Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat

Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat

Share

Akademi Bola Sepak AU5`D Lembah Keramat ditubuhkan pada tahun 2013. Misi > MELAHIRKAN PEMAIN BOLA SEPAK BERBAKAT DAN BERILMU

16/08/2026

16hb August 2026 | Padang AU5D Lembah Keramat

Latihan Akademi Bolasepak AU5D Lembah Keramat kategori U8, U10 & U12

Photos from Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat's post 09/08/2026

09 August 2026 | Padang AU5D Lembah Keramat

Latihan Akademi Bolasepak AU5D Lembah Keramat kategori U8, U10 & U12

02/08/2026

2 August 2026 | Padang AU5D Lembah Keramat

Latihan Akademi Bolasepak AU5D Lembah Keramat kategori U8, U10 & U12

Photos from Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat's post 25/07/2026

25 Julai 2026 | AU5D Lembah Keramat

⚽ KEJOHANAN BOLA SEPAK BAWAH 12 TAHUN PIALA KHUSHAIRI AIZAD 2026 ⚽

Sempena ulang tahun ke-13 penubuhannya, Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun Piala Khushairi Aizad! 🏆

Kejohanan khas ini dibawakan bagi menghargai pengasas akademi, Sdr. Khushairi Aizad, yang sentiasa komited dan aktif membangunkan akademi ini sejak tahun 2013.

Selain menjadi medan mencungkil bakat baharu di peringkat akar umbi, penganjuran ini juga adalah bentuk penghargaan buat anak-anak, ibu bapa, serta para jurulatih atas sokongan dan komitmen padu yang berterusan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan kejohanan atas kejayaan penganjuran ini! 👏✨

Antara pasukan yang telah menyertai adalah AJFC A, AJFC B, Strait FC, Akademi AU5'D A, Akademi AU5'D B, KL Passion & Akademi KL Rangers.

🏆 KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN 🏆
KATEGORI CUP
🥇 Juara: AJFC A
🥈 Naib Juara: Strait FC
🥉 Ketiga: AJFC B
🏅 Keempat: Akademi AU5D A

KATEGORI PLATE
🥇 Juara: KL Passion
🥈 Naib Juara: Akademi AU5D B
🥉 Ketiga: Akademi KL Rangers

Tahniah kepada semua pemenang dan seluruh pasukan yang bertanding! Korang mmg terbaik! 💪🔥

12/07/2026

12 July 2026 | Padang AU5D Lembah Keramat

Latihan Akademi Bolasepak AU5D Lembah Keramat kategori U8, U10 & U12

Photos from Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat's post 11/07/2026

11 July 2026 pasukan AU5D (U9) telah menyertai kejohanan “Raptor Cup Series 2026” bertempat di padang bola HKL sbg pasukan jemputan

AU5D FC telah berjaya mendapat tempat kedua pd kejohanan kali ini. Mata yang sama tp hny perbezaan 2 gol shj dgn juara. Tahniah diucapkkan kpd pemain dan coach wan dan juga coach aidil. Pemain telah menunjukkan peningkatan drpd awal tahun sehingga ke harini

Terima kasih juga diucapkan kpd ibu bapa yg turut hadir memberikan sokongan paling padu kepada pemain. Semoga kejohanan kali ini dpt memberikan pengalaman berharga buat pemain.

Terima kasih juga kpd Raptor team kerana sudi menjemput Akademi AU5D football club pd kejohanan kali ini.

05/07/2026

5 July 2026 | Padang AU5D Lembah Keramat

Latihan Akademi Bolasepak AU5D Lembah Keramat kategori U8, U10 & U12

Photos from Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat's post 28/06/2026

28 June 2026 Pihak akademi telah menyertai “Huslo World Cup” kategori bawah 12 tahun yg bertempat di kompleks Sukan Bangsar.

Pasukan telah berjaya melangkah ke final dan memperoleh tempat ke 2 (Naib johan). Untuk pengetahun pasukan ini telah dicampur drpd umur 10,11 dan juga 12 dan apabila pasukan berjaya melangkah ke final ia adalah 1 pencapaian yg terbaik. Tahniah kpd pemain dan coach

Penjaring terbanyak kejohanan p**a telah dimenangi oleh pemain AU5D fc sendiri iaitu Muhammad Imtiyaz dan telah berjaya membawa balik jam tangan gshock. Terima kasih diucapkan kepada pengajur

Di akademi bolasepak AU5D, semangat berpasukan dan berdaya saing itu yg lebih utama,menang kalah adalah bonus. Terima kasih diucapkan kpd coach awi Awi dan jutaan terima kasih diucapkan kpd ibu bapa yg hadir memberikan sokongan kpd anak anak. Tahniah sekali lagi

21/06/2026

21 JUNE 2026 | Padang AU5D Lembah Keramat

Latihan Akademi Bolasepak AU5D Lembah Keramat kategori U8, U10 & U12

Photos from Akademi Bola Sepak AU5D Lembah Keramat's post 21/06/2026

21/06/2026 pihak akademi telah menyertai kejohanan JLS Cup kategori U11 yang bertempat di FootballHub KSL klang.

Tahniah diucapkan kepada semua pemain yg telah terpilih. Kejohanan pada kali ini telah memberikan pengalaman berharga kpd mereka. Daripada dulu,Akademi AU5D akan berikan peluang kepada semua pemain utk menyertai sebarang kejohanan atau liga demi memberi pendedahan kpd setiap pemain.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa yg turut hadir ber “potluck” dan memberi sokongan kepada semua pemain. Tahniah dan terima kasih juga diucapkan kpd coach ayep dan coach syamirul ❤️⚽️

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur

Opening Hours

09:00 - 17:00