SUKAN Sarawak

Directions

SUKAN Sarawak SUKAN SARAWAK

LAMAN MENGENAI BERITA SUKAN DI SARAWAK & MALAYSIA

05/10/2026

DAH SIAP. Jambatan Sejingkat kini sudah siap dan dibuka kepada pengguna jalanraya yang ingin jimat masa ke Kota #π’π€πŒπ€π‘π€π‡π€π dari Petra Jaya.

04/10/2026

Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah bagi para pemenang Padawan Raft Safari 2026 yang berlangsung di dewan serba guna Kampung Git, Padawan turut diserikan dengan persembahan tarian tradisional masyarakat Melanau.

04/10/2026
Pertarungan sengit dan penuh debar antara pasukan   dan   di Stadium Terbuka Kota Samarahan petang ini berakhir dengan p...
03/10/2026

Pertarungan sengit dan penuh debar antara pasukan dan di Stadium Terbuka Kota Samarahan petang ini berakhir dengan pasukan pelawat p**ang dengan mata penuh. Kuching FA muncul sebagai pemenang selepas menundukkan tuan rumah Samarahan FA 1-0 dalam perlawanan kump**an Zon Selatan yang menyaksikan kedua-dua pasukan berjuang habis-habisan sehingga wisel penamat. Misi utama bagi pasukan Kuching FA petang ini ialah untuk terus memburu kemenangan dan p**ang dengan mata penuh!
Kedua-dua pasukan tampil dengan permainan serba cantik dan bermutu tinggi, sambil saling menguji pertahanan dan mencipta peluang dalam aksi yang cukup mendebarkan para peminat. Samarahan FA memberikan tentangan sengit di hadapan penyokong sendiri, namun Kuching FA tetap fokus dan akhirnya berjaya memastikan keputusan memihak kepada mereka.
Tahniah buat kedua-dua pasukan atas aksi penuh semangat dan daya juang yang dipamerkan sehingga minit terakhir!

03/10/2026

GOL KEMENANGAN!!! Pasukan bolasepak pasukan Kuching FA berjaya menjaringkan gol pembukaan dan kemenangan melalui Mohd Nur Raziman yang mengambil peluang hantaran dari sepakan sudut yang cantik oleh rakan sepasukan, Mohammad Shafitri. Babak pertama perlawanan Liga Premier Sarawak antara pendahulu kump**an, Zon Selatan iaitu Kuching FA menentang Samarahan FA memang cukup sengit. Kedua dua pasukan membuat percubaan membahaya di kawasan gawang lawan namun pasukan Kuching FA yang membawa balik mata penuh selepas wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan iaitu Norbert Anak Sentana. Perlawanan berkesudahan 1-0 berpihak kepada pasukan Kuching FA yang kini mendahului kump**an Zon Selatan dengan 18 mata. Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak didik ketua jurulatih pasukan Kuching, Mohammad Dzulazlan Ibrahim.

01/10/2026

Sorotan aksi perlawanan persahabatan antara pasukan menentang malam berakhir dengan kemenangan tuan rumah yang telah menyumbat 4 gol. Pihak pelawat hanya mampu membalas dengan 1 jaringan gol kerana benteng pertahanan City FC memang mantap! Syabas dan semoga strategi permainan pasukan kita akan berhasil apabila menentang pasukan pada perlawanan kedua Piala FA 2026 di Stadium Taha Ariffin, Petra Jaya 10 Oktober nanti.

28/09/2026

Sorotan temuramah rakan rakan media bersama Menteri Belia, Sukan & Pembangunan Usahawan (MYSED), Dato Sri Abdul Karim Rahman Hanzah mengenai status kerja kerja menambah baik Stadium Taha Ariffin, Petra Jaya yang bakal menjadi gelanggang pasukan dalam kancah bolasepak Liga Super Malaysia (MSL), , , Asia Champions League II dan 2026 nanti.

KUCHING MENANG PENUH GAYA SETELAH BENAM SRI AMAN 4-0Aksi sengit Liga Premier Sarawak menyaksikan pasukan Kuching FA tamp...
26/09/2026

KUCHING MENANG PENUH GAYA SETELAH BENAM SRI AMAN 4-0

Aksi sengit Liga Premier Sarawak menyaksikan pasukan Kuching FA tampil bertenaga apabila mencatat kemenangan bergaya 4-0 ke atas Sri Aman FA dalam perlawanan yang berlangsung di Padang Bola Sepak Suruhanjaya Perumahan Sarawak (SPSS), Taman Perumahan Tunku Petra Jaya, Kuching, petang tadi. Bermula dengan penuh yakin, Kuching FA menguasai rentak permainan dan memanfaatkan peluang yang terhidang untuk membina kelebihan selesa.

Kemenangan ini turut memperlihatkan kesungguhan serta disiplin tinggi para pemain Kuching FA yang terus menekan sehingga ke wisel penamat. Jentera serangan yang tersusun, ditambah dengan pertahanan yang kemas, membolehkan pasukan tuan rumah mengekalkan momentum permainan dan menamatkan aksi dengan empat gol tanpa balas. Sri Aman FA p**a tetap memberikan saingan dan berusaha mencari ruang untuk bangkit, namun kelebihan Kuching FA ternyata sukar digugat.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga Kuching FA atas persembahan yang mantap serta tiga mata yang diraih dalam aksi kali ini. Semoga momentum kemenangan ini menjadi pembakar semangat untuk menghadapi perlawanan-perlawanan seterusnya dalam saingan Liga Premier Sarawak. Teruskan berjuang, teruskan memberikan yang terbaik demi maruah pasukan dan semarak bola sepak Sarawak! ⚽πŸ”₯

26/09/2026

Sorotan GOL pertama pasukan FA dalam babak pertama perlawanan menentang Sri Aman FA yang dijaringkan oleh penyerang Mohamad Hadera Bakri. Penyerang yang menyarung jersi nombor 13 ini mendapat hantaran bola cantik dari rakan pasukan, Ariff Iskandar.
2026

26/09/2026

⚽ LIGA PREMIER SARAWAK 2026 | KUCHING FA VS SRI AMAN FA

Perlawanan sengit antara FA dan FA dalam kancah berlangsung petang ini di Padang Bola Sepak Suruhanjaya Perumahan Sarawak (SPSS), Taman Perumahan Tunku Petra Jaya, Kuching. Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi penuh bertenaga dalam usaha menguasai permainan dan memburu jaringan.
Pasukan tuan rumah, Kuching FA, tampil lebih berkesan pada babak pertama apabila berjaya mendahului 2-0. Jaringan pertama hadir menerusi penyerang Mohd Hadera Bakri, sebelum pemain tengah Mohammad Hafis Saperi menambah gol kedua untuk meletakkan Kuching FA dalam kedudukan selesa sebelum rehat.

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SUKAN Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category