14/07/2025
Kita nak nasi lemak tu cukup sifat. Ada nasi wangi, sambal, bilis, kacang, telur rebus dan timun.
Ini requirement yang perlu ada dalam setiap Nasi Lemak. Kalau tak ada, masih boleh makan. Tapi tak cukup sifat la.
Ada satu gerai ni saya pernah singgah di sekitar Sri Rampai, ikan bilis dia satu tong penuh. Perghh.. geram betul tengok. Beratur panjang.. best2 rasa dalam hati. Kite pun tunggu lah..
Sampai giliran saya, saya pun order.
Me : Nasi lemak 2x kak, extra bilis yer.
Hakak : Tak boleh dik.. lauk? (Muka kelat)
Me : Owhh yeke.. takpe saya bayar extra.
Hakak : Tak boleh mintak extra, nak lauk ape dik? (Muka macam penat keje 18 jam, padahal jam 8.15am)
Me : Haa..?? Lorr.. nape tak boleh extra bilis? Saya berseloroh..
Hakak : Boss tak kasi, lauk? (Muka dah start ketat)
Me : Laa.. kenapa boss tak kasi?
Hakak ke-2 menyahut : Kita memang tak jual extra bilis ye! (Muka bengang)
Saya senyum je la.. “Okey kak tak nak lauk.. 😊” Maybe baru lepas kena marah dgn boss. Maybe sebab dah ramai sangat orang tanya. Maybe dia pun dh argue dgn boss dia tapi boss dia insist tak kasi letak extra bilis, wallahuaklam.
Pekerja hanya kerja, kita nak bising pun tak de function melainkan boss dia ada disitu. Tapi hasil dari insiden tu, memang sekali tu je laa saya pergi kat gerai tu. Dah beli, nasi tu saya tak makan. Saya sedekahkan kat guard bawah rumah.
Setiap hari kita akan di uji. Masa tu ujian saya adalah beli nasi lemak. Kalau kita ter trigger, means ada unsettle business laa inside me. Dan kene bereskan.
Kalau tengok nasi lemak, saya akan teringat peristiwa tu. Cek rasa.. rasa marah ke rasa geram ke atau rasa memaafkan? Kalau ada rasa yg tak best tu, istighfar.. means ade part yg masih trigger me. Kalau rasa tersenyum dan memaafkan, teruskan memaafkan dia.
This is how Allah teach our soul.
Innertalk : Nak syurga kan Erfan? Syurga tak terima org baran, org marah, org jeles..
Me : Owh.. okey2.. compassion and forgive yourself.
20/03/2025
Sepanjang hari ini Jemaah MXA Group berkampung di Kg Malaysia Raya (KAMARA) untuk menjayakan program CSR PruBSN Takaful kali ke-2.
Pelbagai tugasan disediakan dalam membentuk suatu kesatuan dan kerjasama yang padu sesama para sukarelawan.
Bergoncang perut masing-masing bau bubur lambuk ni. 😝 Dalam kepenatan menyediakan juadah yang banyak, kami diserikan dengan kehadiran CEO PBTB En Wan Saiful dan diiringi oleh si cantik molek saudari
Terus bersemangat masing-masing yaa. 😎 Alhamdulillah syukur atas kemudahan, kelancaran dan cuaca yang begitu baik sekali.
Ta’awun Ramadhan 1446H - Ukhuwah Berkawah
20 March 2025 - Kampung Malaysia Raya
Alhamdulillah. 🌹
’awun
23/02/2025
Ikhtiar demi kesucian agama. Alhamdulillah selesai misi melupuskan bahan ilmiah dan bacaan yang mengandungi kalimah al-quran.
.
Selain yassin-yassin yang dah reput dan kotor dek air/banjir, quran dan muqaddam, buku-buku sekolah serta kertas ujian sekolah agama juga banyak dikumpulkan.
.
Total jumlah dekat 70kg. Kos pelupusan bukan lah murah. Banyak pihak terlibat dalam proses ini. Dari kos pengangkutan, pengump**an, sorting, asingkan pembalut plastik, stapler, kos pembakaran, kos pencucian, hantar ke kapal, pelepasan debu.
.
Terima kasih semua warga Sky Awani 3 yang turut sama serta dalam projek ini. 😇
08/02/2025
Sepanjang 13 Tahun di Industri Kesihatan: Cadangan kepada pihak HR syarikat.
Selama 13 tahun berada dalam industri kesihatan, saya telah menyaksikan betapa pentingnya perlindungan perubatan yang komprehensif bagi setiap individu. Kita sedia maklum bahawa pihak syarikat boleh menawarkan manfaat perubatan kepada kakitangan dengan menyediakan beberapa pilihan pelan perlindungan perubatan berkelompok.
Namun begitu, saya percaya bahawa adalah penting bagi setiap kakitangan untuk memahami kenapa mereka perlu memiliki perlindungan perubatan peribadi selain daripada perlindungan yang disediakan oleh syarikat.
Berikut adalah 5 sebab utama:
1. Perlindungan Berterusan Selepas Berhenti Kerja
Perlindungan perubatan syarikat biasanya terikat dengan status pekerjaan. Jika anda berhenti kerja atau diberhentikan, perlindungan tersebut mungkin tidak lagi aktif.
2. Fleksibiliti dalam Pilihan Rawatan
Polisi syarikat seringkali mempunyai rangkaian hospital atau klinik tertentu. Perlindungan peribadi membolehkan anda memilih penyedia rawatan yang lebih sesuai dengan keperluan peribadi, termasuk hospital atau pakar perubatan yang mungkin tidak terdapat dalam rangkaian polisi syarikat.
3. Manfaat Tambahan dan Perlindungan Menyeluruh
Perlindungan peribadi biasanya menawarkan manfaat yang lebih komprehensif berbanding polisi syarikat. Ini termasuk perlindungan untuk penyakit kronik, pembedahan khusus, atau rawatan lain yang mungkin tidak diliputi oleh pelan perlindungan berkelompok syarikat.
4. Keselamatan Kewangan dalam Jangka Panjang
Kos rawatan perubatan yang tinggi boleh menjejaskan kewangan secara tiba-tiba. Terhad p**a bagi perlindungan syarikat.
5. Penyesuaian Mengikut Keperluan Peribadi
Setiap individu mempunyai keperluan kesihatan yang unik.
Kesimp**an
Dengan memiliki kedua-dua jenis perlindungan—iaitu perlindungan perubatan syarikat dan perlindungan peribadi—kakitangan akan lebih bersedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan.
Ezzul Erfan Abd Raffar
12/01/2025
Beat my HM 3:32:12 ✅
Create my new record FM 7:57:17 ✅
New year 2025 kita buka dengan cabar diri buat Full Marathon.
Satu je nak share, Allah sentiasa bersama kita, nak dgr doa kita, nak bantu kita, dan makbulkan hajat2 kita. Tuhanku.. aku bersyukur.. aku berterima kasih.. aku redha.. aku serahkan diriku sepenuhnya.. ini semua dari Mu. Aku tak buat apa-apa.. hadzha min fadhli robbi.. 😭😭😭
Terima kasih semua team ambulan, team marshall, team sweeper, team check point dan team water station yang terpaksa tunggu saya sebagai peserta akhir, sabar tengok saya dari jauh.. sempat bagi kata-kata semangat kt saya sepanjang larian tadi. 🙏🏻🙏🏻🙏🏻 Team management kali ni paling terboekk dari siri Marathon yang pernah saya sertai! Tahniah Twincity Marathon!
Tanpa kalian, saya mungkin dah stop seawal 24km tadi lagi. Tq so much kat my daddy dan isteri kerana memberi kata pembakar untukt teruskan. Korg mmg terboekk dan memahami. 💕💕💕
Semestinya doa mama ayah dan adik beradik semalam memberikan suntikan dalam journey FM kali ini. Thank you mama ayah Hajjah Faridah dan semua yang mendoakan. 🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Twincity Marathon 2024
12/1/2025 42KM
02/12/2024
🌟 “Ketenangan untuk Masa Depan Keluarga Anda”
Hibah Takaful adalah hadiah TERBAIK untuk yang tersayang 💝.
❌ Tak pasti masa depan?
✅ Dengan serendah RM250,000 perlindungan:
Keluarga tidak perlu risau beban kewangan.
Manfaat Badal Haji & Khairat kematian RM3,000.
Perlindungan hingga RM1.5 JUTA!
⚠️ Promosi tamat 31 Disember 2024. Jangan tunggu sehingga harga naik tahun depan 🚨.
👉 Klik "WhatsApp" sekarang untuk maklumat lanjut!
21/11/2024
Tak perlu lah kita comparekan repricing takaful anda dengan company-company lain.. Semuanya ada kenaikan. Everyone in the same ocean, just on the different ship. Semua ada calculationnya tersendiri. Dan perubahan/adjustment berlaku adalah untuk membantu support tabarru masing-masing bagi jangka masa panjang.
Peranan kita sebagai peserta takaful adalah memahami, berkerjasama dan memberi kepercayaan kepada pengendali takaful kita agar pengendali kekal kukuh dalam memastikan dana mampu membantu orang ramai dimasa akan datang.
Serahkan kes-kes overcharged hospital dan doktor kepada pihak yang lebih arif dan lebih berkuasa dalam menyelesaikannya. Hal ini telah pun dibangkitkan hingga ke parlimen dan semoga kertas kerja dapat dibuka secepat mungkin. Syabas semua pejuang takaful, suara anda dan rakyat didengari.
Stay safe
19/11/2024
Siapa lahir 1986? Kita geng 😉
15/11/2024
All the best on your PITA Exam
.
Professionalism of Insurance and Takaful Agents is an initiative or program focused on raising the standards and ethical conduct within the insurance and takaful industries. It emphasizes professionalism among agents, ensuring they deliver quality service, maintain ethical standards, and are committed to continuous learning.
.
Key objectives of PITA generally include:
.
Upholding Ethical Standards – Ensuring agents follow a code of conduct that prioritizes clients’ best interests.
Enhancing Client Trust – Building stronger, trust-based relationships through transparent practices.
Commitment to Ongoing Education – Encouraging agents to update their knowledge and skills regularly.
Improving Industry Reputation – Raising the public’s perception of the insurance and takaful sectors.
Promoting Client-Centered Practices – Ensuring services and solutions are genuinely aligned with clients’ needs and values.
.
PITA helps set a benchmark for quality and ethical behavior in the industry, supporting agents in delivering exceptional service while protecting client interests.