23/03/2025
ππππππ ππππππππππ πππππππππ πππππππ ππππππππππ
Adalah dimaklumkan bahawa semua lesen kehakiman memanah perlu diperbaharui mulai 1 Januari 2025. Ini berdasarkan keperluan penggunaan Undang-undang World Archery terkini dan polisi Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Proses akreditasi ini akan dijalankan secara berperingkat. Polisi akreditasi kehakiman boleh disemak di pautan https://masarchery.org/prosedur-kehakiman-kebangsaan/
Berdasarkan pemakluman ini, setiap individu yang ingin bertugas sebagai hakim sukan memanah perlu melalui proses akreditasi tersebut sebelum dibenarkan bertugas di kejohanan memanah di Malaysia mulai Jun 2025.
Kursus akreditasi pada tahun ini akan dijalankan pada 5-7 Mei 2025, di Lembah Klang.
ππππ πππππππππππ π‘π’πππ ,
πππππ πππ πππππ
πππππππππ ππ πππππππππ
πππππππππ πππππππ ππππππππππ ππππππππ
15/02/2025
BOW STRING
Pemilihan BOW STRING yang sesuai & betul amat penting bagi seorang pemanah.
Ini kerana kesilapan memilih bow string yang bersesuaian memberikan kesan ke atas prestasi & mutu panahan.
Terdapat banyak jenama serta model bow string yang ada di pasaran.
Rujuk kepada jurulatih anda bagi mendapatkan jenis bow string yang sesuai dengan gaya panahan anda.
Di sini kami lampirkan 3 jenis bow string yang biasa digunakan oleh kebanyakan pemanah.
** Sumber spesifikasi daripada web rasmi bcyfibers.com
14/02/2025
π’π’π’ Hebahan βοΈβοΈβοΈ
Kursus Pengurusan Organisasi Badan Sukan Negeri Sabah akan diadakan pada:
π : 27 Februari 2025/Khamis
β° : 8.00 pagi - 1.00 t/hari
π : Platform Google Meet
Badan sukan yang berminat sila imbas kod QR atau klik link https://forms.gle/q1fgAvYHyZ5wdsHB6 untuk pendaftaran.Hanya yang berjaya akan dihubungi melalui emel.
Jumlah penyertaan adalah terhad π₯
07/02/2025
Draw & follow through menurut Syaikh Alauddin Taybugha Abdullah Al-Yunani
02/02/2025
2 Februari 2025
Alhamdulillah.
Selesai sudah menganjurkan Kursus Masterclass Biomekanik dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan Biomekanik Coach Anwar.
Seramai 21 orang peserta telah menghadiri serta menjalani latihan berkaitan biomekanik memanah.
Pelbagai perubahan positif terhadap panahan para peserta.
Rata2 peserta memberi maklumbalas memberangsangkan di akhir kursus.
Tahniah kepada semua peserta.
Terima kasih kepada Master Trainer Mohamad Faiz atas kesudian berkongsian hasil kajian makmal berkaitan biomekanik dalam sukan memanah kepada para peserta.
28/01/2025
Pengambilan pelajar baru.
Tradisional mahupun Moden.
- lelaki & perempuan
- 6 tahun ke atas
- sedia untuk beri komitmen penuh
Kategori kelas:
- kelas kanak2/dewasa (berkumpulan)
- kelas family/kumpulan kecil
- personal/VIP coaching
- sekolah
Lokasi gelanggang:
- Subang
- Batu Caves
- Bukit Jalil
- Keramat
Screenshot & Whatsapp segera :
- Coach Syed 018-961 2396 (Subang)
- Coach Anwar 011-1323 5023 (Bukit Jalil & Keramat)
- Coach Najmi 013-630 1559 (Batu Caves)
19/01/2025
Nikmat Tuhanmu yang mana lagi sanggup kau dustakan?
Hasil rutin berasaskan BIOMEKANIK..
Hanya mereka yang praktis & praktik yang tau..
Ini berasaskan fakta & dataπ₯°π₯°
Bukan sesuka hati "claim" sebagai pengamalπ
π
======================================
Jom join kursus masterclass biomekanik seperti poster berikut..
06/01/2025
ROTATOR CUFF injury
Rotator cuff merupakan sekumpulan otot yang menstabilkan sendi bahu dan membolehkan pelbagai gerakan untuk bahagian lengan.
Kecederaan rotator cuff adalah perkara biasa dan boleh berlaku tanpa mengira usia mahupun aktiviti.
Antara gejala biasa yang dialami:
- Sakit pada bahagian bahu
- Lemah lengan
- Sukar tidur dan sakit apabila menyentuh kepala atau sampai ke belakang.
Kebanyakan kecederaan rotator cuff akan beransur pulih dari semasa ke semasa tanpa rawatan yang terlalu rumit:
- Rehat yang mencukupi
- Ice & Heat
- Ubat penahan sakit
- Fisioterapi
- Suntikan steroid
- Pembedahan
06/01/2025
Archer 1 : Coach, kenapa bahu & leher saya selalu sakit ye?
Archer 2 : Coach, kenapa otot lengan saya cepat lenguh?
Archer 3 : Coach, sebelum ni saya pakai poundage 40lbs, tapi sekarang saya downgrade kepada 32lbs pun arrow saya merata2 perginya.
Coach : Korang wajib datang kursus di bawah niβΌοΈBaru korang akan lebih fahamπ₯° Scan QR kat poster tu.
Mari semua warga mahupun dari mana2 negeri sekalipun.
Kursus ni dijalankan di Kuala Lumpur.
TEMPAT TERHADβΌοΈ
Tak kisah sama ada anda pemanah Tradisional mahupun Recurve.