Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur

Share

Laman rasmi Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Dipimpin oleh bekas setiausaha FAS K.

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (juga dikenali sebagai Kuala Lumpur FA) merupakan pasukan bola sepak yang bertanding dalam saingan Liga Malaysia. Pasukan ini ditubuhkan pada tahun 1974 dengan menggunakan nama Wilayah Persekutuan sebelum menggunakan nama Kuala Lumpur pada 1986. Pasukan ini menjuarai Liga Malaysia pada 1986 dan 1988 dan mencipta sejarah apabila memenangi Piala Malaysia untuk tiga

10/06/2026

KURSUS KEJURULATIHAN AKAR UMBI 2026

Tingkatkan ilmu dan kemahiran kejurulatihan anda bersama KLFA dalam usaha melahirkan lebih ramai jurulatih berkualiti untuk pembangunan bolasepak akar umbi.

πŸ—“οΈ 26 – 28 Jun 2026
πŸ“ Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
πŸ’° RM350 (Yuran)

Daftar sekarang dan jadilah sebahagian daripada pembangunan generasi pemain masa depan.

Photos from Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur's post 07/06/2026

🩡 FULL TIME | PIALA BELIA 🩡

3 mata dibawa pulang dari Sabah! βœ…

Sabah FC III 1️⃣ - 4️⃣ Kuala Lumpur FA

Kerja keras dan disiplin membuahkan hasil. Teruskan momentum! πŸ”₯

07/06/2026

🩡 MATCHDAY | PIALA BELIA 🩡

90 minit. Satu misi. Tiga mata.

πŸ†š Sabah FC III
πŸ•“ 4.15 PM
πŸ“ Stadium Likas, Sabah

Doakan dan berikan sokongan kepada pasukan.
Ayuhh Kuala Lumpur! πŸ”₯

04/06/2026

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur turut bersama hadir di Kongres Luar Biasa FAM 2026.

Photos from Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur's post 29/05/2026

π’πžπ€π’π­πšπ« 𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 πˆπ›πšππšπ‘ πŠπ¨π«π›πšπ§ πŠπ‹π…π€ 𝐱 πƒππŠπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ”

Alhamdulillah, Program Ibadah Korban KLFA bersama DBKL telah berlangsung dengan lancar pada 28 Mei 2026 bertempat di Persiaran Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

Sebanyak 2 ekor lembu telah disumbangkan bagi menjayakan program penuh keberkatan ini:

β–ͺ️ 1 ekor sumbangan daripada Penaung KLFA, YB Datuk Fahmi Fadzil
β–ͺ️ 1 ekor sumbangan daripada Presiden KLFA, Syed Yazid Syed Omar

Program ini turut dimeriahkan dengan aktiviti gotong-royong memasak yang melibatkan warga KLFA, DBKL serta para sukarelawan yang bersama-sama berganding bahu dari awal hingga selesai. Daging korban juga telah diagihkan kepada yang hadir dan golongan yang memerlukan agar semua dapat bersama-sama merasai keberkatan ibadah korban ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang atas sumbangan yang diberikan. Turut dihargai semua pihak, sukarelawan serta warga KLFA & DBKL yang bersama-sama bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Semoga segala amal ibadah, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan diterima serta diberkati oleh Allah SWT. 🀍

26/05/2026

✨ Salam Aidiladha 1447H ✨

Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam. Semoga hari penuh keberkatan ini membawa keikhlasan dan kebahagiaan buat semua bersama insan tersayang. 🀍

Photos from Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur's post 19/05/2026

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Eksekutif Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur telah berlangsung pada Isnin, 18 Mei 2026 jam 9.00 malam dengan jayanya bagi membincangkan pelbagai agenda penting berkaitan pembangunan dan hala tuju bolasepak Kuala Lumpur bagi musim 2026.

Mesyuarat ini turut memberi fokus kepada perkembangan semasa pasukan-pasukan di bawah naungan persatuan, perancangan program pembangunan akar umbi, perjalanan pertandingan liga serta persiapan kelengkapan pasukan untuk musim akan datang. Selain itu, beberapa perkara berkaitan pengurusan, teknikal dan pentadbiran persatuan turut dibincangkan demi memastikan kelancaran operasi serta kemajuan berterusan bolasepak Kuala Lumpur.

Pihak persatuan berharap segala keputusan dan perancangan yang telah dibincangkan dapat dilaksanakan dengan baik demi memperkukuhkan lagi pembangunan bolasepak di Kuala Lumpur serta membawa nama persatuan ke tahap yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Photos from Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur's post 18/05/2026

Hari terakhir Kursus Kejurulatihan Lesen β€œD” FAM/KLFA menutup tirai dengan sesi perkongsian daripada para peserta mengenai ilmu, pengalaman dan input yang diperoleh sepanjang kursus berlangsung.

Sepanjang program ini, para peserta telah melalui pelbagai sesi teori dan praktikal yang memberi pendedahan lebih mendalam terhadap aspek kejurulatihan moden, pengurusan latihan serta pemahaman permainan secara menyeluruh.

Pihak Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan tenaga pengajar, Fauzi Pilus dan Shaipul Abd Kadir yang telah banyak berkongsi ilmu, pengalaman dan membimbing para peserta sepanjang kursus ini berlangsung.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua peserta atas komitmen serta semangat yang ditunjukkan sepanjang kursus. Semoga segala ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan sebaiknya dalam pembangunan bolasepak di peringkat akar umbi.

Semoga semua peserta berjaya dan lulus Kursus Kejurulatihan Lesen β€œD” ini dengan cemerlang.

Photos from Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur's post 17/05/2026

🩡 FULL TIME | PIALA BELIA 🩡

Kuala Lumpur FA terpaksa akur tewas tipis 0-1 kepada JDT V dalam aksi hari ini. Walaupun keputusan tidak memihak kepada pasukan, para pemain tetap mempamerkan semangat juang tinggi sehingga wisel penamat.

Terima kasih kepada semua penyokong yang sentiasa bersama pasukan. Bangkit lebih kuat untuk perlawanan seterusnya πŸ’ͺ

17/05/2026

🩡 MATCHDAY | PIALA BELIA 🩡

Ayuh turun beri sokongan penuh kepada anak kota dalam aksi Piala Belia petang ini!

πŸ†š Johor Darul Ta’zim V
πŸ—“οΈ Ahad, 17 Mei 2026
⏰ 4:45 Petang
πŸ“ Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras

Biar gegar stadium dengan sorakan anda!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Stadium Bolasepak Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
56000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00