05/06/2026
NEW NATIONAL RECORD ✅
🚨🚨 REKOD BAHARU KEBANGSAAN!!
Fakrul Afizul Nasir cipta rekod baharu Malaysia acara 400m lari berpagar dengan masa 50.73s pada VTF2 di UnisZA sebentar tadi.
Dia memadam rekod lama 51.11s miliknya sendiri yang dicipta pada Sukma Sarawak 2024.
31/05/2026
FIRST MOTO3 PODIUM FOR HAKIM DANISH 🔥🏍️
Akhirnya penantian selama 10 tahun berakhir!
Pelumba muda negara, Muhammad Hakim Danish, berjaya menghadiahkan podium pertama buat Malaysia di saingan Moto3 selepas menamatkan perlumbaan di tempat ketiga.
Kali terakhir Jalur Gemilang berada di podium Kejuaraan Dunia MotoGP kategori Moto3 adalah pada tahun 2016 menerusi Khairul Idham Pawi. Kini, Hakim Danish menghidupkan semula kebanggaan itu dengan satu lagi pencapaian bersejarah buat sukan permotoran negara.
Tahniah Hakim Danish! Masa depan cerah menanti. 🇲🇾💪🔥
#𝗺𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵
30/05/2026
🔥 MASIH RELEVAN, MASIH BERBISA! 🇲🇾
Ketika masih menerima pelbagai kecaman dan kritikan, Azeem Fahmi terus membuktikan kemampuannya di atas trek apabila berjaya melayakkan diri ke NCAA Division I Track & Field Championships 2026 di Eugene, Oregon.
Lebih mengagumkan , kejayaan ini hadir selepas Azeem mengharungi dua acara pada hari yang sama dengan tempoh rehat sekitar satu jam sahaja antara perlumbaan. Namun , ia bukan penghalang untuk beliau terus mempamerkan prestasi cemerlang dan memperbaharui catatan terbaik musimnya.
Inilah jawapan terbaik seorang atlet bukan dengan kata-kata , tetapi melalui prestasi di gelanggang
Tahniah Azeem Fahmi! Terus melangkah dan mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. 💪🔥🇲🇾
Photo Courtesy - Flotrack
29/05/2026
🔥 AZEEM FAHMI MENGGANAS DI USA! 🇲🇾
Pelari pecut negara , Azeem Fahmi terus mempamerkan aksi cemerlang apabila sekali lagi memperbaharui catatan terbaik musim (Season Best) serta Menyamaikan REKOD KEBANGSAAN dengan masa 10.09 saat dalam saingan Suku Akhir NCAA Track & Field East Regional First Round di Lexington, Kentucky, Amerika Syarikat
Kejayaan ini turut menyaksikan Azeem berjaya mengesahkan tempat ke NCAA Track & Field Championships yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti.
Prestasi luar biasa ini membuktikan Azeem berada di landasan terbaik menjelang cabaran yang lebih besar selepas ini. Teruskan melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa, Azeem! 💪🔥🇲🇾
29/05/2026
📌 NEXT RACE FOR AZEEM FAHMI 🇲🇾🔥
NCAA Track & Field East Regional First Round , Lexington , Kentucky USA
Quarter Final Round
Time:- 6.35am
Live Streaming:- ESPN Plus
Top 12 Layak Ke NCAA Championships Pada Jun ini
Doakan Azeem Fahmi 🙏
28/05/2026
FINAL - MEN'S 100 METER
Danish Iftikhar Menamatkan Aksi Final dikedudukan ke 7 Terbaik Asia
Next Event - Men's 200m ( Esok )
28/05/2026
🚨 TERKINI: DANISH IFTIKHAR LAYAK KE FINAL!!
Atlet pecut muda negara, Danish Iftikhar berjaya melangkah ke pentas final selepas mencatat masa terpantas di saingan separuh akhir kedua dengan catatan 10.38 saat! 🔥
Lebih manis, catatan tersebut turut menjadi Season Best terbaru beliau di Kejohanan Olahraga Asia Bawah 20 Tahun kali ini! 💪🇲🇾
Namun , nasib berbeza buat seorang lagi wakil negara, Dzul Danish yang terpaksa menamatkan cabaran di kedudukan ke-9 keseluruhan dengan catatan masa 10.52 saat.
Walaupun tidak berjaya mara ke final, catatan tersebut tetap menjadi Personal Best terbaru buat beliau 👏🔥
Ayuh teruskan perjuangan di pentas final, Danish Iftikhar! 🇲🇾⚡
27/05/2026
🚨 AZEEM FAHMI MENGHAMPIRI REKOD KEBANGSAAN!! 🇲🇾⚡
Pelari pecut sensasi negara, Azeem Fahmi terus mencuri tumpuan apabila berjaya mencatat masa 10.13 saat dalam acara 100 meter di Kejohanan NCAA Track & Field East Regional First Round! 🔥
Catatan tersebut bukan sahaja menjadi rekod Season Best terbaru beliau, malah kini antara catatan terbaik rakyat Malaysia musim ini di USA! 🇺🇸
Selangkah lagi menuju ke NCAA Track & Field Championships apabila Azeem Fahmi dijadualkan turun beraksi sekali lagi pada hari Sabtu ini 🏆⚡
Momentum semakin meningkat, rekod kebangsaan semakin hampir! Ayuh teruskan mencipta Kejutan