06/09/2025
Thank you Tuan Ujun Cuncik diatas kesudian servis reel beliau bersama JS Workz. Beliau merupakan penggemar memancing ikan air tawar, sebarau dan kelah merupakan buruan beliau.
Justeru, prestasi reel yang baik sangat penting bagi beliau. Reel beliau datang dengan keberatan, pulang dengan keringanan seperti baru dibeli di kedai.
Semoga strike padu² selalu Tuan!
Perlukan khidmat servis reel? Hubungi sekarang!
13/06/2025
Ada milo melekat geng! Karat boleh berlaku apabila reel mula terdedah pada air masin.
Bilas hanya akan melambatkan proses pengaratan.
Servis secara berkala diperlukan untuk mengekalkan prestasi reel.
Perlukan khidmat servis? Hubungi kami 😁👍
10/06/2025
MAGSEAL ? Kalau dah namanya air masin. Tetap akan karat. 🤩
Perlukan khidmat servis reel? Hubungi kami.
05/06/2025
OOPPSS... APA YANG PATAH? BAGAIMANA IA BOLEH BERLAKU?
Disini kita dapat lihat clutch retainer (dalam bulatan merah) telah patah. Justeru, menggagalkan fungsi clutch, dimana apabila thumb bar ditekan, spool tidak dapat "free" secara normal dan tidak dapat bekerja.
Punca berlaku boleh disebabkan oleh jig tersangkut pada karang, dan drag dikunci mati, maka reel telah ditarik melebihi dari kemampuannya, menyebabkan komponen ini patah.
Oleh itu, apa yang boleh kita belajar disini. Gunakan reel pada kemampuan sepatutnya dan spesifikasi terminal tackle yang dalam range yang sepatutnya agar reel tidak rosak. Mana satu lebih berbaloi dikorbankan? Reel atau Tali? 😆 tepuk dada tanya ikan..
01/04/2025
Air laut akan sentiasa mencari jalan untuk mencerobohi reel anda. Garam terhasil akan meningkatkan kadar karat. Ini adalah reel Daiwa Saltiga Expedition 5500H. Macam² seal dan O-ring digunakan. Namun, kuasa alam lebih berkuasa 🤣.
Jalan terbaik adalah bilas dan servis reel anda secara berkala untuk memanjangkan jangka hayat reel anda.
Perlukan khidmat servis reel? Hubungi kami.
10/03/2025
Rust is there no matter how you rinse after each use. Service is the only option when the time has come. 😅
BOOK YOUR SLOTS NOW!
25/02/2025
Sempena bulan puasa yang bakal tiba, kepada angler yang mendapati prestasi reel telah berkurangan, itu menandakan reel anda telah tiba waktu untuk service.
Dapatkan perkhidmatan untuk service reel anda dari kami.
Lokasi kami adalah di Keramat, KL. Pos juga diterima. Jangan lepaskan peluang ini. SLOT ADALAH TERHAD!!!
27/01/2025
Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Red-hot Anglers, Isri Rosnizal Bang Pien, Zuhairi Mn