Syazwan Syafiq, MSTA CFTe

Syazwan Syafiq, MSTA CFTe

Share

Dual Licensed Remisier @ RHB Banking Group | Equities & Futures | Free opening account at remisiersyazwan.com

[Full Time Trader turned Dual Licensed Remisier]

[Full Member of the Society of Technical Analysts & Certified Financial Technician]

[Avid learner and life long researcher]

[Member of University-Industry Advisory Panel (UIAP) MSU]

[Guest speaker in Bursa Derivatives Market]

[Master script coder TradingView]

31/12/2025

Tahun baru, gameplan baru. Tiada lagi alasan, tiada lagi toleh belakang.
Misi 2026 jelas:
Breakout diri sendiri & Breakout new heights.
Pecahkan tembok halangan, cipta legasi baru.
Let’s conquer 2026 together! 🚀

29/12/2025

Selesai pengembaraan di Rome — bandar penuh sejarah. Perhentian seterusnya Florence

Photos from Syazwan Syafiq, MSTA CFTe's post 23/12/2025

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Ramai bertanya saya bila saya nak buat semula kelas FMC. Berita baik; kelas yang ditunggu-tunggu akan tiba ‼️‼️‼️

Futures Mastery Class #9 (AI Powered)
Two Way Market Done Right
🔥 Adakah anda sudah bersedia untuk TEROKAI dunia trading yang membolehkan anda membuat keuntungan tidak kira market ke ATAS ataupun ke BAWAH?
🔥 Ataupun, anda sudah terlibat dengan Futures (Pasaran Hadapan) tapi masih lagi BELUM mendapat rentak dalam trading?
🔥 Nak tahu cara MUDAH untuk menjana duit dengan bantuan sistem analisa teknikal yang PROVEN?
Jom sertai kelas Futures Mastery Class (FMC) bersama saya, Remisier Syazwan (MSTA, CFTe)!
*Batch terbaru ini sudah mula dikuasakan dengan teknologi AI untuk membantu lagi traders untuk membuat keputusan!

Tarikh: 10 - 11 January 2026
Waktu: 9.00 Pagi - 5.00 Petang
Platform: Zoom

Tawaran harga earlybird RM499 (sah sehingga 31/12/2025)
https://ezy.la/FuturesMasteryClass

22/12/2025

Malam ini jam 9.30
Sesi Zoom untuk yang zero saham & futures. Link pendaftaran di komen

12/10/2025

Alhamdulillah selesai Kupasan Belanjawan 2026 tadi bersama pendengar setia. Tadi kita membedah bagaimana hala tuju fiskal kerajaan akan memberi impak kepada pasaran saham tempatan. Fokus utama tahun ini ialah infrastruktur digital, tenaga boleh baharu, dan rangkaian utiliti nasional, dengan penekanan besar terhadap integrasi AI, Sovereign Cloud, e-Invois, serta transformasi logistik negara.

Semoga bermanfaat buat semua ❤

12/10/2025

Semalam bersama alumni MTC meraikan bull market sejak sebulan dua ini. Alhamdulillah mereka masih lagi dalam pasaran, walaupun banyak juga cabaran dan pergolakan dalam market yang melanda sejak habisnya program daripada tahun lepas. Besar harapan saya adalah mereka ini akan menjadi antara trader² yang mampu membuat life changing wealth bila peluang hadir dan pada masanya. Doakan silaturrahim ini terus terjalin 🙏🏻❤️

Photos from Syazwan Syafiq, MSTA CFTe's post 02/10/2025

Posting lama tentang rotation dalam sektor teknologi. Masih lagi relevan. Moga bermanfaat

22/09/2025

⛽ Harga minyak turun ke RM1.99 — tapi ada syarat.
300L sahaja kuota sebulan di bawah skim BUDI95

28/08/2025

📊 Apa benda table ni?

Ini adalah ringkasan volume pasaran saham U.S. untuk tarikh 28 Ogos 2025.
Dia tunjuk berapa banyak saham diperdagangkan kat setiap bursa saham (exchange) pada hari tu.

- Volume = jumlah unit saham yang berpindah tangan.

- Exchange = tempat (atau sistem elektronik) di mana orang beli & jual saham.

- Tape A, B, C = kategori ikut saham tu asal dari mana:

- Tape A = Saham yang asalnya disenaraikan kat NYSE (contoh: Coca-Cola, JPMorgan).

- Tape B = Banyak ETF & saham dari bursa region lain.

- Tape C = Saham yang asal dari Nasdaq (contoh: Apple, Microsoft, Tesla).

Kat bawah sekali ada FINRA/TRF → ni adalah “off-exchange” market (orang panggil dark pool). Biasanya tempat bank besar & hedge fund buat urus niaga senyap-senyap, tapi tetap kena lapor jumlah volume.

🔎 Apa kita boleh nampak dari nombor ni?

- Nasdaq sendiri urus lebih kurang 2.18 bilion saham (14.2% daripada semua trade hari tu).

- NYSE urus lebih kurang 1.15 bilion saham (7.5%).

- Tapi yang paling besar sebenarnya berlaku kat off-exchange (FINRA/TRF) — lebih 7.5 bilion saham (hampir 50%!).

Maknanya separuh lebih trading dekat US ni tak berlaku kat Nasdaq atau NYSE, tapi dalam sistem alternatif.

❓Kenapa banyak sangat exchange kat U.S.?

Kalau kat Malaysia kita ada Bursa Malaysia je, tapi kat U.S. ada berbelas-belas sebab:

1. Persaingan & undang-undang – Kerajaan U.S. memang bagi laluan banyak exchange supaya ada persaingan, kos rendah & lebih efisien.

2. Fokus berbeza –

- Nasdaq = banyak syarikat teknologi.

- NYSE = syarikat besar & lama (blue-chip).

- Lain-lain (BATS, IEX, MEMX) = exchange baru dengan teknologi lebih laju atau caj lebih murah.

3. Keperluan institusi – Bank & dana besar perlukan tempat khas (dark pool) supaya boleh trade besar-besaran tanpa gerakkan harga.

4. Cairan & kelajuan – Banyak exchange = order boleh tersebar, tapi sistem automatik akan cari harga terbaik untuk pelabur.

✅ Ringkasnya:
Bayangkan pasaran saham U.S. macam satu shopping mall besar tapi ada banyak kedai (exchange).
Kalau kau nak beli saham Apple, order tu boleh pergi mana-mana kedai (Nasdaq, NYSE Arca, BATS, IEX, atau dark pool). Tapi sistem akan pastikan kau tetap dapat harga terbaik yang ada kat semua kedai tu.

21/08/2025

Investment Strategy Simulator

Saya bangunkan simple investment strategy simulator untuk menunjukkan capital growth dalam 10 tahun. Dalam simulator ini, ia akan tunjukkan tokoh-tokoh pelabur tersohor seperti Warren Buffett, Ray Dalio, Peter Lynch, Benjamin Graham dan banyak lagi dan bagaimana mereka mengagihkan dana mereka dalam pelbagai asset class. Share pada yang lain sekiranya anda mendapat manfaat ❤️
👇👇👇
https://remisiersyazwan.com/investment-sim/

19/08/2025

Jom belajar kaitan premium% dan gearing

Secara umum, pergerakan harga saham FRONTKN (mother share) dan FRONTKN-WB (warrant) adalah saling berkaitan. Pergerakan FRONTKN-WB akan mengikut arah pergerakan FRONTKN, tetapi dengan kadar yang lebih tinggi disebabkan oleh ciri gearing yang ada pada waran. Apabila harga FRONTKN naik, harga FRONTKN-WB cenderung untuk naik lebih cepat, dan sebaliknya, apabila harga FRONTKN turun, FRONTKN-WB juga akan turun lebih cepat.

Hubungan Premium dan Gearing
Untuk memahami masa terbaik membeli waran, anda perlu faham dua konsep utama: Premium dan Gearing.

Premium: Premium menunjukkan peratusan kos tambahan yang perlu anda bayar untuk memiliki waran berbanding membeli saham induk secara langsung. Premium dikira dengan formula:

Premium=
Harga Saham Induk
(Harga Waran+Harga Laksana)−Harga Saham Induk ×100%

Premium rendah atau negatif 📉 menunjukkan waran adalah lebih murah berbanding saham induk. Ini bermakna anda boleh mendapatkan pendedahan kepada saham induk pada kos yang lebih rendah melalui waran.

Gearing: Gearing (juga dikenali sebagai Effective Gearing) menunjukkan berapa kali ganda pergerakan harga waran berbanding pergerakan harga saham induk.

Gearing tinggi 📈 bermaksud pergerakan harga waran adalah lebih sensitif kepada pergerakan harga saham induk, menawarkan potensi keuntungan yang lebih besar (tetapi juga risiko kerugian yang lebih tinggi).

Secara logik, masa terbaik untuk membeli waran adalah apabila premium dan gearing berada di tahap yang paling menarik. Berdasarkan analisis carta dan prinsip pelaburan waran, titik optimum untuk membeli waran adalah apabila premium peratusan jatuh serentak dengan gearing.

Mengapa Titik Ini Penting?
Apabila premium peratusan jatuh dan gearing juga rendah:

Premium Rendah: Kos untuk memiliki waran menjadi lebih murah berbanding saham induk. Ini membolehkan anda mendapatkan pendedahan kepada saham induk pada harga yang lebih menjimatkan.

Gearing Rendah: Walaupun potensi keuntungan segera mungkin tidak setinggi ketika gearing tinggi, ia juga menunjukkan bahawa risiko kerugian besar yang mendadak adalah lebih terkawal. Lebih penting, gearing yang rendah (atau menurun) selari dengan premium yang jatuh menunjukkan bahawa harga waran mungkin telah mencapai tahap sokongan dan sedia untuk pergerakan ke atas.

Secara kesimpulan, strategi terbaik adalah menunggu saat di mana garisan premium % (tengah) dan garisan gearing (bawah) menunjukkan trend menurun dan mencapai titik yang rendah (seperti yang ditunjukkan dalam imej pada suku pertama 2023). Pada titik ini, anda boleh membeli waran dengan premium yang rendah, yang memberikan anda "diskaun" untuk memiliki saham induk. Apabila harga saham induk mula meningkat, gearing akan meningkat semula, dan pergerakan waran akan menjadi lebih ketara, memaksimumkan keuntungan anda.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


RHB Centre
Kuala Lumpur
50400