Jom Skipping

Jom Skipping

Share

Jom Skipping is the activity which is fun and can be done anywhere with rope and without rope. Jom S

12/07/2021
26/11/2020

Mai sini admin nak tunjuk pankreas tu dok kat mana dalam badan kita...tu dekat bawah lambung...nak tau tak apa tugas pankreas?

Pankreas merupakan salah satu organ yang paling penting di dalam sistem pencernaan kita. Fungsi pankreas adalah untuk membantu proses pencernaan melalui enzim yang dihasilkan dan nembantu mengawal kadar gula dalam darah melalui hormon yang dihasilkan. Terdapat 2 fungsi pankreas bagi tubuh iaitu fungsi eksokrin dan fungsi endokrin.

Fungsi pankreas sebagai kelenjar eksorin dan kelenjar endokrin.

Kelenjar eksorin menghasilkan enzim yang fungsinya berbeza-beza :-

1. Enzim amilase-menguraikan karbohidrat
2. Enzim lipase-menguraikan lemak
3. Enzim tripsin-menguraikan protein

Kelenjar endokrin berfungsi untuk memproduksi

1. Hormon insulin-menurunkan kadar gula
dalam darah dan diubah menjadi energi/
tenaga.
-menyerap glukosa menjadi glikogen dalam
hati (sekiranya gula tinggi dalam darah
maka insulin menjadi tinggi)
2. Hormon glucagon-menaikkan kadar gula
dalam darah dengan cara mengubah
glikogen dalam hati menjadi glukosa

Hormon insulin dan hormon glucagon

26/11/2020

SENAMAN tingkatkan hormon agar tidak mudah untuk GEMUK

Kelenjar hormon dapat dirangsang oleh senaman dan gaya hidup yang sihat agar ia dapat berkerja secara OPTIMUM.

Kaedah yang betul ialah meningkatkan aktiviti senaman kerana otot yang aktif akan menjadikan metabolisma lebih baik.

Pengecutan dan pengembangan otot berselang seli akan merangsang pengeluaran hormon yang lebih baik.

Oleh itu selain kualiti pemakanan yang harus dijaga,kualiti PROTIN perlu ditingkatkan dan KARBOHIDRAT dihentikan.(digantikan dengan makanan yang berserat tinggi)

26/11/2020

Ape itu GULA /GLUKOSA dan dari mana ia datang ?

Gula datang dari makanan seharian kita dan biasanya dari sumber korbohidrat.Sumber karbohidrat adalah seperti roti,ubi,nasi dan makanan yang berkanji. Pecahan karbohidrat akan menghasilkan glukosa dan akan disimpan di hati dan otot-otot dalam bentuk glikogen. Jadi,semasa aktiviti senaman atau aktiviti berjalan,glikogen akan ditukarkan kepada bentuk tenaga.

Dalam erti kata lain, otot badan akan menyerap gula yang ada dalam darah dan memprosesnya untuk dijadikan sumber tenaga.

Bagaimana gula boleh menggemukkan?

Semasa proses penyerapan gula dalam darah,darah akan pergi kepada otot-otot di dalam badan.Tetapi otot tidak boleh menyerap gula ini secara terus. Di sini, insulin iaitu sejenis hormon yang dihasilkan oleh pankreas berperanan untuk membolehkan otot menyerap gula di dalam darah.

Jika kandungan gula tinggi maka insulin yang terhasil juga tinggi. Insulin yang tinggi merangsang penukaran gula kepada lemak. Insulin yang rendah membolehkan gula masuk ke sel otot dan digunakan bagi pembinaan otot serta bertukar kepada tenaga.

Apabila gula rendah maka glukagon (sejenis hormon) p**a di rembeskan dan ia menukarkan lemak kepada gula.

Maka jelaslah kepada kita pengambilan GULA YANG TINGGI akan menyebabkan kadar penghasilan insulin yang TINGGI dan menjadikan kita semakin gemuk.

Perlu di ingatkan bahawa diet sahaja tidak mencukupi untuk anda memastikan lemak tidak berkumpul. Menahan lapar bukan cara yang betul.

Manusia memerlukan karbohidrat dan gula dalam kuantiti yang cukup. Bagi mereka yang gemuk dan kurang tenaga, perlu dijalankan analisis bagi memeriksa tahap metabolisma . Bagi yang mahukan kejayaan 100% dalam mengatasi masalah kegemukan, fungsi hormon perlu diperbaiki terlebih dahulu.

Photos from Jom Skipping's post 26/11/2020

TIPS turun 40kg dalam 6 bulan

11. Makan makanan grill atau
steam sahaja !

12. Jangan pernah skip makan malam seperti
sarapan pagi

13. Senaman pun harus ! Dalam 2-3 kali
seminggu pun dah memadai

14. Kawal nafsu makan dengan berpuasa

15. Ambil tahu nilai kalori setiap makanan yang
kita ambil

16. Elak stress !

17. Mesti kena ada CHEAT DAY untuk makan
apa sahaja yang anda INGINKAN sebagai
REWARD setelah penat lelah kita berdiet !

Photos from Jom Skipping's post 26/11/2020

TIPS turun 40kg dalam 6 bulan.

1. Jangan sesekali tinggal/skip sarapan pagi.
Sangat Penting!

2. Pastikan tidur cukup setiap hari

3. Cukup makan.Sekurang-kurangnya 5-6 kali
sehari

4. Pengambilan air TANPA GULA

5. Banyakkan pengambilan air kosong setiap
hari

6. Banyakkan pengambilan buah-buahan dan
sayur-sayuran

7. Kawal pengambilan nasi dalam sehari, hanya
satu genggam sahaja

8. Boleh makan roti tapi bukan roti putih. Roti
WHOLEMEAL lebih baik !

9. Elakkan pengambilan mee kuning dan kuey
teow

10. Elakkan makanan bergoreng, berminyak,
berlemak dan makanan segera

26/11/2020

Macam mana nak turun berat badan 40kg dalam masa 6bulan sahaja?

Ramai yang bercakap tentang azam tahun baru yang kononnya nak kurus dan lebih sihat dan seimbang sempena tahun 2020 ini. Namun, ape yang terjadi? Semua tu hanya kata-kata yang mampu keluar di bibir sahaja.Betul tak?

Jika anda betul2 mempunyai semangat yang tinggi untuk mengurangkan berat badan, perkara itu tidak akan menjadi masalah dan tiada halangan yang anda tidak mampu tempuhi dalam tempoh tersebut. Perkara pertama sekali kita kena faham ape itu DIET.

Ramai yg silap termasuk admin.DIET bukan bermakna tidak makan tetapi bermaksud pemakanan yang sihat. Nak turunkan berat badan,kena jaga pemakanan.Senaman perkara kedua.Kemudian kena bersedia dr segi fizikal dan mental.Kena disiplinkan diri.

05/11/2020

Jom Skipping

16/09/2020

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2020 !
Majula Malaysia dengan cemerlang agar terus gemilang di persada dunia.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
50050