Kelab Sukan Bank Rakyat

Kelab Sukan Bank Rakyat

Share

Kelab Sukan Bank Rakyat (KEBARA) Official Page

Photos from Kelab Sukan Bank Rakyat's post 25/04/2026

Alhamdulullah, selesai sudah Program Rakan Bumi : Projek Planet Rakan Muda di Pulau Tioman. Program dirasmikan oleh YBrs. Encik Sabran bin Abu Bakar, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan WPKL. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha yang murni dalam memelihara dasar laut kita. Semoga perjalanan pulang AJK Kebara dan Kebara Divers selamat sampai ke destinasi.


Photos from Kelab Sukan Bank Rakyat's post 23/04/2026

Projek Samudra 2.0 - Kebara telah menerima jemputan daripada agensi Kerajaan untuk mengalihkan tukun 70 tahun Bank Rakyat ke tempat baru yang lebih strategik dan berpusat. Kebara bersama sama beberapa penyelam berlesen yang merupakan ahli Kebara akan berada di Pulau Tioman selama 2 hari untuk menjayakan aktiviti ini. Sila ikuti story kami untuk mengetahui kemaskini berkaitan Samudra 2.0


.0

20/03/2026

Kebara ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Semoga semua ibadah kita diterima Allah. Dan marilah berdoa semoga kita berjumpa pada Ramadhan akan datang.

19/02/2026

Kebara mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah

15/02/2026

Video rasmi daripada official videographer

KEBARA TV 15/02/2026

Jom follow Youtube Kebara. Kami dah upload video video perbarisan masuk kontinjen pada majlis perasmian Subara 2026. Jom pakat follow



KEBARA TV Share your videos with friends, family, and the world

Photos from Kelab Sukan Bank Rakyat's post 09/02/2026

Alhamdulillah, SUBARA 2026 telah melabuhkan tirai.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada 1,062 atlet yang telah beraksi dengan penuh semangat kesukanan. Semoga semua selamat memandu pulang

SUBARA 2026 meninggalkan pelbagai kenangan manis, detik berharga dan pengalaman bermakna buat seluruh warga yang terlibat.

Tahniah kepada Ibu Pejabat & Anak Syarikat yang mengekalkan kecemerlangan sebagai Juara Keseluruhan dan Juara Zon. Syabas juga kepada Melaka & Negeri Sembilan yang dinobatkan sebagai Kontinjen Terbaik

Kita berjanji temu lagi di SUBARA 2028, Sarawak!

Dari Semenanjung ke Bumi Kenyalang, kita bersatu lagi dalam semangat kesukanan dan persaudaraan. Jumpa di Sarawak!



Photos from Arena ADTEC IPOH's post 07/02/2026

Perlawanan persahabatan Pasukan Manco vs Pasukan Pengurus

Photos from Kelab Sukan Bank Rakyat's post 06/02/2026

HARI KE-3 SUBARA 2026 | MERIAH & PANAS!

Hari ketiga SUBARA 2026(6hb Februari 2026) terus membara dengan suasana penuh kehangatan dan semangat kesukanan yang luar biasa!

Empat (4) jenis sukan dipertandingkan hari ini dan semuanya berlangsung dengan cukup meriah:
♟️ Catur – Pertarungan minda, fokus maksimum dan strategi yang penuh debaran.
🏐 Bola Tampar – Aksi pantas, sorakan padu dan semangat berpasukan yang menggegarkan gelanggang.
🎯 Dart – Ketepatan jadi taruhan, setiap balingan buat penonton tahan nafas.
🎳 Lawn Bowls – Tenang tapi mencabar, penuh skill dan taktikal yang mengujakan.

Setiap venue dipenuhi dengan sorakan, gelak tawa dan aura persaingan sihat antara atlet-atlet yang beraksi sepenuh jiwa ❤️‍🔥
Inilah warna sebenar SUBARA — bukan sekadar pertandingan, tetapi medan menyatukan semua dengan semangat kesukanan dan kebersamaan.

Teruskan menyokong dan nantikan aksi seterusnya!

Dapatkan maklumat terkini berkaitan Subara2026 di link di bawah

https://mylink.la/subara2026



06/02/2026

Wakaf Tunai KEBARA 2025

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada semua peserta Golf KEBARA 2025 atas keprihatinan dan sokongan padu melalui sumbangan wakaf tunai yang telah diberikan.

Setiap sumbangan yang dihulurkan bukan sekadar angka, tetapi membawa makna besar dalam menyemai budaya memberi, berkongsi rezeki dan berbakti demi manfaat bersama. Semoga wakaf ini menjadi amal jariah yang berpanjangan, diberkati dan diganjari pahala oleh Allah SWT.

Terima kasih kerana bukan sahaja memeriahkan kejohanan di atas padang, malah turut menyumbang kebaikan di luar padang.
Golf berprestij, wakaf bererti



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Aras 19, Menara 2, Menara Kembar Bank Rakyat
Kuala Lumpur
50470