09/04/2023
Innalillahiwainnahirojiun...
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. AlFatihah
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
08/11/2022
Alhamdulillah ,Tamat sudah perjuangan di ParaSukma 2022 di Bukit Jalil Kuala Lumpur
Ribuan terima kasih buat penganjur ,penaja dan tak lupa juga buat semua penyokong tanpa anda kami tiada disini
Semoga kita berjumpa lagi dimasa akan datang dengan lebih bersemangat dan bertenaga
05/11/2022
5/11/2022 - Hari ke - 3
Acara Renang Sukan Para Sukma ke-20, MSN 2022. Terima kasih kepada Marina Island atas tajaan dan sokongan yang diberikan kepada atlet para renang perak.
⚪️🟡⚫️
04/11/2022
4/11/2022 - Hari ke - 2 acara Renang Sukan Para Sukma ke-20, MSN 2022. Walaupun tiada pingat tetapi ada sedikit peningkatan masa yang baik dari atlet Perak. Insyaallah esok dan lusa kami akan cuba buat yang lebih baik.
03/11/2022
3/11/2022 - Hari pertama Kejohanan Renang Sukan Para Sukma ke-20, MSN 2022.
02/11/2022
2/11/2022 - Taklimat & Mesyuarat Pengurus Sukan Para Sukma XX, MSN 2022 di Pusat Akuatik Bukit Jalil.
02/11/2022
Terima kasih Y.Bhg. Dato' Sri Megat D Shahriman bin Dato' (Presiden Majlis Paralimpik Malaysia) yang sentiasa menyokong Pasukan Renang Para Perak
02/11/2022
1/11/2022 - PERASMIAN PEMBUKAAN TEMASYA SUKAN PARA SUKMA EDISI KE-20 MSN 2022
Sukan Para SUKMA Edisi Ke-20 MSN 2022 telah membuka tirainya pada Upacara Perasmian Pembukaan Temasya bertempat di Axiata Arena, Kuala Lumpur Sports City. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tun Jeanne Abdullah selaku Penaung Majlis Paralimpik Malaysia.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato' Sri Ti Lian Ker dan juga Ketua Setiausaha KBS YBhg. Dato' Janasanthiran Muniayan serta dif-dif jemputan.
31/10/2022
31/10/2022 - MAJLIS SELAMAT DATANG DAN MENAIKKAN BENDERA KONTINJEN SUKAN PARA SUKMA EDISI KE 20 MSN 2022
Majis Selamat Datang dan Menaikkan Bendera Kontinjen Sukan Para SUKMA XX MSN 2022 ini tadi berlangsung di Dewan Banquet Casa 4, MSN.
30/10/2022
29/10/2022 - Majlis Penyerahan Bendera Kontijen Para Sukma Negeri Perak yang disempurnakan oleh YB. Tuan Khairul Shahril bin Mohamed, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.
22/10/2022
22/10/2022 - Penyerahan Peralatan dan Pakaian Renang peruntukan dari Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak untuk Atlet Renang Para Perak yang akan ke Kejohanan Para Sukma KL minggu hadapan.
Turut sampaikan jersey baru tajaan Marina Island untuk semua Atlet Renang Para Perak.
30/08/2022
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-65 buat negaraku Malaysia!
Kemerdekaan yang dinikmati hari ini haruslah dijiwai dengan perasaan cintakan tanahair dengan sepenuh hati.
Ayuh, rakyat Malaysia peliharalah nikmat hari ini demi generasi masa hadapan!
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Ikhlas Daripada : Pasukan Renang Para Negeri Perak