Softball Association of Kuala Lumpur

Softball Association of Kuala Lumpur

Share

This is the official page for the Softball Association of Kuala Lumpur, Malaysia Persatuan Sofbol (WP) Kuala Lumpur (Baru)

Photos from Softball Association of Kuala Lumpur's post 23/05/2026

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pasukan WPKL A (Lelaki) atas kejayaan cemerlang menjadi Johan Kumpulan C dan menewaskan Pasukan Pahang A dengan keputusan 7–3 di suku akhir. Pasukan WPKL A meneruskan rentak kemenangan apabila berjaya menundukkan Pasukan Negeri Sembilan A dengan jumlah larian 12–2 diseparuh akhir dan sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan Kali Ke-50 Tahun 2026.

Kejayaan ini membuktikan semangat juang, disiplin, komitmen serta kesepaduan pasukan yang tinggi dalam kalangan para atlet, jurulatih dan pegawai pasukan sepanjang kejohanan berlangsung. Persembahan yang ditampilkan bukan sahaja membanggakan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, malah mencerminkan kualiti serta daya saing pasukan di peringkat kebangsaan.

Persatuan Sofbol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSWPKL) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada seluruh pasukan atas pencapaian yang amat membanggakan ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) atas sokongan yang tidak berbelah bagi dan juga bantuan kewangan untuk ke kejohanan ini.

Teruskan perjuangan di pentas akhir dengan semangat, keyakinan dan iltizam yang tinggi demi mengharumkan nama Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

β€œChampions are not made by chance, but by discipline, sacrifice and unwavering determination.” πŸ”₯πŸ₯Ž

Photos from Softball Association of Kuala Lumpur's post 23/05/2026

Persatuan Sofbol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSWPKL) mendaftarkan penyertaan bagi tiga pasukan yang akan membawa cabaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke pentas Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan Kali Ke-50 Tahun 2026.

Penyertaan ini mencerminkan komitmen berterusan PSWPKL dalam memperkasa pembangunan sukan sofbol serta melahirkan atlet yang berdaya saing, berdisiplin dan bersemangat juang tinggi di peringkat kebangsaan.

Pasukan yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah seperti berikut:

πŸ₯Ž Pasukan WPKL A Lelaki
πŸ₯Ž Pasukan WPKL B (SUKMA) Lelaki
πŸ₯Ž Pasukan WPKL Perempuan

PSWPKL merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada barisan jurulatih, pengurus pasukan, pegawai serta para atlet yang telah menunjukkan komitmen, disiplin dan kesungguhan dalam persiapan menghadapi kejohanan ini.

Semoga seluruh kontinjen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan dan berjaya mengharumkan nama Wilayah Persekutuan di pentas kejohanan.

β€œSuccess is where preparation and opportunity meet.”

Ayuh WPKL!
Berjuang dengan penuh semangat, maruah dan kebanggaan. πŸ”₯πŸ₯Ž

Photos from Softball Association of Kuala Lumpur's post 19/04/2026

Sesi pemilihan pasukan πŸ₯Ž lelaki ke Kejohanan Sofbol Terbuka Kebangsaan Ke-50 2026

14/04/2026

SESI PEMILIHAN TERBUKA PASUKAN SOFBOL LELAKI WPKL (WIPERS)

Dimaklumkan bahawa Persatuan Sofbol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan mengadakan Sesi Pemilihan Terbuka bagi Pasukan Sofbol Lelaki WPKL (WIPERS) untuk mencari pemain berbakat yang berpotensi mewakili Pasukan Wipers ke Kejohanan Terbuka Kebangsaan.

**πŸ“ Butiran Sesi Pemilihan adalah seperti berikut:**

Tarikh: 19 April 2026 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
Tempat: SMK Taman Bukit Maluri, Kepong

**πŸ‘€ Kriteria Penyertaan:**

* Pemain yang menetap, belajar atau bekerja di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur / Putrajaya
* Berminat untuk mewakili Pasukan WIPERS dan berdaftar di bawah Persatuan Sofbol WP Kuala Lumpur
* Mempunyai komitmen yang tinggi serta pengalaman dalam sukan sofbol
* Warganegara Malaysia

πŸŽ’ Keperluan Peserta:
Peserta diminta untuk membawa peralatan sendiri seperti:

* Glove
* Bola
* Catcher set (jika berkaitan)
* Pakaian sukan yang bersesuaian
* Minuman sendiri

πŸ“ž Pertanyaan:
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Anthony: 019-3332212

Photos from Softball Association of Kuala Lumpur's post 14/04/2026

Pihak PSWPKL ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Majlis Sukan Wilayah Persekutuan atas sumbangan Bantuan MADANI serta pemberian insentif kemenangan sempena Sukan SEA ke-33 di Thailand 2025.

13/04/2026

Pasukan Sofbol SUKMA Wipers dengan penuh semangat juang telah beraksi dalam Perlawanan Grand Final Kejohanan Sofbol Terbuka Kedah Bawah 21 Tahun (Pra SUKMA). Walau bagaimanapun, mereka terpaksa akur menerima kekalahan kepada Pasukan SUKMA Perak dengan keputusan 13–5.

Sehubungan itu, Persatuan Sofbol Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PSWPKL) dengan penuh rasa bangga dan penghargaan ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan jurulatih, Pengurus Pasukan, pegawai-pegawai serta seluruh atlet Pasukan Sofbol Lelaki dan Perempuan Wipers atas komitmen, disiplin dan kesungguhan yang telah dipamerkan sepanjang kejohanan berlangsung.

Sesungguhnya, setiap pengorbanan dan usaha gigih yang dicurahkan adalah satu manifestasi semangat kesukanan yang tinggi serta lambang dedikasi yang amat dihargai oleh pihak persatuan. Kekalahan bukanlah penamat, sebaliknya menjadi landasan untuk memperkukuh azam dan memperbaiki prestasi ke arah kecemerlangan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Justeru, diharapkan agar seluruh pasukan terus mempertingkatkan usaha, mengekalkan semangat juang serta memperkukuh latihan demi mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam kejohanan-kejohanan akan datang.

Photos from Softball Association of Kuala Lumpur's post 12/04/2026

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Sofbol Wanita SUKMA WIPERS atas kejayaan cemerlang melayakkan diri ke peringkat Grand Final setelah menewaskan Pasukan Terengganu dengan keputusan 9–6 dalam Kejohanan Sofbol Terbuka Kedah.

Pencapaian ini mencerminkan tahap komitmen, disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan pemain dan pasukan pengurusan. Kejayaan tersebut bukan sahaja membanggakan pasukan, malah turut mengharumkan nama kontinjen secara keseluruhannya.

Sehubungan itu, seluruh warga PSWPKL merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada Pasukan Sofbol Wanita SUKMA WIPERS dalam menghadapi perlawanan akhir menentang Pasukan SUKMA Perak. Diharapkan agar pasukan terus mengekalkan prestasi terbaik serta mempamerkan semangat kesukanan yang unggul demi mencapai kejayaan yang diimpikan.

β€œChampions keep playing until they get it right.”

Semoga kejayaan terus mengiringi perjuangan pasukan di pentas akhir.

20/03/2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026/1447
Semoga Syawal ini membawa seribu keberkatan, kegembiraan dan kedamaian.

Ikhlas daripada:
Persatuan Sofbol WP Kuala Lumpur

28/02/2026

Sesi Latihan malam bagi Pasukan Sofbol SUKMA Wilayah Persekutuan WIPERS yang diadakan di SMK Taman Bukit Maluri

28/02/2026

Sesi Latihan Pasukan Sofbol SUKMA Lelaki Wilayah Persekutuan WIPERS

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Jalan Burung Kasawari, Taman Bukit Maluri, 52100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutu
Kuala Lumpur
52100