Football Unfiltered Asia

Directions

Football Unfiltered Asia Football Unfiltered Asia is an intellectual football platform dedicated to sharp analysis, bold opinions, and deeper conversations around the Asian game.

Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Vietnam yang menjuarai Piala Hyundai ASEAN 2026 baru-baru ini.Ternyata ...
31/08/2026

Belum terlambat untuk mengucapkan tahniah kepada Vietnam yang menjuarai Piala Hyundai ASEAN 2026 baru-baru ini.

Ternyata Golden Star Warriors semakin mengukuhkan status sebagai pasukan terkuat di Asia Tenggara. Apa rahsianya?

31/08/2026

Video yang sangat tepat untuk dimainkan pada 31 Ogos.

Selamat Hari Kebangsaan, Malaysia!

Jika anda menonton aksi Pusingan 16 Terbaik antara Perancis menentang Paraguay pagi tadi, macam mana anda nilaikan prest...
05/07/2026

Jika anda menonton aksi Pusingan 16 Terbaik antara Perancis menentang Paraguay pagi tadi, macam mana anda nilaikan prestasi pengadil tersebut?

Keisuke Honda memang straightforward. Tenang je dia apply nak jadi coach Jepun 😁.Adakah Honda layak untuk mengemhdi The ...
02/07/2026

Keisuke Honda memang straightforward. Tenang je dia apply nak jadi coach Jepun 😁.

Adakah Honda layak untuk mengemhdi The Blue Samurai. Untuk rekod, Honda pernah menjadi ketua jurulatih skuad kebangsaan Cambodia.

IRAN JADI MANGSA BIROKRASI AMERIKAKempen Iran di Piala Dunia 2026 bukan sahaja dipenuhi cabaran di atas padang, malah tu...
01/07/2026

IRAN JADI MANGSA BIROKRASI AMERIKA

Kempen Iran di Piala Dunia 2026 bukan sahaja dipenuhi cabaran di atas padang, malah turut dibayangi pelbagai isu di luar padang yang menurut Persekutuan Bolasepak Iran (FFIRI) telah menjejaskan persiapan dan prestasi pasukan.

Sejak sebelum kejohanan bermula lagi, delegasi Iran berdepan masalah visa apabila beberapa pegawai dan kakitangan pasukan gagal memperoleh kebenaran memasuki Amerika Syarikat. Keadaan itu memaksa skuad kendalian Amir Ghalenoei menjadikan Tijuana, Mexico sebagai kem latihan utama sebelum berulang-alik ke Amerika Syarikat hanya untuk hari perlawanan.

Menurut pihak Iran, situasi tersebut menyebabkan pemain kehilangan masa rehat dan latihan kerana perlu melalui proses imigresen serta perjalanan rentas sempadan yang panjang setiap kali selesai perlawanan. Malah, terdapat insiden pemain serta pegawai pasukan dilaporkan tertahan di lapangan terbang sehingga mengganggu jadual persiapan mereka.

Di luar stadium p**a, penyokong Iran turut mendakwa menjadi sasaran gangguan. Beberapa laporan menyatakan berlaku insiden penghinaan, tolak-menolak dan serangan terhadap penyokong, termasuk wanita berhijab yang didakwa menjadi mangsa gangguan fizikal serta lisan ketika menghadiri perlawanan.

Kontroversi semakin memuncak selepas Iran tersingkir daripada kejohanan apabila Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat, Markwayne Mullin, secara terbuka mengakui beliau "menari kegembiraan" susulan penyingkiran Iran. Kenyataan itu mengundang kecaman hebat daripada FFIRI yang menyifatkannya sebagai tidak profesional dan tidak mencerminkan semangat kesukanan sebuah negara tuan rumah Piala Dunia.

FFIRI turut mendakwa pasukan mereka menerima layanan yang tidak sama rata sepanjang kejohanan dan menegaskan perkara itu bertentangan dengan prinsip kesaksamaan yang sepatutnya dijunjung dalam pertandingan terbesar bola sepak dunia. Mereka telah menyuarakan hasrat untuk membuat aduan rasmi kepada FIFA berhubung isu sekatan perjalanan dan layanan terhadap delegasi mereka.

Walaupun berdepan pelbagai dugaan, skuad Iran tetap menghargai layanan yang diterima di Mexico. Dalam mesej perpisahan selepas tersingkir, mereka mengucapkan terima kasih kepada penduduk Tijuana atas layanan mesra yang diberikan dan menyifatkan Mexico sebagai "rumah kedua" mereka sepanjang kejohanan.

Apa yang berlaku kepada Iran di Piala Dunia 2026 memperlihatkan bagaimana faktor politik dan diplomatik boleh memberi kesan kepada sebuah pasukan bola sepak. Sama ada dakwaan layanan tidak adil itu mempunyai asas yang kukuh atau sebaliknya, kontroversi ini dijangka terus menjadi antara isu paling hangat untuk dinilai oleh FIFA selepas tirai kejohanan melabuhkan tirainya.

Apa yang silap Jepun ketika tewas kepada Brazil?Jepun sekali lagi membuktikan mereka bukan lagi pasukan belasahan di pen...
30/06/2026

Apa yang silap Jepun ketika tewas kepada Brazil?

Jepun sekali lagi membuktikan mereka bukan lagi pasukan belasahan di pentas dunia. Sepanjang hampir 95 minit, skuad kendalian Hajime Moriyasu berjaya menyukarkan Brazil sebelum akhirnya tewas 1-2 menerusi jaringan saat akhir Gabriel Martinelli.

Namun, di sebalik persembahan cemerlang itu, terdapat beberapa kelemahan yang akhirnya menghukum Samurai Blue.

1. Terlalu pasif selepas mendahului

Selepas mendahului menerusi Kaishu Sano, Jepun memilih untuk bertahan terlalu dalam. Pendekatan itu berjaya pada babak pertama, namun memberi Brazil ruang menguasai bola hampir sepenuhnya selepas rehat. Apabila berdepan pemain bertaraf dunia, bertahan selama hampir satu babak penuh akhirnya mengundang tekanan berterusan.

2. Gagal keluar daripada tekanan Brazil

Pada separuh masa kedua, Brazil meningkatkan intensiti tekanan dan Jepun semakin sukar mengekalkan penguasaan bola. Serangan balas yang menjadi senjata utama mereka pada babak pertama semakin berkurangan kerana pemain lebih banyak bertahan berbanding menyimpan bola. Malah, Jepun hanya menghasilkan satu percubaan pada separuh masa kedua.

3. Sukar mengawal hantaran lintang

Carlo Ancelotti mengubah pendekatan Brazil selepas rehat dengan lebih banyak menggunakan hantaran lintang ke dalam kotak penalti. Perubahan itu terus membuahkan hasil apabila Casemiro menanduk masuk gol penyamaan, sekali gus membuka ruang untuk Brazil terus mengasak sehingga wisel penamat.

4. Tiada ancaman selepas pertukaran pemain.

Pertukaran pemain Jepun gagal mengubah momentum perlawanan. Sebaliknya, pemain gantian Brazil seperti Gabriel Martinelli memberikan impak besar dengan tenaga baharu di bahagian serangan sebelum muncul penjaring gol kemenangan pada masa kecederaan.

5. Hilang fokus pada minit-minit akhir

Ketika semua menjangkakan perlawanan akan berlanjutan ke masa tambahan, Jepun gagal mengekalkan disiplin bertahan pada saat paling kritikal. Ruang yang kecil berjaya dimanfaatkan Martinelli untuk menjaringkan gol kemenangan Brazil pada minit ke-95. Di pentas Piala Dunia, kehilangan fokus walaupun beberapa saat mampu mengubah segala-galanya.

Media UK, BBC berkongsi grafik mengenai purata pungutan mata setiap benua sepanjang aksi peringkat kump**an Piala Dunia....
30/06/2026

Media UK, BBC berkongsi grafik mengenai purata pungutan mata setiap benua sepanjang aksi peringkat kump**an Piala Dunia.

Asia, benua terbesar dan paling ramai penduduk di dunia, mencatatkan mata 0.67 sahaja menerusi 3 kemenangan, 9 seri dan 15 kekalahan.

Jelas edisi kali ini adalah edisi yang mengecewakan untuk benua Asia.

29/06/2026

Jepun jadi harapan Asia pagi nanti. Harap tak tertipu lagi dengan player Brazil 😅

Hong Myung-bo dianggap lagenda ketika Piala Dunia 2002, namun 24 tahun berikut, beliau adalah musuh nombor satu penyokon...
29/06/2026

Hong Myung-bo dianggap lagenda ketika Piala Dunia 2002, namun 24 tahun berikut, beliau adalah musuh nombor satu penyokong bolasepak Korea.

Ini antara 5 sebab Myung bo dikritik -

1) Proses pelantikan yang dianggap tidak telus.

Selepas pemecatan Jürgen Klinsmann, Korea Football Association (KFA) mengambil masa beberapa bulan mencari jurulatih baharu. Tiba-tiba Hong diumumkan sebagai jurulatih walaupun terdapat dakwaan bahawa proses pemilihan tidak mengikut prosedur. Malah, siasatan kerajaan Korea mendapati KFA melanggar prosedur dalaman ketika proses pelantikan itu.

2. Meninggalkan Ulsan HD secara mengejut.

Sebelum menerima jawatan kebangsaan, Hong beberapa kali memberi bayangan bahawa beliau akan terus bersama Ulsan HD. Apabila beliau tiba-tiba menerima tawaran KFA, penyokong Ulsan berasa dikhianati. Ada yang membawa sepanduk "Liar" dan "Get out" ketika perlawanan.

3. Rekod Piala Dunia 2014.

Hong pernah mengendalikan Korea di 2014 FIFA World Cup tetapi gagal memenangi sebarang perlawanan sebelum meletakkan jawatan. Sebab itu ramai mempersoalkan mengapa beliau diberi peluang kedua.

4. Prestasi dan taktikal

Walaupun Hong membawa Korea layak ke Piala Dunia 2026 tanpa kalah dalam pusingan kelayakan, ramai peminat menganggap corak permainan terlalu berhati-hati dan tidak memanfaatkan pemain berbakat seperti Son Heung-min, Lee Kang-in dan Kim Min-jae.

5. Kontroversi berterusan dengan KFA

Ramai penyokong sebenarnya lebih marah kepada presiden KFA, Chung Mong-gyu, berbanding Hong sendiri. Mereka melihat Hong sebagai simbol kepada pengurusan KFA yang dianggap mengamalkan kronisme dan kurang telus.

Edisi 2022 berakhir dengan kekecewaan buat Qatar selaku tuan rumah. 4 tahun berikutnya, masih perkara yang sama, kempen ...
25/06/2026

Edisi 2022 berakhir dengan kekecewaan buat Qatar selaku tuan rumah. 4 tahun berikutnya, masih perkara yang sama, kempen berakhir dengan kekecewaan.

Kedua-dua kempen tersebut terjadi ketika Qatar bergelar juara Asia. Status pasukan terhebat benua Asia jelas tidak menggambarkan keupayaan sebenar mereka.

1 seri, 2 kekalahan, 10 bolos dan hanya 2 jaringan - Qatar menjadi bahan ketawa dunia, malah peminat bolasepak di Asia sendiri mengakui kejayaan Qatar di Asia adalah 'fraud' kerana dilihat sentiasa menjadi anak emas untuk AFC.

Dari segi taktikal, Julen Lopetegui, jurulatih yang mencipta kontroversi pada edisi 2018 di Rusia kerana dipecat beberapa hari sebelum sepak mula gagal menyediakan struktur permainan yang sesuai.

Pertama, garisan pertahanan terlalu tinggi. Dalam aksi menentang Kanada,
Qatar sering cuba menekan di kawasan lawan, tetapi pertahanan mereka tidak cukup laju untuk menampung ruang di belakang.

Kedua, midfield mudah dipintas. Mereka bergantung kepada dua pemain tengah untuk mengawal tempo, tetapi apabila ditekan secara agresif, mereka kerap kehilangan bola di zon tengah.

Ketiga, Qatar sering menggunakan sistem tiga pertahanan dengan wing-back. Masalahnya, apabila wing-back naik membantu serangan, ruang di bahagian tepi terbuka luas dan dieksploitasi lawan.

Keempat, serangan mereka terlalu bergantung kepada individu. Mereka banyak bergantung kepada kreativiti pemain seperti Akram Afif untuk mencipta peluang. Apabila Afif dikawal rapi, serangan Qatar menjadi sangat tumpul kerana tiada variasi.

Dan kelima, pressing tidak konsisten. Ini agak ketara ketika menentang Bosnia dan Kanada. Ada ketika mereka melakukan high press, tetapi barisan tengah dan pertahanan tidak naik bersama. Ini mewujudkan jurang besar antara garisan, memudahkan lawan melepasi tekanan dengan beberapa hantaran sahaja.

Selepas kegagalan di Piala Dunia 2026, Qatar berada di satu persimpangan penting. Mereka tidak lagi boleh bergantung kepada kejayaan Piala Asia semata-mata jika mahu kekal kompetitif di pentas dunia. Secara keseluruhannya, bolasepak Qatar masih ada harapan. Mereka mempunyai infrastruktur bertaraf dunia, sistem pembangunan belia yang kukuh dan sumber kewangan yang besar. Cabaran sebenar ialah membuktikan bahawa mereka mampu melahirkan pemain bertaraf antarabangsa secara berterusan, bukan sekadar menghasilkan satu generasi emas yang memenangi Piala Asia 2019 dan 2023.

Address

Wangsamaju
Kuala Lumpur
53000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Football Unfiltered Asia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category