19/03/2026
Hari yang indah apabila Dato Jack Koh bersama rakan seperjuangan badminton Dato Rashid Sidek, Datuk DJ Dave dan beberapa sahabat yang lain berkesempatan melakukan kunjungan hormat kepada YB Menteri KBS, Dr Mohammed Taufiq Johari di Menara KBSMalaysia, Putrajaya pagi semalam.
Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada YB Dr Taufiq diatas kesudian menerima kunjungan kami walaupun dalam kepadatan jadual serta persiapan raya yang bakal menjelma beberapa hari sahaja lagi. Sungguhpun begitu, melalui perbincangan kami yang berlangsung selama 1 jam setengah, memberikan respon yang sangat baik apabila YB Dr Taufiq menerima segala perkongsian pasukan kami dalam meningkatkan kualiti serta pembangunan atlet sukan badminton di Malaysia. YB Dr juga sedia maklum perihal beberapa permasalahan serta cabaran yang dihadapi oleh akar umbi atlet dan perbincangan dua hala ini akan diteruskan lagi kelak, bagi memberi ruang kerjasama pasukan kami dengan KBS menjadi ideal demi negara tercinta, Malaysia.
Pertemuaan yang sangat baik, pasukan kami sangat berharap akan adanya lebih banyak perbincangan sebegini serta kolaborasi berperingkat yang dapat memberikan keuntungan buat para atlet serta pembangunan sukan terutamanya badminton di Malaysia
Badminton Association of Malaysia - BAM
Persatuan Pengurusan Industri Sukan Malaysia - PRISM
Universiti Sains Malaysia
badminton club
purple league
marketing group
01/01/2026
20/10/2025
08/02/2025
07/01/2025
16/06/2024
24/03/2024
26/08/2023