DSS PUAH FC

DSS PUAH FC

Share

LIGA PETRO SETIAWANGSA MAC - JUN 2022

Photos from DSS PUAH FC's post 08/07/2022

Sekitar aksi perlawanan terakhir liga Dss Puah menentang Idt Fc pada Ahad 3 Julai 2022.

Terima kasih kepada yang tak henti-henti memberi sokongan kepada pasukan. Tanpa sokongan anda, pasukan kami mungkin tidak akan menjadi naib juaraπŸ™πŸΌ

Photos from DSS PUAH FC's post 04/07/2022

KEPUTUSAN PENUH :

DSS PUAH FC (4) IDT FC (5)

Liga Petro Setiawangsa 2022 telah melabuhkan tirai pagi semalam apabila perlawanan terakhir liga menemukan di antara pasukan Dss Puah Fc menentang Idt Fc.

Pasukan kami telah tewas 4 - 5 kepada pihak lawan dalam aksi dramatik di mana ke dua-dua pasukan terikat 3 - 3 pada babak pertama.

Beraksi dengan hampir ke semua pemain muda memberikan kelebihan kepada pasukan Idt Fc apabila berjaya menambah dua lagi gol pada babak kedua sebelum Iqbal merapatkan jurang gol pada 10 minit terakhir perlawanan.

Ternyata tuah bukan di pihak kami apabila keputusan jaringan 5 - 4 tidak berubah sehingga wisel penamat di bunyikan. Tahniah diucapkan kepada pasukan yang telah menjuarai liga Petro Setiawangsa 2022 pada edisi kali ini.

Sebagai finalis liga, pasukan kami dan Idt Fc bakal mengharungi perlawanan 'play-off' untuk slot Selangor Champions League (SCL) yang mana jadual perlawanan akan di maklumkan kemudian.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain, jurulatih (Coach Balo) serta pengurusan DSS PUAH FC yang telah memberikan komitmen penuh sehingga menjadi naib juara liga. Tidak ketinggalan, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja kami De Sungei Station, yang telah memberi sokongan padu kepada pasukan kami.

Sekali lagi tahniah di ucapkan kepada Dss Puah Fc yang berjaya menjadi naib juara Liga Petro Setiawangsa.
Kita fokus p**a untuk kelayakan 'play-off' SCL dalam masa terdekat. Selamat maju jaya.

"Majulah Sukan Untuk Negara"




Photos from DSS PUAH FC's post 02/07/2022

FINAL !!!

Esok 3 Julai 2022 merupakan perlawanan terakhir Liga Petro Setiawangsa. DSS PUAH FC akan bertemu IDT FC bagi perlawanan penentuan pasukan mana yang bakal menjuarai Liga Petro Setiawangsa 2022.

Sepak mula pada tepat jam 9 pagi itu akan berlangsung di padang Stadium Raja Muda Jeonsa, Kampung Baru KL. Kepada orang ramai yang ingin menyaksikan perlawanan ini, anda di jemput hadir ke Stadium Raja Muda Jeonsa, Kampung Baru. Ayuh kita memberi sokongan padu kepada pasukan DSS PUAH FC.

SELAMAT MAJU JAYA kepada pasukan DSS PUAH FC.

De Sungei Station



12/06/2022

MASA PENUH!

Keputusan perlawanan petang tadi di menangi Dss Puah FC dengan jaringan 2-1.

Pemain tengah, Ajak muncul menjadi wira pasukan apabila menjaringkan gol kemenangan 5 minit sebelum masa permainan tamat. Gol yang berpunca daripada hantaran pemain sayap kiri, T**a yang membuat hantaran lambung dan di tanduk kemas oleh Ajak ke sebelah penjuru kanan gol menewaskan penjaga gol lawan. Benarlah kata orang, jangan hanya memandang luaran, walaupun comel tetapi merbahaya!

Tahniah kepada pasukan yang berjaya meneruskan rentak kemenangan dan bakal bertemu pasukan yang menghuni di tangga ke 2 liga - IDT FC pada perlawanan terakhir liga yang dijadualkan pada Ahad 3 Julai 2022 di Padang MPAJ jam 8:30 pagi.

Perlawanan ini bakal menentukan pasukan yang bakal menjadi juara Liga Petro Setiawangsa pada edisi kali ini. Semua rakan-rakan dijemput hadir menyaksikan perlawanan terakhir liga kami pada tarikh tersebut.

"Majulah Sukan Untuk Semua"

De Sungei Station



12/06/2022

𝗠𝗔𝗧𝗖𝗛𝗗𝗔𝗬!

Petang ini DSS PUAH FC akan turun beraksi bertemu pasukan Madani FC di padang Sekolah Rendah Wangsa Jaya, Seksyen 4 jam 4 petang.

Semoga pasukan kita mampu mencipta kemenangan.

Let's go DSS PUAH FCπŸ’ͺ🏼

De Sungei Station



Photos from DSS PUAH FC's post 04/06/2022

Seperti yang anda sedia maklum, minggu ini tiada perlawanan Liga Petro Setiawanga.

Dan bagi mengisi waktu terluang, beberapa pemain kami telah menyertai Kejohanan Futsal Ketua Pemuda Umno Bahagian Wangsa Maju anjuran Pemuda Umno Wangsa Maju.

Pasukan kami telah berjaya merangkul juara pada kejohanan berlangsung hari ini, 4 Jun 2022 di Centre Mart Futsal Centre, Jalan Genting Klang.
Syabas diucapkan kepada pemain yang terlibat.

Ini merupakan inisiatif mereka bagi mengekalkan momentum prestasi yang mana mereka akan beraksi pada Ahad minggu depan.

31/05/2022

Kedudukan terkini setelah semua pasukan mengharungi perlawanan bagi minggu ke-10.

Untuk makluman semua, DSS PUAH FC tidak akan beraksi pada hujung minggu ini bagi memberi laluan kepada pasukan lain yang kurang baki perlawanan dalam tangan.

Kami akan kembali beraksi pada Ahad minggu depan iaitu 12 Jun 2022 di Padang Sekolah Rendah Wangsa Jaya, Seksyen 4, Wangsa Maju.

"Majulah Sukan Untuk Semua"

De Sungei Station



29/05/2022

Keputusan perlawanan petang tadi dimenangi oleh DSS PUAH FC dengan jaringan 7 - 2

Gol-gol dijaringkan oleh Ayie (4 gol), Jaa (2 gol dan juga MOTM) serta Apit dengan 1 gol.

Dimaklumkan bahawa pasukan kami akan bermain untuk perlawanan ke 10 liga pada Ahad 12 Jun 2022. Tiada perlawanan bagi pasukan DSS PUAH FC pada minggu depan.

Untuk keputusan penuh perlawanan bagi minggu ini akan dikemaskini kemudian.

De Sungei Station



29/05/2022

𝗠𝗔𝗧𝗖𝗛𝗗𝗔𝗬!

Petang ini DSS PUAH FC akan turun beraksi bertemu pasukan RFT FC di padang Sekolah Rendah Wangsa Jaya, Seksyen 4 jam 5:30.

Semoga pasukan kita mampu mencipta kemenangan.

Let's go DSS PUAH FCπŸ’ͺ🏼

De Sungei Station



26/05/2022

Berikut adalah jadual perlawanan Liga Petro bagi minggu ke-10.

Bagi perlawanan seterusnya, DSS PUAH FC akan bertemu pasukan RFT FC pada Ahad 29 Mei 2022 di Padang Seksyen 4, Wangsa Maju.

Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukanπŸ’ͺ🏼

De Sungei Station



Photos from DSS PUAH FC's post 24/05/2022

Keputusan penuh perlawanan minggu ke-9 dan kedudukan terkini bagi semua pasukan yang bertanding Liga Petro Setiawangsa.

Bagi pasukan DSS PUAH FC, hanya tinggal 3 perlawanan lagi bagi menamatkan saingan liga. Semoga ada perkhabaran baik di penghujung perlawanan ke-11 nanti. Sama-sama kita doakan.

De Sungei Station



22/05/2022

Keputusan perlawanan petang tadi antara MCFC menentang DSS PUAH FC berpihak kepada DSS PUAH FC apabila menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 4 gol berbalas 2.

Gol-gol dijaringkan oleh Apit (juga pemain terbaik perlawanan), Weng dan Ayie(2gol)

Berbaki 3 perlawanan sahaja lagi bagi setiap pasukan mengharungi perlawanan liga, di harap pasukan kita dapat mengekalkan rentak kemenangan.

Jadual perlawanan minggu depan akan dikemaskini kemudian.

"Majulah Sukan Untuk Semua"

De Sungei Station



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur