Malim Gunung Perhutanan

Malim Gunung Perhutanan

Share

Persatuan Malim Gunung Perhutanan

01/05/2026

Selamat Hari Pekerja kepada semua khususnya Malim Gunung Perhutanan.

Terima kasih atas dedikasi kalian dalam menjalankan amanah. Teruskan berkhidmat dengan penuh integriti dan tanggungjawab!

18/02/2026
10/02/2026

Tahniah Ts. Mohd Yussainy Md Yusop!

Sekalung tahniah diucapkan atas pelantikan sebagai Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri, Negeri Sembilan Darul Khusus. Semoga amanah baharu ini terus memberi ruang untuk tuan memimpin dengan penuh dedikasi, menjaga kelestarian hutan, dan membawa jabatan ke arah kecemerlangan.

01/01/2026

Gunung bukan tempat untuk angkuh,
dan hutan bukan medan untuk cuai.

Setiap langkah pendakian adalah amanah,
dan setiap keputusan di gunung boleh menentukan hidup atau mati.

Oleh itu, kita mesti terus berpegang kepada nilai: integriti, tanggungjawab dan hormat kepada alam.

Selamat Tahun Baru 2026!

17/10/2025

Takziah kepada keluarga Allahyarham Mustaqqeem bin Mansoor di atas pemergian arwah semasa aktiviti mendaki di Gunung Liang.

Kami menzahirkan dukacita yang amat mendalam di atas kejadian yang berlaku dan amat berharap semua pihak dapat sama-sama menghormati keluarga Allahyarham dalam tempoh sukar ini. Siasatan akan dijalankan oleh pihak yang berwajib dan diharapkan insiden yang menimpa Allahyarham ini dapat menjadi pengajaran bersama oleh semua pihak.

Semoga urusan pasukan penyelamat membawa keluar jenazah Allahyarham dipermudahkan dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambaNya yang beriman.

Al-Fatihah

01/10/2025

Malim Gunung Perhutanan bukan sekadar penunjuk arah. Video ini menjelaskan peranan MGP.

Share video ini kepada rakan-rakan pendaki anda!

Dua malim gunung terima Anugerah Bakti Komuniti JBPM | Berita Harian 28/07/2025

Syabas atas Anugerah Bakti Komuniti JBPM 2025. Teruskan khidmat dari hati!

Dua malim gunung terima Anugerah Bakti Komuniti JBPM | Berita Harian MARANG: “Sebaik dimaklumkan seorang wanita mengalami dehidrasi, saya bersama sembilan lagi rakan malim gunung terus ke air terjun Latar Langsir, Hulu Dungun, yang mengambil masa kira-kira lima jam perjalanan,” kata Nor Hayati Hamzah.

Photos from Malim Gunung Perhutanan's post 02/07/2025

Nak mula hiking tapi tak pasti nak bawa apa?
Masih keliru tentang langkah keselamatan asas?

Sertai kami secara LIVE di TikTok petang ni! Kita akan kongsikan tip-tip mendaki yang praktikal, selamat dan sesuai untuk semua peringkat, daripada 'newbies' kepada 'old-timers' bagi memastikan aktiviti pendakian anda selamat dan seronok.

Psstt.. hadiah menarik menanti anda 😉
Jom sertai LIVE kami di TikTok

🌐🎒

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Persatuan Malim Gunung Perhutanan
Kuala Lumpur
50660