18/02/2026
Ramadan Kareem 🌙
Sabah FA Women’s mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam. Semoga bulan yang penuh keberkatan ini membawa ketenangan, rahmat dan keampunan buat kita semua, serta menjadikan kita insan yang lebih sabar, lebih bersyukur dan semakin dekat dengan Allah SWT 🤲🏼
Selamat berpuasa dan Salam Ramadan Al-Mubarak.
07/02/2026
06.02.2026 (Jumaat)
Malam Anugerah Sukan Negeri Sabah 2023–2024 telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Bin Haji Aman, Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah buat pasukan bola sepak wanita Sabah FA atas pencapaian membanggakan apabila menerima Anugerah Pasukan Wanita Negeri Sabah 2023–2024.
Sabah FA Women merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur, Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah, dan Majlis Sukan Negeri Sabah atas komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan bakat sukan, memperluas peluang sukan berprestasi tinggi serta menjadikan sukan sebagai pemangkin perpaduan dan pembangunan sosio ekonomi negeri, selari dengan aspirasi Sabah Maju Jaya.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar sejarah, mengharumkan nama Sabah dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
SABAH MAJU JAYA
13/01/2026
Tahniah juga diucapkan kepada Djoehan Darno, Penolong Pengurus Sabah FA' Women, yang kini menyandang Penolong Pengurus Sabah FC.
Beliau banyak membantu Pasukan Sabah FA' Women sehingga mencapai pencapaian juara LWN 2025 dan layak ke AWCL Qualification 2026.
Semoga saudara Djoehan Darno terus maju jaya bersama Sabah FC.
13/01/2026
Terima kasih Tuan Mohd Arziz Afizy Bin Rumsani. atas segala jasa sepanjang bersama Sabah FA Women’s. Sepanjang menjadi Pengurus Pasukan Sabah FA' Women, pasukan ini telah menang Liga Wanita Nasional dua kali 2023 & 2025, layak ke Asian Women Champions League dan mencipta sejarah baharu, satu-satunya pasukan bolasepak wanita negara yang layak ke Asian Women Champions League, 12 pasukan terbaik Asia! Terkini, pasukan Sabah FA Women bakal beraksi sekali lagi di AWCL Qualification 2026.
Semoga perancangan dan langkah beliau seterusnya dipermudahkan dan terus maju jaya. 🤲🤍
01/01/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada YB Datuk Ir. Shahelmey Yahya - Ahli Parlimen P.173 Putatan atas jasa bakti sokongan padu serta kepimpinan beliau sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang banyak menyumbang kepada pembangunan dan kejayaan Sabah FA Women’s sejak tahun 2023.
31/12/2025
Selamat Tahun Baru 2026! 🎉🎆
Kami daripada keluarga Sabah FA Women’s ingin merakamkan ucapan Selamat Tahun Baru kepada semua.
Semoga tahun ini menjadi perjalanan yang luar biasa, membawa kejayaan, harapan baharu dan kebahagiaan buat kita semua. ❤️🤍💙
31/12/2025
Kejayaan ini bukan berdiri sendiri ia dibina atas kepercayaan, sokongan dan komitmen para penaja yang sentiasa bersama Sabah FA Women’s…
Setinggi-tinggi penghargaan Terima kasih buat Sawit Kinabalu, Jetama Sdn Bhd , Maxumax, dan Padang Kontena
Anda adalah sebahagian daripada perjalanan dan sejarah kejayaan Sabah FA Women’s. 💙🤍
29/12/2025
📷 II Sekitar suasana perlawanan semalam
SABAH FA 🆚 SELANGOR FC
Sorakan tidak pernah berhenti.
Semangat tidak pernah pudar.
Terima kasih pemain ke-12 Sabah FA
bersama kamu, kami menamatkan liga sebagai JUARA LIGA WANITA NASIONAL 2025 🏆💙
29/12/2025
📷 II Sekitar Aksi Perlawanan Semalam
SABAH FA vs SELANGOR FC
28/12/2025
🏆 LIGA WANITA NASIONAL 2025 CHAMPIONS
Congratulations to Sabah FA Women’s for an outstanding season.
Hard work, discipline and determination crowned with success.
teratas
28/12/2025
KEPUTUSAN MASA PENUH
teratas