28/08/2022
Syabas! Atlet memanah cemerlang! Julang nama negara! Kejohanan Memanah Tradisional Dunia di Hungary!
Pemanah tradisional Malaysia cipta kejayaan membanggakan pada Kejohanan Memanah Tradisional Dunia HDH-IAA Ketiga yang disertai atlet dari 21 negara di Hungary
04/05/2022
Pada masa dahulu Hari Raya itu juga sebenarnya ialah suatu latihan membuat persedian menghadapi perang yang diamalkan setiap tahun.
Dalam Hari Raya itu sendiri sudah diajar supaya belajar mengenai sejarah lampau. Sayangnya untuk zaman sekarang, ramai yang mula mengubah warisan Melayu kerana tidak faham apa yang mereka amalkan.
Cara sambutan Hari Raya bangsa Melayu mempunyai perbezaan jika dibandingkan banyak bangsa lain.
Apabila tiba pada setiap Hari Raya Aidilfitri Dan Aidiladha, akan ada Takbir Raya sebelum solat sunat.
Tidak ramai yang tahu bahawa takbir ini juga dilaungkan semasa tentera laksamana Melayu menentang penjajah semasa perang.
Apa yang sebenarnya diamalkan oleh bangsa Melayu dahulu bukan sekadar takbir Hari Raya sahaja yang berunsur perang, tetapi banyak lagi seperti:-
– Perarakan keliling kampung
– Khutbah Hari Raya berkaitan perang zaman nabi, zaman sekarang dan perang hawa nafsu
– Takbir Hari Raya
– Bermain Meriam
– Makanan Perang
– Persembahan Silat
– Mengingati asal usul, sejarah dan menghargai jasa pejuang zaman dahulu dengan mengamalkan semula cara kehidupan zaman dahulu seperti berjuang utk agama bangsa dan tanah air. Mengamalkan adat resam melayu, bersopan santun, memuliakan Tok Guru, belajar agama & Tauhid, berbusana Melayu dan sebagainya.
Dalam Hari Raya itu sendiri sudah diajar supaya belajar mengenai sejarah lampau. Sayangnya untuk zaman sekarang, ramai yang mula mengubah warisan Melayu kerana tidak faham apa yang mereka amalkan.
Kesimpulannya, Nabi tidak pernah melarang bermain senjata atau persembahan berkaitan dengan kekuatan perang malah menyuruh untuk di teruskan. Wallahua'lam.
02/04/2022
Assalamualaikum semua. Saya dan Sekeluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat mengisi bulan Ramadhan dengan amal2 soleh. Semoga bulan yg berkat ini dapat menambah dan menguatkan iman dan akidah kita. Aminnnn
27/03/2022
Pembuat busur dari Pontian mahu teruskan hidup sunah Rasulullah - Sinar Plus
KATA Mohamad Khairry Mohamad Ariffin, sukan memanah yang digalakkan oleh Rasulullah SAW yang kita sayangi sememangnya terbukti mampu memberi kekuatan dari segi jasmani dan rohani. Malah, ia juga adalah simbol kekuatan umat Islam dalam mempertahankan diri.