01/11/2022
Jersi Away Harimau Malaya (HM) x Nike 2022/2023. Nike menggunakan template 2022/2023 mereka untuk jersi terbaru HM. FAM telah memilih warna hitam sebagai jersi away dimana warna hitam pernah dijadikan sebgai jersi home pada tahun 2016-2017. Tiada warna kuning yg dikenakan pada baju selain dari logo Nike dan warna kuning yang terdapat pada logo FAM itu sendiri. Corak yg dikenakan pada jersi juga corak yang sama diguna pakai oleh pasukan Saudi Arabia bagi saingan Piala Dunia yg bakal berlangsung tidak lama lagi.
KJJ tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk jersi HM kerana realitinya Malaysia bukanlah pasukan yang berada di dalam top 10 international ranking. Sedangkan pasukan yang bertanding di dalam Piala Dunia pun masih memakai default template dari Nike apatah lagi pasukan negara kita. Tiada special treatment dari Nike. FAM hanya mampu memilih dari option yang disediakan oleh pihak Nike.
Ramai yang mahukan jenama lokal kita untuk menjadi official apparel bagi pasukan HM, temasuklah KJJ. KJJ sangat menantikan saat jenama lokal disarungkan oleh pemain di pentas antarabangsa. Persoalannya, mampukah jenama lokal kita untuk menampung keperluan pasukan. Bukan sekadar apparel semata-mata, termasuk lah kelengkapan peralatan. Dari skuad senior hinggalah pasukan di bawah 15 tahun. Untuk sekadar apparel KJJ yakin ada jenama lokal yang mampu. Yang pasti sekiranya jenama lokal yang menjadi apparel rasmi HM, harga masih mampu milik jika dibandingkan dengan RM299 dari Nike.
Rating KJJ: 5/10
23/06/2022
Perak Football Club] x Cheetah Official]]]
KECEWA. Itu yang dapat KJJ ucapkan untuk jersi ini. KJJ mengharapkan satu kelainan dari Cheetah Official]]] dengan sebagai Pengarah Kreatif bagi jenama tersebut. Jelas sekali rekaan pada jersi ini tidak mendapat sentuhan dari Joiven. Pada pendapat KJJ amat wajar jersi Perak FC sepatutnya direka oleh beliau sebagai comeback untuk Cheetah di dalam arena bola sepak Malaysia.
Rekaan yang dikenakan pada jersi Perak FC ini sangatlah ketinggalan zaman dan seumpama melepskan batuk di tangga. Walaupun ianya bukan jersi official tetapi ianya mengecewakan. Mungkin expectation KJJ untuk jenama Cheetah Official]]]
terlalu tinggi berdasarkan koleksi Tennis yang dikeluarkan hasil rekaan dari Jovien. Rekaan pada jersi ini seolah² direka oleh designer yang kali terakhir menonton bola pada tahun 1993. KETINGGALAN ZAMAN.
KJJ sangat mengharapkan Cheetah Official]]] dan Perak Football Club] dapat memberikan satu kelainan di masa hadapan.
Rating KJJ: 2/10
13/06/2022
Jersi away x 2022.
telah melancarkan jersi away mereka dengan nama gelaran "The Silent Killer". Jersi away ini didedikasi kan kepada sebagai penghargaan kepada beliau yang telah banyak membantu pasukan sepanjang karier beliau bersama . Jersi tribute seperti ini merupakan satu inspirasi kepada penyokong dan pemain setiap pasukan. Menghargai jasa pemain adalah sesuatu yang perlu dilakukan oleh setiap pasukan dalam apa saja bentuk dan TFC memilih untuk merakam penghargaan mereka di dalam bentuk jersi.
Jika dilihat pada rekaan jersi away ini, ianya menggunakan template yang sama seperti jersi alternate mereka. Yang membezakan antara kedua jersi itu hanya lah pada warna dan sedikit elemen tambahan. Pihak Umbro mengenakan texture zig zag di rib pada bahagian kolar dan lengan di mana ianya berlainan berbading dengan jersi alternate mereka. Logo pasukan juga tidak lagi menggunakan teknik silkscreen tetapi telah digantikan dengan material logo TPU Silicon berlatar belakangkan tatami. Terdapat tulisan 110 pada bahagian belakang jersi, ianya merupakan jumlah jaringan yang telah dilakukan oleh sepanjang kerjaya beliau bersama TFC.
Untuk jersi ini KJJ puji tindakan Umbro kerana mendengar komen fans dan menukar material logo pada jersi. Realitinya peminat masih belum boleh menerima terknologi yang perlu ada pada satu² jersi player issue pada harga yang dianggap mahal. Di mata fans, jersi yang berbaloi beli pada harga RM100 ke atas mestilah menggunakan kain yang tebal, vinyl yang tebal, material logo yang tebal walaupun poket masing² tidak lah berapa tebal. Bagi KJJ, untuk jersi pemain perlu ditumpukan pada teknologi dan keselesaan pemain di atas padang dalam erti kata lain jersi pemain 100% ditumpukan pada performance seperti apa yang dilakukan oleh Umbro bagi jersi home TFC. Jersi untuk fan issue hanya perlu ditmpukan pada cosmetic semata². Tahniah kepada pihak atas pelancaran jersi terbaru mereka.
Rating KJJ: 7/10
28/05/2022
Jersi alternate x x .my 2022.
Terinspirasi dari semangat juang penyokong dan kesatuan pasukan dengan mengambil kulit gendang sebagai motif di mana ianya terinspirasi daripada gema deruman gendang dan suara penonton. Warna merah dikenakan sebagai simbolik kepada semarak semangat juang dan hitam p**a simbolik kepada keteguhan & kesatuan pasukan dan penyokong.
Buat pertama kalinya pasukan Liga Malaysia berkolaborasi dengan artis tempatan dalam penghasilan jersi sekali gus malakar sejarah baru bagi arena jersi tanahair. Satu tindakan yang berani dari pihak SFC dalam mengetengahkan rekaan yang lari dari rekaan² "typical" yang ada. Apa yang KJJ mampu katakan hanya PEMBERANI sahaja yang akan memakai jersi ini. Adakah Geng KJJ pemberani?
Tahniah buat , dan .my atas perlancaran jersi terbaru ini. Teruskan menaikkan martabat jersi tanahair.
Rating KJJ: 9/10
26/05/2022
Jersi .fc.official x .ir (Persian Gulf Pro League) dari Iran.
KJJ tertarik dengan kolar yang dikenakan pada jersi ini. Bercolar berbentuk lebih kepada Y bebamding V dan cara tindanan panel putih dan biru pada bahagian dalam kolar. Namun graphic geometry yang dikenakan pada baju agak biasa tetapi color coordination yg di pilih menjadikan jersi ini kelihan sedap mata memandang.
Rating KJJ: 8/10
25/05/2022
Jersi alternate x 2022. CRASH
telah pun melancarkan jersi ketiga mereka bagi saingan Liga Super 2022. Tampil dengan warna "grey & black" jersi ini dinamakan sebagai Crash yang di mana ianya merupakan nama kolektif yang mneggambarkan sekump**an badak sumbu.
Terdapat tulisan SABAH pada keseluruhan baju yang diterapkan dengan menggunakan teknik emobossing. Jika dibandingkan dengan jersi home dan away, teknik embossing yg diterapkan oleh untuk jersi alternate ini lebih memenuhi baju. Logo sabah FC juga ditukar kepada logo kepala badak sumbu bagi memperingati kepupusan badak sumbu sumatera yang merupakan haiwan ikonik bagi negeri sabah dan juga merupakan "nickname" pasukan sabah iaitu "The Rhinos"
Sudah lama peminat jersi tanahair tidak disajikan dengan penerapan teknik "full embossing" pada jersi. Pihak dan telah mengembalikan sesuatu yg agak lama dilupakan. Bagi KJJ jersi ini layak berada di dalam list 3 teratas jersi Liga Malaysia bagi musim 2022.
Rating KJJ: 9.5/10
24/05/2022
SUKAN VS FASHION (Part 1)
Seperti mana yang kita tahu secara umumnya jersi digunkan secara meluas di lapangan sukan. Tetapi masa sekarang jersi juga telah menjadi salah satu dari subjek fashion terutamanya di dalam scene street wear.
Material yang digunakan agak berbeza dengan apa yang diguna pakai untuk bersukan terutamanya dari segi penggunaan kain yg lebih tebal dan pola yang lebih loose bertujuan untuk penggayaan. Berbanding dengan kain dan pola yang digunakan untuk bersukan yang dimana lebih menekankan kepada performance (dry fit, fast cooling, stretchable dan lain²).
Bagi KJJ semuanya bergantung pada minat dan cara pemakaian masing². Jersi² yang ditawarkan oleh jenama² streetwear bagi KJJ, lebih menarik dari segi design dan presentation tetapi tidak sesuai untuk dipakai ketika bersukan. Kenapa? Kerana kita harus faham ianya bukannya performance gear. Ianya tergolong dalam scene fashion diamana orang akan lebih memandang kepada kosmetik jersi itu sahaja dalam erti kata lain "Dress to kill".
Perkongsian kali ini bukan bertujuan untuk merendahkan jersi dari jenama² streetwear lokal tetapi untuk memberi pendedahan kepada Geng KJJ tentang variety jersi yang ada dalam arena sukan dan dunia fashion.
Secara jujurnya rekaan jersi² streetwear ada yang jauh lebih menarik dari jersi² jenama sukan yang ada. Kita perlukan design² yang lebih fresh untuk scene sukan tanahair terutamanya dari jenama² yang menawarkan khidmat sublimation. Sublimation tidak semestinya satu baju perlu sarat dengan design di setiap ruang baju.
Apa pendapat Geng KJJ tentang jersi² yang dikeluarkan oleh jenama² streetwear?
24/05/2022
untuk ?
bakal kembali di persada bola sepak Malaysia tidak lama lagi dan bakal menjadi pasukan pertama yang akan menjadikan Cheetah sebagai apparel rasmi pasukan. Pemilik baru , merupakan pemegang saham bagi jenama Cheetah maka tidak hairan lah Cheetah dipilih sebagai apparel rasmi pasukan.
Dengan pembaharuan dan rebranding yang telah dilakukan oleh Cheetah, KJJ looking forward untuk jersi baru .Pada yang baru mendengar jenama Cheetah ini, mereka pernah merwarnai arena bola sepak Malaysia sekitar era 90an. Jersi yang paling segar diingatan KJJ adalah jersi Cheetah yang dipakai oleh pasukan Brunei di dalam saingan Liga Malaysia.
Welcome back
01/05/2022
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin
01/05/2022
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahri dan Batin
15/04/2022
Jersi alternative x .sb bagi saingan Liga Super musim 2022.
Selat, itulah nama yang diberikan kepada jersi ini dimana lain dari tema jersi 5 Hang yang sebelum ini. Mengenakan campuran warna biru, jingga dan neon green, seiring dengan kewujudan selat yang telah melahirkan sebuah kump**an penduduk baru dengan budaya campuran. Rekaan corak marble yang kelihatan pada jersi boleh dikaitkan dengan permukaan air. .sb bukan sekadar melancarkan jersi alternative tetapi juga beberapa product lain di dalam siri Selat ini temasuklah jaket, 3 quarter pant, mask, bucket hat dan lain-lain.
Jika di lihat pada kesemua jersi pada musim ini, .sb memilih untuk menggunakan warna shocking bringht colors pada kesemua jersi mereka. Mungkin pihak AL mahu menarik minat golongn muda dan cuba menjurus ke arah fashion tetapi bagi KJJ ianya agak kurang berjaya. Untuk bereksperimentasi pada 1 jersi dalam pasukan boleh diterima tapi tidak pada kesemua jersi. Rekaan dan warna pada setiap jersi haruslah seimbang tidak boleh hanya focus pada satu focus group sahaja. KJJ nampak dan puji effort yang telah ditunjukkan oleh pihak .sb jika dibandingkan dengan jersi musim lepas sangat jauh bezanya. Tetapi pemilihan warna dan design pada tahun ini KJJ rasa agak "trying hard" dan tidak menjadi. Sekali lagi KJJ ulang, jersi musim ini lebih baik dari musim lepas tetapi agak trying hard to do something yang bukan makanan mereka. Tetapi good job for the effort.
Walau bagaimana pun KJJ mengucapkan tahniah kepada dan .sb bagi pelancaran jersi alternative ini.
Rating KJJ: 6/10