selamat maju jaya kepada team dart HKL..

abam macho 🥰..

24/07/2026

Assalamualaikum semua warga HKL..

InshaAllah fb kelab sukan HKL akan kembali aktif dengan maklumat maklumat terkini..

Kita bagi settle dulu pengauditan MSQH ye..

Salam hormat dari abam min macho..

🥰

05/12/2023

KEPADA AHLI KELAB SUKAN HKL....

JOM semua......

Photos from Kelab Sukan Hospital Kuala Lumpur's post 28/10/2023

Tahniah kpd pasukan lawnball HKL
mendapat pingat gangsa dalam sukan KKM ya g berlansung di Johor



Photos from Kelab Sukan Hospital Kuala Lumpur's post 28/10/2023

Tahniah kepada pasukan bola tampar lelaki HKL

pingat emas kejohanan
Sukan KKM yang berlansung di Johor


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Hospital Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
50586