Al Ummah Archery Club

Al Ummah Archery Club

Share

KELAB MEMANAH AL UMMAH KAMPUNG PANDAN

Photos from Al Ummah Archery Club's post 17/02/2026

Ramadhan Kareem

Alhamdulillah..selesai Majlis Makan Malam Kelab Al-Ummah Archery Semperna Menyambut Bulan Ramadan yang Mulia.

Dengan kehadiran pemanah-pemanah veteran, pemanah lama, pemanah baru, pemanah cilik dan keluarga2 memeriahkan lagi Majlis ini.

Majlis juga dimeriahkan lagi dengan cabutan nombor bertuah dan saguhati untuk anak-anak cilik.

Moga Ukhwah ini berkekalan dan moga Majlis seperti ini diteruskan lagi masa akan datang.

Photos from Al Ummah Archery Club's post 22/04/2025

Alhamdulillah.

Game Silaturahim Aidilfitri Kelab Memanah Al-Ummah 2025

Terima kasih kepada sahabat-sahabat pemanah yang hadir bagi menjayakan program ini. Masing-masing seronok dan teruja sebab pelbagai jenis format memanah yang agak pelik pada setiap checkpoint. πŸ˜…

Terima kasih juga yang hadir membawa juadah potluck raya yang pelbagai jenis. Alhamdulillah banyak sungguh makanan dan air.




Photos from Al Ummah Archery Club's post 12/10/2024

Al-Ummah Archery telah dipanggil bagi menjayakan Fun Shoot Archery dan juga Mini Game dalam Program Karnival Prihatin Rakyat PAS Titiwangsa

Alhamdulillah berjalan dengan baik sekali.

Ramai peserta teruja dan sangat berminat dengan aktiviti memanah ini.

Photos from Al Ummah Archery Club's post 29/09/2024

Umara Archery Club & On Archery Club hadir bersilaturahim dan berlatih memanah bersama Al-Ummah Archery.

Semoga ukhuwah berpanjangan dan mendapat redha ALLAH.







26/08/2024

AL-UMMAH ARCHERY selesai menyahut CABARAN MEMANAH SEJATI MALQA.

1 Putra
5 Panglima
7 Srikandi

Alhamdulillah masing-masing teruja dengan cabaran permainan ini. Beberapa ahli AL-UMMAH pertama kali menyertai cabaran seumpama ini.

Cabaran ini menguji kekuatan fizikal diri pemanah, ketangkasan, kepantasan dalam larian, kepantasan mengambil anak panah dan ketepatan dalam memanah.

Harap Cabaran Pemanah Sejati Malqa yang diasaskan oleh Coach Hatri Asmawi boleh diteruskan pada masa akan datang.


21/08/2024

Majlis Aspresiasi Persatuan Memanah Tradisional Kuala Lumpur.

Terima kasih diatas penghargaan yang telah diberikan.

Semoga gerak kerja membangunkan Sukan Sunnah Memanah Tradisional diredhai Allah S.W.T.

Tenang, Tangkas, Tepat, Tawakal

Arena Pemanah Kota

19/08/2024

Cabaran Panahan 3D Felda Sg.Kemahal

#

30/07/2024

*AL-UMMAH ARCHERY CONQUER GAME MEMANAH DBKL 2024*

πŸ“ŽPada 28 Julai 2024 yang lepas, Kelab Memanah Al-Ummah telah menghantar beberapa ahli dalam Pertandingan Memanah Terbuka 2024 yang dianjurkan dalam Karnival Santai Keluarga Temu DBKL@WangsaMaju di Tasik Danau Kota.

πŸ’Œ Alhamdulillah Hadza Min Fadhli Rabbi ini adalah sebaik-baik ucapanπŸ˜ŠπŸ™πŸ»πŸ€²πŸ»β˜πŸ»πŸΉ

πŸ“ Maklumat pungutan hadiah wang tunai bagi kategori wanita :
Aini - ke 3 - RM 300
Ara - ke 4 - RM 200
Fahira - ke11 - rm50
Diana - ke15 -rm50
Nor - ke19 -rm50
Farhana - ke20 -rm50

Lelaki :
Hisyam - ke 1 - rm500
Shahril - ke 10 -rm50
Zhafri - ke 20 - rm50

Jumlah Keseluruhan: RM1300

🌷Syabas dan Tahniah kepada semua pemenang. Yang belum menang kita usaha lebih keras lagi selepas ini.

"Tepat, Tenang, Tangkas, Tawakal"








Pasukan Memanah DBKL
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
------------------------------------------------------

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


SEKOLAH RENDAH AGAMA SRI AL UMMAH
Kuala Lumpur
55100