MALAYSIA NATIONAL FOOTBALL TEAM

Directions Website

MALAYSIA NATIONAL FOOTBALL TEAM Selamat datang ke Fan Page Bola Sepak No.2 di Malaysia !! ⚽️🔥 Adrenalin bola sepak sentiasa membara This is the Fan page for the MALAYSIA FOOTBALL TEAM.

(Kami akan terima mana-mana tawaran dari pihak luar untuk berkerjasama mengadakan pelbagai aktiviti)

Untuk Laman Web Rasmi Kami, Sila Lanjut Ke Youtube

Andaikata kalau anda tak s**a JDT dan Bergson selama niInsyaAllah selepas game Malaysia semalam da s**a haha.. 👉 Bergson...
02/10/2026

Andaikata kalau anda tak s**a JDT dan Bergson selama ni

InsyaAllah selepas game Malaysia semalam da s**a haha..

👉 Bergson
👉 Hidalgo
👉 Brad Tapp

3 Pemain yang merubah kekuatan keseluruhan team Malaysia sekarang ni (Selain dari pemain lama) .
Kekuatan JDT di ACLE diterjemahkan oleh Harimau Malaya di peringkat antarabangsa ..
Ini skuad terbaik kita selepas Skuad 7 Pemain tak jadi tu.. Come on la Bergson.. Perform la lagi 3-4 Tahun sampai kita jumpa pengganti

FAM BERSUARA! FIFA DIMINTA BERI PENJELASAN!Drama Piala ASEAN FIFA nampaknya belum tamat! Selepas timbul persoalan mengen...
02/10/2026

FAM BERSUARA! FIFA DIMINTA BERI PENJELASAN!

Drama Piala ASEAN FIFA nampaknya belum tamat!

Selepas timbul persoalan mengenai masa tambahan dalam aksi Indonesia 🇮🇩 menentang Bangladesh 🇧🇩, kini giliran FAM tampil mengambil tindakan.

FAM memaklumkan akan mengemukakan permohonan rasmi kepada FIFA bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Lebih menarik, FAM turut menggesa FIFA membuat penelitian terhadap keputusan pegawai perlawanan, termasuk persoalan sama ada perubahan tempoh masa tambahan itu dibuat mengikut prosedur dan peraturan yang berkuat kuasa.

Penyokong Malaysia bukan mahu mencari alasan atas kegagalan ke final.

Tetapi kalau ada persoalan mengenai perjalanan sesuatu perlawanan, biarlah semuanya dijelaskan secara terbuka dan mengikut peraturan.

Harimau Malaya mungkin gagal ke final…

Tetapi perjuangan untuk maruah bola sepak Malaysia belum berakhir!

Dan selepas ini?

KITA TUNGGU APA JAWAPAN FIFA!



https://vt.tiktok.com/ZS9DjJU3ALvJU-HsjU9/
“Dapatkan jersi Harimau Malaya baharu ☝🏻☝🏻”

🇲🇾 TANGISAN GAGAL KE FINAL… TAPI PERJUANGAN HARIMAU MALAYA BELUM BERAKHIR! 🐯🔥Kecewa… memang kecewa apabila impian Harima...
02/10/2026

🇲🇾 TANGISAN GAGAL KE FINAL… TAPI PERJUANGAN HARIMAU MALAYA BELUM BERAKHIR! 🐯🔥

Kecewa… memang kecewa apabila impian Harimau Malaya untuk melangkah ke FINAL tidak kesampaian. 😢

Tapi tak mengapa! Kepala tetap tegak. Dada tetap disadokan. 🇲🇾❤️

Sebab apa?

Sebab kita sudah nampak sendiri kemampuan skuad negara ketika berdepan Indonesia. Walaupun Garuda hadir dengan pemain-pemain yang mempunyai pengalaman di Eredivisie, Bundesliga dan Ligue 1, Harimau Malaya tetap mampu menguasai permainan dan memberikan tentangan yang sangat sengit cumanya tiada penyudah.

Lebih menarik, Indonesia sebelum itu turut berjaya menewaskan Singapura dengan keputusan 2-0. Namun apabila berdepan Malaysia, mereka terpaksa bekerja keras dan perlawanan berakhir 0-0.

Dan malam tadi?

Indonesia membelasah Bangladesh 9-2 untuk mengesahkan tempat ke final, manakala Malaysia p**a mencatat kemenangan besar 6-0 ke atas Singapura.

Namun keputusan Indonesia–Bangladesh itu turut menimbulkan persoalan selepas berlaku pembetulan masa tambahan daripada 2 minit kepada 7 minit, selain beberapa insiden VAR dan kekecohan selepas wisel penamat.

Apa pun, kita tak perlu menangis terlalu lama.

Belum habis cerita. 😉

🔥 Ada hutang yang belum selesai dengan Vietnam!

Kita sudah bertemu mereka dalam Piala AFF 2026 dan Vietnam menyingkirkan Malaysia dengan agregat 4-0.

Jadi kalau ada peluang bertemu lagi…

KALI INI KITA DATANG BUKAN UNTUK MENGENANG KEKALAHAN.

Kita datang untuk membuktikan bahawa Harimau Malaya mampu bangkit!

Dan satu perkara yang paling penting…

BANGGA DENGAN SKUAD NEGARA! ❤️🇲🇾

Tak kira siapa lawan, tak kira siapa ada pemain Eropah, tak kira siapa datang dengan reputasi besar…

SELAGI HARIMAU MALAYA BERJUANG, KITA TETAP DI BELAKANG MEREKA! 🐯🔥🇲🇾



https://vt.tiktok.com/ZS9D2TdDEHpHQ-6fjCB/
“ada phone baru takkan la nk rosakkan ☝🏻☝🏻”

Kalau betul nak tambah 7 minit(Sebab var check banyak sgt kononnya) .. Kenapa tak tambah masa awal2 sebelum minit pertam...
02/10/2026

Kalau betul nak tambah 7 minit(Sebab var check banyak sgt kononnya) .. Kenapa tak tambah masa awal2 sebelum minit pertama extra time?.
Kenapa nak tambah masa Bangladesh score gol kedua.
Dalam sejarah bola Dunia, Ini la kali pertama ada 2 extra time. Tu pon Rakyat sana tak nampak lagi.
PSSI tu terdesak, kalau tak dapat pergi Final diorang teruk kena hentam, tu sebelum game lagi Diorg da main naratif Malaysia rasuah Singapore.
Relax jelah rakyat Malaysia. Kita kene faham, bola sepak ni je hiburan rakyat Indonesia sekarang. Ibarat maruah diorang. Apa lagi nak diharapkan dekat sana, pemimpin, ekonomi semua jauh sekali. Inilah satu satunya penutup dan penyedap hati mereka. . .
Kita bola ni hiburan je.. Habis game kalah sedih sekejap lepastu da move on pergi kerja da

😆😆

🇲🇾🔥 “PEMAIN SUDAH BERIKAN SEGALA-GALANYA!” – CHENG HOEHarimau Malaya menutup aksi Divisyen 1 Kump**an A Piala ASEAN FIFA...
01/10/2026

🇲🇾🔥 “PEMAIN SUDAH BERIKAN SEGALA-GALANYA!” – CHENG HOE

Harimau Malaya menutup aksi Divisyen 1 Kump**an A Piala ASEAN FIFA 2026 dengan kemenangan bergaya 6-0 ke atas Singapura!

Menurut Tan Cheng Hoe, para pemain sudah memberikan segala-galanya di atas padang dan kemenangan besar itu jelas menggambarkan komitmen serta semangat juang tinggi skuad negara.

Namun, bola sepak kadang-kadang memang penuh drama…

Walaupun menang besar, Malaysia terpaksa akur apabila Indonesia turut mengumpul 7 mata dan berada di depan berdasarkan peraturan pemisah kump**an.

Kini misi Harimau Malaya beralih kepada perebutan tempat ketiga.

🔥 Menang 6-0 bukan tanda menyerah.
🔥 Pemain sudah berjuang habis-habisan.
🔥 Perjalanan Harimau Malaya masih belum tamat!

Bangkit dan tamatkan kempen dengan kemenangan, Harimau Malaya! 🇲🇾🐯🔥



https://vt.tiktok.com/ZS9D2CRbUetSv-SoYYQ/
“Dapatkan jersi harimau Malaya versi fans ☝🏻☝🏻”

Malaysia rasuah Singapore? Haha.. Gol Malaysia semua clean takda masalah game pon fair takda apa mencurigakan. Game Indo...
01/10/2026

Malaysia rasuah Singapore? Haha.. Gol Malaysia semua clean takda masalah game pon fair takda apa mencurigakan.

Game Indo elok p**ak lepas Farhan Ali Wahid score gol kedua Bangladesh, tak jadi 2 minit masa tambahan.Terus naik 7 minit.

Singapore nak kena rasuah? Lambat lagi, negara maju tu.. Bangla dan Indo mungkin 🤣

01/10/2026

Team ni power gile, tu je aku boleh cakap.. Rezeki je takda buat masa ni. Nothing to shame. Takda bolos 3 game.. Dan score 9 gol

01/10/2026

Takda rezeki team kita da bagi terbaik

01/10/2026

Situasi sekrang Malaysia perlu kan 1 gol lagi.. Diorg yg dekat stadium tahu tak? 🤣 Macam tak nak pergi Final je haha

Address

Stadium Nasional Bukit Jalil ( G A T E O F H A R I M A U )
Kuala Lumpur

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MALAYSIA NATIONAL FOOTBALL TEAM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share