23/04/2026
Alhamdulillah Ameerah Fan Club (AFC) Malaysia berbesar hati ingin mengumumkan projek Gadis Gunung 2026 ⛰️
Tujuan projek GG ini adalah untuk memberi kesedaran kepentingan gaya hidup yang sihat, khususnya dalam dunia pendakian. Memperkenalkan kerjasama bersama wanita yang hebat dalam dunia pendakian
1. Hayyu Rahmat (Champion Merapoh Ultra 55 KM)
2. Caamyra (Finisher 100KM Merapoh Rainforest Trail 2025)
3. Ume Cikin (Content Creator)
Terima kasih kerana sudi bekerjasama dengan AFC Malaysia ! Looking forward to collaborate and gain knowledge through your stories and sharing ! Can't wait ! Tazabarrrrr
03/04/2024
✨Amalan Wanita Uzur Di Bulan Ramadhan✨
Wanita yang uzur tidak boleh solat, berpuasa dan membaca Al-Quran.
Namun ada banyak amalan lain yang wanita boleh lakukan ketika uzur di bulan Ramadan dan mendapat ganjaran dari Allah SWT.
Jangan lupa untuk kongsi ilmu ini pada keluarga, kawan-kawan dan orang ramai. Semoga bermanfaat 🫶🏼
27/03/2024
Salam Nuzul Al Quran buat semua 🥰
Jom usaha upgrade kualiti hidup kita mengikut panduan Al-Quran.
21/03/2024
Jom kita 🤩
Tag and komen kawan korang di ruangan komen 🤩
14/03/2024
TIP KHATAM AL-QURAN DI BULAN RAMADAN ✨
Tag and komen kawan korang di ruangan komen 🤩
11/03/2024
Marhaban Ya Ramadan 🌕
Selamat menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. Semoga kedatangan bulan Ramadan memberikan seribu makna buat kita semua.
Ramadan Kareem 🤍
08/03/2024
Malumu mahkota yang tidak diperlukan singgahsana,
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama,
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya,
Melainkan kamu sendiri,
Yang pergi menyerah diri." - Puteriku Sayang
Hari Wanita Sedunia hari ini mengingatkan kita untuk menghargai diri kita, atau menghargai keluarga kita yang bernama wanita.
Diri kita sebagai wanita mulia disisi Allah kerana kesolehan diri kita. Tidak pada harta, tidak pada rupa, tidak juga kepada bakat dan skill yang kita ada. Tetapi kerana keimanan dan keyakinan kita yang tinggi kepada Allah. Itulah yang mengangkat kehidupan kita di dunia dan akhirat ini.
Selamat Hari Wanita 🌹
"Wanita Dijulang, Negara Gemilang"
03/03/2024
Apa persedian untuk Ramadan yang berbaki 9 hari lagi ni?
Cuba komen dan tag kawan korang di ruangan komen 🤩