17/02/2026
Ramadhan Kareem
Alhamdulillah..selesai Majlis Makan Malam Kelab Al-Ummah Archery Semperna Menyambut Bulan Ramadan yang Mulia.
Dengan kehadiran pemanah-pemanah veteran, pemanah lama, pemanah baru, pemanah cilik dan keluarga2 memeriahkan lagi Majlis ini.
Majlis juga dimeriahkan lagi dengan cabutan nombor bertuah dan saguhati untuk anak-anak cilik.
Moga Ukhwah ini berkekalan dan moga Majlis seperti ini diteruskan lagi masa akan datang.
02/05/2025
https://www.facebook.com/share/p/194rN6J6mK/
MAKLUMAN LOKASI TERBARU KMTK 2025
Kompleks Sukan, Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTEM)
Jalan Hang Tuah 76100 Durian Tunggal, Melaka
22/04/2025
Alhamdulillah.
Game Silaturahim Aidilfitri Kelab Memanah Al-Ummah 2025
Terima kasih kepada sahabat-sahabat pemanah yang hadir bagi menjayakan program ini. Masing-masing seronok dan teruja sebab pelbagai jenis format memanah yang agak pelik pada setiap checkpoint. π
Terima kasih juga yang hadir membawa juadah potluck raya yang pelbagai jenis. Alhamdulillah banyak sungguh makanan dan air.
12/10/2024
Al-Ummah Archery telah dipanggil bagi menjayakan Fun Shoot Archery dan juga Mini Game dalam Program Karnival Prihatin Rakyat PAS Titiwangsa
Alhamdulillah berjalan dengan baik sekali.
Ramai peserta teruja dan sangat berminat dengan aktiviti memanah ini.
29/09/2024
Umara Archery Club & On Archery Club hadir bersilaturahim dan berlatih memanah bersama Al-Ummah Archery.
Semoga ukhuwah berpanjangan dan mendapat redha ALLAH.