INDIE HIKERS MALAYSIA

INDIE HIKERS MALAYSIA

Share

Objektif utama : Mengumpulkan pendaki-pendaki independent seluruh Malaysia dengan matlamat dan minat yang sama.

17/11/2025

Notis pemakluman

Semua aktiviti di dalam Hutan Simpanan Kekal Negeri Selangor dan Taman Eko Rimba DITUTUP sementara kepada pengunjung bermula 17 November 2025 sehingga 31 January 2026 berikutan MUSIM TENGKUJUH.

Arahan
Pengarah Perhutanan Negeri
Selangor Darul Ehsan

18/03/2024

Pemakluman Notis Penutupan Sementara

Bagi laluan pendakian Bukit Broga, Semenyih, Selangor bermula 18 Mac 2024 hingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Harap maklum dan terima kasih

24/01/2024

Pembukaan semula Taman Eko Rimba dan Aktiviti PENDAKIAN Di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor

Bermula 1 Februari 2024

Segala maklumat boleh tengok poster di bawah dan sebarang pertanyaan boleh hubungi

HQ JPNS 0355447507
Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah 0390816054
Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor 0360916131
Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang 0333716326

26/10/2023

Assalammualaikum dan selamat pagi semua sekadar makluman kepada semua pendaki berkenaan penutupan Hutan Simpan Kekal berkuatkuasa bermula 15 November 2023 hingga 31 Januari 2024

Sumber : JPNS

20/05/2022

Untuk makluman, NOTIS PENUTUPAN aktiviti pendakian bagi BUKIT SAGA/BUKIT APEK bermula 5 JUN 2022 sehingga dimaklumkan kelak atas FAKTOR KESELAMATAN.

Sekian terima kasih

06/12/2021

Senarai Taman Eko Rimba Negeri Selangor yang beroperasi

Sebarang pertanyaan sila hubungi nombor di poster bawah

Harap maklum

02/12/2021

NOTIS PENUTUPAN SEMENTARA HUTAN SIMPANAN KEKAL (HSK) (AKTIVITI PENDAKIAN)

JPNS akan menutup sementara semua aktiviti pendakian di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Negeri Selangor berkuatkuasa mulai 1 DISEMBER 2021 HINGGA 31 JANUARI 2022

Arahan
Pengarah Perhutanan Negeri

28/11/2021

INFO

Hentikan vandalisme terhadap Mossy Forest. Sekiranya disabitkan kesalahan di bawah Akta Perhutanan Negara 1984, anda akn didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.



28/11/2021

Adalah dimaklumkan bahawa, semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi di dalam Hutan Simpanan Kekal di bawah pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Perak adalah TIDAK DIBENARKAN DAN DITUTUP kepada orang awam mulai :

01 DISEMBER 2021 (RABU) SEHINGGA 31 JANUARI 2022 (ISNIN)

Penutupan ini adalah sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian / kemalangan yang tidak diingini berikutan musim tengkujuh.

28/11/2021

NOTIS

PENUTUPAN SERTA MERTA DAN LARANGAN MEMASUKI DAN MENJALANKAN AKTIVITI DI KAWASAN GUNUNG NUANG

Adalah dengan ini, dimaklumkan LARANGAN untuk menjalankan sebarang jenis aktiviti pendakian didalam kawasan Gunung Nuang disebabkan tanah runtuh dan musim tengkujuh. Pelanggaran ke atas NOTIS akan menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 47(1) dan 81(1) (g), Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.

SILA AMBIL PERHATIAN, sekiranya gagal mematuhi NOTIS ini, pihak JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa yang ingkar arahan tersebut.

ARAHAN :

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI

SELANGOR DARUL EHSAN

26 November 2021

06/10/2021

Senarai kawasan Hutan Taman Negeri (HTN) Negeri Selangor yang dibenarkan untuk aktiviti pendakian bagi tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) - Fasa 3

sebarang pertanyaan dan borang permit boleh download di Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 10:00 - 21:00
Tuesday 10:00 - 21:00
23:00 - 00:00
Wednesday 10:00 - 21:00
Thursday 10:00 - 21:00
Friday 10:00 - 21:00
Saturday 10:00 - 18:00
Sunday 10:00 - 18:00