Kelab Muafakat Angkatan Ukhwah Tanahair - Rasmi

Kelab Muafakat Angkatan Ukhwah Tanahair - Rasmi

Share

Selamat Datang Ke Page Rasmi Kelab Muafakat Angkatan Ukhwah Tanahair

Photos from Kelab Muafakat Angkatan Ukhwah Tanahair - Rasmi's post 13/02/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Malam ini, suasana di masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan begitu meriah dengan pelbagai aktiviti kerohanian bersempena Malam Jumaat dan 15 Syaaban 1446H (Nisfu Syaaban).

Marilah kita bersama-sama mengimarahkan rumah Allah dengan menghadiri majlis ilmu, bacaan Yasin, solat berjemaah dan pelbagai pengisian rohani yang akan menyuburkan jiwa serta mendekatkan diri kepada-Nya.

Jangan lepaskan peluang untuk meraih keberkatan malam istimewa ini. Hadirlah ke masjid atau surau berhampiran dan manfaatkan waktu dengan amalan yang mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Berikut kami lampirkan sebahagian poster aktiviti masjid dan surau di Wilayah Persekutuan yang berlangsung malam ini.

Semoga setiap langkah kita menuju rumah Allah dikira sebagai amal soleh dan diberkati oleh-Nya.

04/02/2025

Jom Kunjungi Reruai KBS di Hari Terbuka Putrajaya 2025

Pelbagai perkhidmatan aktiviti menarik dan hadiah menanti anda!

πŸ“… Tarikh: 6 - 8 Februari 2025
⏰ Masa : 9.00 Pagi - 6.00 Petang

πŸ“† 9 Februari : 10.00 Pagi - 5.00 Petang
πŸ“ Lokasi : Dataran Putrajaya, Presint 3

Antara Perkhidmatan di Reruai KBS:
πŸ”Ή Rakan Muda
πŸ”Ή Dana Sukan KBS
πŸ”Ή Sukan Tradisional
πŸ”Ή Perkhidmatan Urutan Sukan
πŸ”Ή Jualan Kopi dan Pastri

Jangan lepaskan peluang. Datang dan sertai kemeriahan Hari Terbuka Putrajaya 2025

Photos from Kelab Muafakat Angkatan Ukhwah Tanahair - Rasmi's post 03/02/2025

πŸ“’ Peluang Perniagaan Ramadan di IWK Eco Park @ Pantai Dalam

Ramadan bakal tiba ! Sudahkah anda merancang lokasi perniagaan untuk musim ini ?

Jom sertai Bazar Ramadan IWK Eco Park @ Pantai Dalam dan nikmati lokasi strategik serta persekitaran yang selesa untuk berniaga.

πŸ“ Lokasi : IWK Eco Park ( Parking Berbumbung Zon A )

πŸ—“οΈ 1 Ramadan – 28 Ramadan (28 hari)
⏰ Waktu Operasi : 2.00 PM – 8.00 PM
πŸ“ Saiz Tapak : 16 ft x 15 ft
πŸ’΅ Harga : RM 600. 00 untuk 28 hari

Jangan lepaskan peluang ini ! Untuk tempahan tapak atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-22420420.

01/02/2025

Ayuh ke Karnival Wilayah Persekutuan 2025

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai pelbagai aktiviti menarik dan peluang hebat yang menanti anda.

πŸ“… Tarikh : 6 – 8 Februari 2025
⏰ Masa : 10:00 pagi – 10:00 malam
πŸ“ Lokasi : Dataran Putrajaya, Presint 3

31/01/2025

BERSIH-KAL & KEMPEN SIFAR SISA KUALA LUMPUR

✨ Persekitaran Bersih, Hidup Lebih Sihat ✨

Mari bersama-sama menjadikan Kuala Lumpur lebih bersih dan lestari ! Sertai Kempen Sifar Sisa dan ambil langkah nyata ke arah kehidupan yang lebih sihat.

πŸ“ Dataran DBKL, Kuala Lumpur
πŸ“… 2 Februari 2025
⏰ 7:00 pagi

Jom berganding bahu untuk masa depan yang lebih hijau πŸŒΏβ™»οΈ

29/01/2025

ZIKIR AKBAR MADANI – HARI WILAYAH PERSEKUTUAN 2025

Jom warga Wilayah ! Bersama merapatkan saf dalam Program Zikir Akbar Madani anjuran JAKIM dengan sokongan 13 agensi di bawah YB Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) serta rakan strategik.

πŸ“… Tarikh : 31 Januari 2025 (Jumaat)
⏰ Masa : 6.00 petang – 10.30 malam
πŸ“ Lokasi : Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, W.P Putrajaya

Pengisian :
πŸ•Œ Solat Hajat, Bacaan Yasin & Doa Selamat
πŸ“– Selawat & Tausiyah Madani
πŸ—£οΈ Amanat oleh YB Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar

Mari bersama menghayati semangat perpaduan dan kesejahteraan Madani.

Semua dijemput hadir !

29/01/2025

🎣 CABARAN JORAN KUALA LUMPUR 2025

Sempena Hari Wilayah Persekutuan sertai pertandingan memancing dan menangi hadiah lumayan !

πŸ“… 1 Februari 2025 (Sabtu)
πŸ•£ 8.30 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Tasik Danau Kota, Setapak, KL

πŸ’° Hadiah Utama :
πŸ† Juara : RM5,000
πŸ₯ˆ Naib Juara : RM2,000
πŸ₯‰ Ketiga : RM1,000
πŸ… Ke-4 hingga ke-111 : RM100 – RM200 setiap seorang
🎁 Cabutan Bertuah : TV 32”

πŸ‘• 500 T-shirt PERCUMA untuk pendaftaran awal !

πŸ’² Yuran : RM50 (1 joran/2 mata)
πŸ“œ Semua spesies ikan dipertandingkan !

πŸ“Œ Pendaftaran :
πŸ“… 31 Jan 2025 (3.00 ptg – 7.00 mlm)
πŸ“… 1 Feb 2025 (6.30 pg – 10.00 pg)

πŸ“ž Pertanyaan: 013-2667011 / 012-3554946 / 012-2846811

🎣 Jom memancing & menang besar !

Photos from Kelab Muafakat Angkatan Ukhwah Tanahair - Rasmi's post 29/01/2025

Keputusan Rasmi Kejohanan Karom Individu Tertutup Piala Pengerusi MPP Zon Lembah Pantai di Dewan Pangsapuri 17 Tingkat, Kg. Kerinchi tempoh hari menyaksikan satu pertarungan hebat dalam kejohanan karom.

Seramai 32 peserta telah menunjukkan kehebatan masing-masing dalam sukan karom menampilkan aksi sengit penuh strategi dan kemahiran.

Selepas saingan yang penuh dramatik berikut adalah keputusan rasmi kejohanan :

πŸ† Juara – Mohamad Shafiq Mat Nasir
πŸ₯ˆ Naib Juara – Raki Nizam Abdul Rahim

πŸ₯‰ Ketiga – Muhammad Hanif Mosbah
πŸ… Keempat – Jamaluddin Abdul Karim

Tahniah kepada para pemenang atas kejayaan mereka dan syabas kepada semua peserta yang telah memberikan saingan sengit serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan mengasah kemahiran tetapi juga memperkukuh silaturahim dan minat terhadap sukan karom di komuniti setempat. Semoga lebih banyak kejohanan seperti ini dapat dianjurkan pada masa akan datang.

Photos from Kelab Muafakat Angkatan Ukhwah Tanahair - Rasmi's post 30/11/2024

πŸ“Έ SEKITAR KEJOHANAN SEPAK PENALTI PIALA YB FAHMI FADZIL 2024 – BAHAGIAN 2 βš½πŸ†

πŸ“… 30 November 2024 | IWK Eco Park

Lebih banyak momen aksi, semangat juang, dan kegembiraan dirakam dalam Bahagian 2 sorotan kejohanan ini ! Setiap pasukan menunjukkan keazaman tinggi menjadikan kejohanan ini lebih meriah dan penuh dengan detik yang tidak dapat dilupakan.

πŸ”₯ Siapakah pemain paling menyerlah kali ini ?
πŸ”₯ Tag rakan sepasukan anda dan kongsikan momen kegemilangan mereka !

Terima kasih kepada semua yang menjayakan kejohanan ini – pemain penyokong penaja serta jawatankuasa pelaksana. Teruskan semangat kesukanan dan nantikan kejohanan seterusnya ! πŸ’ͺ⚽




Photos from Kelab Muafakat Angkatan Ukhwah Tanahair - Rasmi's post 30/11/2024

πŸ“Έ SEKITAR KEJOHANAN SEPAK PENALTI PIALA YB FAHMI FADZIL 2024 βš½πŸ†

πŸ“… 30 November 2024 | IWK Eco Park

Lensa kamera merakam detik penuh aksi dan semangat kesukanan dari para pemain dan pasukan yang menyertai Kejohanan Sepak Penalti Piala YB Fahmi Fadzil 2024!

Dengan penyertaan 32 pasukan kejohanan ini bukan sekadar persaingan di atas padang tetapi juga medan untuk mengeratkan ukhuwah dan membudayakan semangat kesukanan dalam komuniti.

Terima kasih kepada semua pemain, pasukan penyokong serta jawatankuasa pelaksana yang menjayakan acara ini. Jom nikmati kembali sorotan gambar dari kejohanan ini !

πŸ”Ή Siapakah pasukan pilihan anda ?
πŸ”Ή Tag rakan anda dalam gambar ini !




Photos from Kelab Muafakat Angkatan Ukhwah Tanahair - Rasmi's post 30/11/2024

πŸ†βš½ KEJOHANAN SEPAK PENALTI PIALA YB FAHMI FADZIL 2024 βš½πŸ†

Anjuran : Kelab Muafakat Angkatan Ukhwah Tanahair ( KMAUT )

πŸ“… Tarikh : 30 November 2024 (Sabtu)
⏰ Masa : 9:00 Pagi
πŸ“ Lokasi : IWK Eco Park, Pantai Dalam

Pemenang & Hadiah Kejohanan

πŸ… Juara – RM1,000 + Medal + Piala πŸ†
πŸ₯ˆ Naib Juara – RM500 + Medal
πŸ₯‰ Ketiga – RM300 + Medal
πŸ… Keempat – RM200 + Medal

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang berjaya dalam kejohanan ini! Hadiah yang ditawarkan merupakan satu penghargaan atas usaha semangat kesukanan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang pertandingan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah menjayakan kejohanan ini, termasuk peserta penaja serta jawatankuasa pelaksana. Semoga kejohanan ini dapat terus menyatukan komuniti dan menyemarakkan semangat kesukanan di kalangan anak muda.




Photos from Kelab Muafakat Angkatan Ukhwah Tanahair - Rasmi's post 30/11/2024

KEJOHANAN SEPAK PENALTI PIALA YB FAHMI FADZIL 2024

30 November 2024 | Sabtu

Alhamdulillah penganjuran Kejohanan Sepak Penalti Piala YB Fahmi Fadzil 2024 yang berlangsung di IWK Eco Park, Pantai Dalam. Kejohanan ini mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan sebanyak 32 pasukan terdiri daripada anak-anak muda di sekitar Lembah Pantai.

Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan yang berjaya meraih kemenangan dalam kejohanan ini. Syabas juga diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat kesukanan dan persaingan yang sihat sepanjang pertandingan.

Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua penaja serta penyumbang yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Tidak lupa juga kepada jawantankuasa pelaksana yang telah memberikan komitmen tinggi dalam memastikan kejohanan berjalan dengan lancar dan teratur.

Semoga program sebegini dapat terus menjadi platform untuk mengeratkan ukhwah dan silaturrahim serta menyemarakkan semangat kesukanan dalam komuniti. Semoga kita semua sentiasa berada di bawah rahmat dan keberkatan Allah SWT.




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kampung Kerinchi
Kuala Lumpur