16/09/2026
'DYBALEN' IMBAU NOSTALGIA TOTTI, CASSANO
ADMIN sedikit bernostalgia bila ramai mula memperkatakan tentang kelibat Bobby Malen dan Paulo Dybala.
Malah akronim 'Dybalen' yang diberikan admin kesayangan ramai sedikit menyentuh hati.
Ia meningatkan tentang hubungan di antara Francesco Totti dan Antonio Cassano suatu ketika dahulu.
Duo ini pernah dilaporkan memiliki hubungan telepati dengan dapat menghidu kedudukan tanpa perlu memandang.
Seorang kapten yang penuh dengan ego, seorang lagi genius liar menjadi rencah yang begitu mempersonakan.
Banyak gerakan dan gol ikonik berjaya dihasilkan.
Namun sayangnya Totti dan Cassano tidak menyumbang banyak daripada segi piala.
Sepanjang tempoh 2001 hingga 2006, mereka hanya pernah menggenggam Supercoppa Italiana.
Paling diingati bagaimana mereka pernah renggang apabila Cassano mengambil keputusan untuk ke Real Madrid.
Totti dikatakan cemburu dengan keputusan tersebut namun keakraban kembali bertaut terutama di hujung karier.
Italian Football in Malaysia
Mampukah Dybalen mengulangi keterujaan pernah dibawa oleh Totti dan Cassano.
Sudah lama benar tidak merasai kemeriahan Scudetto yang Totti pernah sifatkan lebih manis berbanding memenangi piala dunia.