18/02/2026
“Jangan main tanah! Kotor! Nanti sakit!" 🚫
Ayah, Ibu... Sila bertenang.
Sebenarnya, anak yang balik rumah dengan baju comot selepas bermaij di luar mungkin mempunyai sistem imun yang LEBIH KUAT berbanding anak yang duduk dalam bilik berhawa dingin bermain gadget 24 jam.
Ini sains "OUTDOOR IMMUNITY".
1. Usus Kita Perlukan 'Kawan'
70% sistem imun manusia berpusat di usus. Untuk ia jadi kuat, ia perlukan latihan. Tanah, rumput, dan alam semulajadi kaya dengan mikrob "baik". Bila anak main di luar, mikrob ini masuk ke badan dan melatih askar imun untuk kenal mana kawan, mana lawan.
2. Bahaya "Terlalu Bersih" (Hygiene Hypothesis)
Bila kita sanitize semua benda, sistem imun anak jadi 'bosan' sebab tak ada musuh nak lawan.
Akibatnya?
Dia mula serang benda yang tak bahaya. Inilah punca kenapa budak bandar lebih ramai kena Eczema, Resdung, dan Asma berbanding budak kampung yang main selut.
3. Mikrobiom Kulit & Mental
Bakteria dalam tanah (seperti Mycobacterium vaccae) malah dikaitkan dengan mood yang lebih baik dan kurang stress!
Jadi cuti cuti ni, simpan gajet tu.
Bawa anak pergi taman. Biar dia pegang rumput, biar dia kotor sikit.
Basuh tangan tu wajib, tapi jangan sampai fobia dengan alam. Kotor itu sebahagian daripada proses membesar yang sihat.
17/10/2024
31/08/2024
24/06/2024
24/12/2023
12/11/2023
21/01/2023
01/01/2023
26/12/2022