25/11/2021
"Jom makan depan Masjid Hidayah bro!" ajak Luth.
"Makan mana pagi ni yang "champion"?" tanya balas saya.
"Melawati la kali ni, depan masjid hidayah. breakfast champion situ" spontan Luth balas.
Terbukti sekali lagi selera marhaen orang Melawati memang tidak mengecewakan. Tahu tak gerai ni kat mana u olls?
Lokasi deretan gerai Nasi Lemak Aziz dan Mama Zana ni di hadapan Masjid Al Hidayah betol betol strategik.
Makanan dia aduhai... superbbb. Nasi lemak dia sedap, roti canai dia lembut. Kuah dhal dan sambal yang "ouh terangkat beb!" bila dibanjirkan dengan roti canai.
Mama Zana plak beri pilihan menu sarapan inggeris. Melayu jawa makan pancake madu, scrambled egg, kacang dan roti bakar ala ingeris. Kau rase? hahah. Tapi sihat dan sedap lah.
Pancake dia lembut.. lemak. Tak terasa mengunyah. Campuran dengan madu mmg "a very good combination". Wallaweh.
Jom lah try sini. Lepas tu tag kami. Guna hastah
Baru lah kita geng!
Hulu Kelang, destinasi makanan 5 bintang harga marharen!
02/08/2021
KENYATAAN BERSAMA GABUNGAN NGO GOMBAK
2 OGOS 2021 | 23 ZULHIJAH 1442H
HIMPUNAN KELUAR DAN LAWAN: KESAN & AKIBAT KEPADA COVID-19 MALAYSIA
Kebebasan bersuara seperti mana yang termaktub dibawah Perkara 10 (1) Perlembagaan Persekutuan bukanlah sesuatu yang mutlak dan ia boleh dibataskan oleh undang-undang bagi tujuan mengekalkan keselamatan negara dan ketenteraman awam terutama didalam situasi getir negara kita yang sedang berperang dengan Pandemik Covid-19.
Dikala bilangan jumlah kes harian yang telah dijangkiti Covid-19 mencecah lebih dari 17,000 sehari, tindakan pihak-pihak yang mendalangi penganjuran Himpunan Lawan ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Lebih memburukkan keadaan, lokasi perhimpunan yang diadakan di Kuala Lumpur. Ini kerana bilangan harian kes Positif Covid-19 teringgi di Malaysia adalah dari Negeri Selangor dan Kuala Lumpur (Lembah Klang). Oleh itu, menganjurkan himpunan pada waktu ini adalah sangat tidak wajar terutama dengan kebolehan varian baharu Delta yang boleh merebak dengan sangat cepat iaitu dalam tempoh 15 saat sahaja.
Nilai-nilai murni yang sinonim dengan jiwa dan jatidiri masyarakat Melayu perlu dikekalkan oleh jenerasi muda pada hari ini. Tindakan segolongan pihak mengheret anak muda demi kepentingan politik mereka pada waktu negara sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19 adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan secara langsung memberi implikasi kepada sistem kesihatan negara jika kes Covid-19 semakin meningkat berpunca dari himpunan seperti ini. Terdapat saluran-saluran yang betul dan lebih sesuai bagi setiap individu untuk menyuarakan pendapat mereka didalam mengamalkan sistem negara demokrasi berparlimen.
Justeru itu, Gabungan NGO Gombak ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia tidak kita pangkat atau darjat agar terus bersabar dan berganding bahu bersama-sama memainkan peranan dengan mematuhi SOP dan langkah-langkah pencegahan dalam usaha memerangi pandemik Covid-19 sehingga kita mampu keluar dari krisis kesihatan dan ekonomi demi menjaga keamanan dan kesejahteraan negara kita Malaysia.
Ts. SAFWAN HASHIM
PENGERUSI
GABUNGAN NGO GOMBAK
1. HIGOM- Humanitarian Inspired Global Organisation Malaysia
2. Syabab Care- Pertubuhan Syabab Prihatin dan Kebajikan
3. Rahmat Care- Pertubuhan Rahmat Untuk Semua
4. Gombak Didik - Pertubuhan Pendidikan Gombak
5. ASSAKINAH - Persatuan Kebajikan Assakinah
6. UMI Care- Persatuan Kasih UMI Gombak
7. PHKP- Persatuan Hulu Kelang Prihatin
8. Bushra - Persatuan Pendidikan Bushra
9. ADAM - Akademi Didik Anak Muda
10. AYC- Kelab Belia AMAL Gombak
11. Purnama Care
12. Maaruf Care
02/05/2021
Kawan kawan di sekitar AU1-AU5 Lembah Keramat, Taman Permata, Taman Melawati, Klang Gate, Hulu Kelang, Kemensah n etc mohon berhati-hati, terus konsisten amalkan penjarakkan sosial dan patuhi SOP. Semoga kita dijauhkan daripada wabak penyakit merbahaya ini.
Stay safe guys~
Admin MyHK
10/10/2020
Apabila maruah diri, rezeki halal dan perasaan malu digabungkan.
11/09/2020
"Abang nak tak premium wash siap kami polish dan wax full kereta abang hanya tambah RM2.50 shj. Sekarang ni ada promo 50% sampai 17 September ni bang. Kami nanomist kereta kasi habis bersih luar dalam kereta abang!" terang panjang lebar bro Spiky kat saya.
Pekerja rajin, owner pon baik dan sangat cermat kerja nya. Muzim zaman PKP ni, memang MyHK sapot 100% servis mantob dan anak tempatan kita berniaga.
Moh kat AU5C jer sebelah Skate park tu..
MyHK tolong kasi promote bisnes kawan kawan dalam Hulu Kelang dan sekitar.
Jangan lupa like, share dan komen yg mur mur yer kawan kawan.
Together We Stronger~
Jangan cakap Abang SK tak Payung~
P/S: Bezza Abang SK tadi wash biasa harga RM12 shj Tiptop puas hati! mmg teliti budak budak dia buat kerja! All The best KarWaz and team!
https://www.facebook.com/karwazcarcare/