05/11/2023
KEJOHANAN BADMINTON MAPIM 2023
Alhamdulillah, tertulis sudah rezeki kami di peringkat Naib Johan sahaja dalam Kejohanan Badminton MAPIM 2023 setelah sekian lama KESURA BC menyepi dari kancah pertandingan badminton.
Syabas dah tahniah kepada pasukan lain yang turut memberikan semangat kesukanan yang tinggi dalam memastikan pertandingan berlangsung dengan sihat dan lancar.
05/10/2021
Tahniah buat Skuad MALAYSIA Piala Uber yang berjaya meraih pingat gangsa. Apa yang kami dapat rumuskan disini, kita sebenarnya tidak ketandusan BAKAT terutamanya kategori wanita, tapi kita ketandusan pengurusan yang baik.
Oleh itu, eksperimen kali ini dengan berani mengetengahkan pemain2 muda akhirnya berjaya kita dapatkan keputusan yang luarbiasa. Semoga ini kelak menjadi sebuah anjakan paradigma dalam pengurusan BAM agar terus memberi pendedahan peringkat antarabangsa kepada pemain2 muda.
Warriors. 🇲🇾❤️
Next 🆙: Thomas & Uber Cup in Aarhus, Denmark
01/10/2021
Pemain KESURA terlibat dalam perlawanan persahabatan menentang Kelab Tunas Bakti pada 30 September 2021 setelah sekian lama tidak beraksi. Terima kasih kepada pihak penganjur dan komitmen pemain dalam memastikan penjarakan sosial sepanjang perlawanan 🏸 Diharapkan penglibatan ini merapatkan lagi ukhwah antara kedua-dua pasukan💪
19/09/2021
Alhamdulillah, satu lagi berita gembira buat badminton tanahair. Syabas buat Coach Iskandar, terus mengorak langkah baru dan cipta legasi anda sendiri. Kami di KESURA BC menyokong penuh anda dalam membawa nama Malaysia dalam arena kejurulatihan.
Semoga Coach Iskandar diberikan kejayaan dalam menggalas misi besar buat negara Ireland.
Iskandar Zulkarnain terima tawaran jadi jurulatih di Ireland
Perseorangan lelaki profesional negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, dilaporkan menerima tawaran untuk menjadi tenaga kejurulatihan skuad badminton kebangsaan Ireland.
18/09/2021
TAHNIAH COACH SYAWAL ISMAIL ATAS PELANTIKAN SEBAGAI BADMINTON HEAD COACH UNTUK NEGARA QATAR
Kami di KESURA sangat gembira dengan berita ini dan mengharapkan lebih ramai lagi anak Malaysia untuk mencuba nasib di perantauan. Kami mendoakan saudara Syawal Ismail akan membawa satu fenomena baru badminton di tanah Arab yang kita semua sedia maklum rata-ratanya sangat fanatik dengan sukan bolasepak.
14/06/2021
INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJIUN
Kami dari Kesura BC ingin mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham MARKIS KIDO yang merupakan pemain badminton dari Indonesia yang telah pergi ke rahmatullah sebentar tadi.
Semoga beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman. InsyaAllah.
Al Fatihah (dibaca)
05/04/2021
Setelah sekian lama menyepi akhirnya sesi riadah KESURA diteruskan pada 5 April 2021 di The Challenger, Ampang. Terima kasih diucapkan atas kehadiran semua pemain;-)
11/12/2020
Sesi latihan sparring pemain KESURA malam tadi. Terima kasih atas kehadiran dan komitmen anda menjaga SOP sepanjang latihan ;-)
09/12/2020
KESURA mengucapkan tahniah kepada pemain kelab, Marzuan kerana berjaya menamatkan acara larian virtual Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon sejauh 21km dalam tempoh masa kurang daripada 2 jam 30 minit. Syabas diucapkan atas pencapaian yang membanggakan. Terbaik, bro!!!!!!
04/12/2020
Sesi latihan sparring KESURA sepanjang minggu ini. Terima kasih atas kehadiran dan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemain. Semoga momentum dan semangat diteruskan dalam latihan pada minggu hadapan ;-)
23/11/2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.. Berita Baik bagi semua Ibu/Bapa yang ingin menghantar anak-anak serta penggemar sukan badminton untuk menjalani latihan badminton...AA Badminton Academy akan membuka Pendaftaran Latihan bagi sesi Tahun 2020.. Boleh Whatsapp 0123215520 Coach Amir Afizul, yg juga pemain KESURA utk pendaftaran atau sebarang pertanyaan..Terima Kasih