21/07/2018
Acara yang sedang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan:-
Nama Kejohanan: Kejohanan Bola Tampar Duduk Sirkit 1 2018
Tarikh : 20-22 Julai 2018
Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Kg Pandan KL
Penganjur: Bahagian Paralimpik, Majlis Sukan Negara Malaysia & Malaysia Disable Volleyball Assosiation
24/07/2017
Team Teknikal & Pengurusan Acara Kompleks yang b*k membantu di belakang tabir di setiap kejayaan acara yang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan...
24/07/2017
Terima Kasih kepada Balai Polis Pudu kerana sudi menerima jemputan daripada pihak Majlis Sukan Negara ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri & Meraikan Kejayaan Atlet Olahraga di Kejohanan Olahraga Dunia 2017, London..Mereka b*k membantu pihak pengurus Kompleks daripada segi aspek keselamatan kompleks dan atlet sepanjang Majlis Sukan Negara Malaysia mentadbir urus Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan
24/06/2017
Warga kerja Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin
12/05/2017
Acara yang sedang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kampung Pandan:-
*Kejohanan Boccia Sirkit 2 2017
Tarikh : 10 - 14 Mei 2017
Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Kg Pandan KL
Penganjur: Bahagian Paralimpik, Majlis Sukan Negara Malaysia
12/05/2017
Acara yang sedang berlangsung di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan
Kejohanan Para Badminton Sirkit Akhir 2017
Tarikh : 11- 14 Mei 2017
Tempat : Pusat Kecemerlangan Sukan Kg Pandan KL
Penganjur: Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara Malaysia
29/04/2017
Kuala Lumpur, 29 April 2017- Sedang berlangsung Kejohanan Badminton Persahabatan KBS-MBM. Kejohanan tersebut dianjurkan sempena Hari Pekerja 2017. Turut serta menyertai pertandingan tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato' Lokman Hakim Bin Ali.
09/04/2017
Kuala Lumpur, 9 April 2017- sedang berlangsung Program Blue Kids' Fun Zone yang telah dianjurkan oleh Program Permata, Jabatan Perdana Menteri. Program tersebut dirasmikan oleh YABhg. Datin Seri Paduka Rosmah Mansor selaku penaung Program Permata. Turut serta hadir bagi memeriahkan program tersebut adalah Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara Malaysia. Program tersebut dianjurkan sempena Hari Autisme Sedunia
08/04/2017
Kuala Lumpur, 8 April 2017- Kerja-kerja persiapan akhir Program Blue Kids' Fun Zone yang telah di anjurkan oleh Program Permata, Jabatan Perdana Menteri. Program tersebut akan diadakan pada 9 April 2017 dan akan dirasmikan oleh isteri Perdana Menteri Malaysia selaku Penaung Program Permata, Datin Seri Paduka Rosmah Mansor. Program tersebut dianjurkan sempena Hari Autisme Sedunia. Orang awam dijemput hadir kerana banyak dan pelbagai game disediakan untuk anak-anak anda
07/04/2017
Kuala Lumpur, 6 April 2017 - Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan telah menerima kunjungan CDM Sukan Sea 2017, YBhg. Datuk Marina Chin bagi melawat sesi latihan atlet renang kebangsaan dan memberi kata-kata semangat bagi menghadapi Sukan Sea 2017.
23/03/2017
KL View from Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan
22/03/2017
Kerja-kerja naik taraf pagar kawasan Kompleks yang berpotensi berlakunya aktiviti pencerobohan ke dalam kawasan Pusat Kecermerlangan Sukan Paralimpik Kg.Pandan sedang giat dijalankan. Objektif utama naik taraf dilakukan adalah bagi memastikan tahap keselamatan atlet-atlet Para Kebangsaan dipertingkatkan.