Antara persamaan amalan orang-orang kaya dan berjaya yang saya jumpa sebelum ini adalah mereka "buang perasaan".
Sebelum PKP 2 tahun lepas, saya sempat berjumpa dengan beberapa tokoh. Lebih dari itu dapat minum dan bersembang dengan mereka dan boleh kata mereka sebut benda yang hampir sama iaitu membuang perasaan.
Maksud perkataan itu ialah:
1. Buang perasaan tak dibantu keluarga, buang perasaan tak dibantu emak ayah, buang perasaan tak dibantu adik beradik, buang perasaan tak dibantu pansangan, tak dibantu anak-anak, buang perasaan tak dibantu sepupu, emak ayah saudara dan sebagainya.
- hal mereka nak bantu kita atau tak, walau kita meminta pertolongan, itu hak mereka nak bantu atau tak, kita takkan boleh berasa hati. Setiap orang ada hak untuk memilih. Terus bersyukur masih ada keluarga. Tak perlu patah hati atau kecewa.
2. Buang perasaan tak dibantu kawan baik, teman rapat atau sahabat.
- mereka juga ada kesusahan, sama ada mereka boleh bantu sepenuhnya, atau hanya boleh bantu separuh, tetap bersyukur ada kawan baik dan teruskan berbaik.
3. Buang perasaan tak dibantu majikan, bos, rakan sekerja atau sesiapa yang kita jumpa setiap hari.
- mereka juga ada kerja sendiri yang perlu disiapkan. Pastinya mereka juga ada tanggungjawab mereka sendiri. Bersyukur masih ada team yang hebat dan kuat.
Kawan-kawan,
Apabila kita ada perasaan ini, maka kita sendiri akan bergerak dan mencari pertolongan dari Allah. Kebergantungan kepada Allah itu semakin tinggi dan kita yakin Allah akan bantu kita.
Kalian jumpalah sesiapa pun orang kaya dan berjaya, mereka pasti cakap:
Sayang keluarga, sayang sahabat baik, sayang partner, sayang team. Bersyukur mereka semua ada di sekeliling kita.
Yang penting, kita bantu mereka. Bab mereka tak mahu membantu, tak boleh membantu, itu hal mereka, itu hak mereka.
Namun kita, kita bantu sehabis daya. Itulah kekayaan hati yang kita ada.
Kawan-kawan, hari ini ramai yang lembik dan hati kaca apabila dia bantu keluarga dia, bantu sesiapa sahaja, keluarga atau kawan dia tak ucap terima kasih pun dia nak berasa hati. Sedangkan hak orang itu nak ucap ke tak. Bab orang itu bersyukur atau tak, bukan hal kita. Tak perlu fikir semua itu.
Kita bersyukur kita dapat bantu. Kita beza dan kita tahu mereka perlu dibantu. Jadi bantu sahaja.
Nak murah rezeki, nak ketenangan hati, berhentilah rasa nak dihargai apabila kita menghulur. Kita hanya perlu cakap kepada diri kita "alhamdulillah, tugas aku dah pun selesai, terima kasih Ya Allah gerakkan hati aku untuk buat semua ini."
Kawan-kawan,
Mula hari ini, belajar "buang perasaan". Mula terus pagi ini. Belajar membantu tanpa ada rasa perlu dibantu.
Kita yang kawal hati kita, kita yang tentukan jiwa kita nak aman atau tenang atau tak. Selainnya serah kepada Allah.
Kita bahagia apabila kita buat baik,
Tak perlu kita ada tanggungjawab untuk bahagia apabila mahu orang buat baik kepada kita.
Bahagia kita, kita yang tentukan.
Iya, Bahagian kita dah selesai apabila kita hulur tangan, bab mereka nak hulur kepada kita atau tak, tak perlu fikir, tak perlu masuk dalam kepala, kita tak boleh ubah orang lain untuk sama seperti kita.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Mula saat ini, tanam mind set dan buang perasaan! Bismillah. 🥰
Hasrum Nizam Page
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hasrum Nizam Page, Sports, Kuala Lumpur.
Sharing info dunia automotive, ilmu engineering dan sukan
Hope with this will benefit to the page likes
Please check out page website to go my personal Facebook since 2007
06/01/2022
05/01/2022
Ada 3 benda saya belajar dari arwah mak:-
1) Pinggan mangkuk untuk kegunaan family dalam rumah sebolehnya jangan tangkap muat. Kalau raikan tetamu kita kalut keluarkan pinggan mangkuk cantik, sebenarnya di rumah pun sama. Tak kisah la plastik atau kaca tapi make sure kalau boleh seragam. Biasa kalau ada anak kecil kita prefer plastik kan. Mahal atau murah tak jadi isu, tapi biarlah sedap mata memandang. Yang sebenarnya family dalam rumah ni lagi kena raikan. Takkan tunggu tetamu datang baru suami atau anak-anak dapat merasa guna pinggan cantik kan. Mak dulu pinggan Pyrex kaler coklat dia guna untuk pakai harian. Kata Abah,
“ Buat apa simpan. Dah beli guna. Bukan boleh bawa mati pun..” 😂
Pinggan Clayton RM1 https://shp.ee/b6fdq6r
2) Pastikan telekung kita bersih dan cantik. Mampu beli yang mahal, belilah. Bila nak jumpa orang kita beria pilih baju cantik, siap make up bagai tapi nak mengadap Allah kenapa tak boleh cantik jugak kan. Tetiba jadi berkira dan cincai saja. Janganlah pakai telekung yang dah bertahi lalat, dah kuning dan kusam. Murah pun takpe asalkan bersih. Mak dulu telekungnya sentiasa bersih. Kalau tak sebab reput/ kain dah jarang memang boleh guna lagi. Bila Mak meninggal saya wakafkan telekung- telekung dia yang masih elok di surau- surau.
Top sales telekung https://shp.ee/7v2v2gr
3) Sejadah. Ada masa sejadah perlu dicuci. Jangan biarkan berbau kepam. Macam mana kita nak perkara lain pun cantik dan elok, sama jugalah dengan sejadah. Nak menghadap Allah jangan ambil mudah. Sampai masa kalau perlu tukar baru, tukarlah. Baju boleh beli dan tukar, kenapa sejadah tak bolehkan.
Sejadah Turki Terciduk https://shp.ee/i2226pr
Beberapa hari lepas saya beli set pinggan mangkuk ni memandangkan set pinggan mangkuk Ikea yang kami guna seharian dah banyak yang sumbing atau pecah. Incik suami suggest beli yang baru. Senang, tetamu datang pun guna yang ni, orang dalam rumah pun pakai juga yang ni.
Harta benda dah beli, sila guna..
Kredit: Nurlia Mohd Nor
Kisah dari group info banjir:
PENGAJARAN DARI MANGSA BANJIR...
Petang tadi aku keluar pergi sampaikan sumbangan buat mangsa banjir di Bukit Lancong. Sampai kat rumah sorang makcik ni, aku pun keluarkan la barang2 seperti toto, bantal, selimut, telekung dan sejadah.
Kemudian makcik tu tanya "Alquran ada??", aku pun jawab "Maaf banyak2 makcik, saya terlupa bawa". Tiba-tiba wajah makcik tu berubah. Serius aku cakap, wajah makcik tu terus bertukar dan kalau kau tengok wajah makcik tu, comfirm kau tak sanggup nak tengok.
Aku pun cakap kat makcik tu "Tak pe makcik, esok saya hantar Alquran", kata2 aku tu sikit pun tak menceriakan wajah makcik tu. Waktu aku masuk kereta nak beredar, aku nampak makcik tu menangis. Serius weyyy, aku tak sanggup nak tengok.
Masa aku jalan tu, terus aku fikir mana nak dapatkan Alquran untuk makcik nie. Kebetulan rumah makcik nie dengan rumah mertua aku kat Putra Height x la jauh mana pun. Aku terus call ayah mertua aku tanya "Ada Alquran lebih tak ayah?". Ayah mertua aku kata "Ada lebih 3 Alquran kat umah nie".
Kemudian aku terus pegi rumah mertua aku amik Alquran lebih tu. Ayah mertua aku suruh bawak 3 Alquran pergi. Lepas tu aku terus patah balik pi rumah makcik tu.
Sampai ja kat depan rumah dia, aku panggil "Makcik, Alquran!!". Terus dia keluar rumah dalam keadaan senyum. Makcik tu amik Alquran kat tangan aku sambil cium2 Alquran tu. Makcik tu menangis sebut kat aku "Dah seminggu makcik x baca". Dia peluk cium Alquran tu.
Kata makcik tu lagi "Habis semua Alquran dlm rumah makcik kena air, makcik hafal surah lazim2 ja, seminggu nie baca tu je la" sambil mencium2 Alquran yang aku bawa tu.
Serius aku tak tahan air mata aku. Aku tak dapat tahan. Aku rasa macam Allah sedang ketuk pintu hati aku. Punya ramai orang sedang menanti bantuan keperluan rumah tapi makcik ni hanya menanti ALQURAN yang baru 1 minggu dia tak berpeluang nak baca disebabkan banjir.
Makcik tu hanya ambik 2 Alquran di tangan aku. Katanya "Makcik nak bagi 1 kat anak makcik, rumah dia pun hbs Alquran kena air". Berulang2 kali makcik tu tak henti2 ucap terima kasih sambil tersenyum.
Aku minta diri sebab tak tahan. Masuk kereta terus aku menangis. Punya tinggi kecintaan makcik tu pada Alquran, aku nie sibuk sikit gan banjir nie dah lupa nak baca Alquran. Ya Allah, Ampunkan aku Ya Allah!!
*Kepada sukarelawan2 kat luar sana, jangan lupa bawa Alquran sekali waktu hantar bantuan, ramai yang ternanti-nanti Alquran. Bawa Alquran yang besar, mudah makcik2 nie nak baca. Jangan bawa yg kecik2, nak baca tak nampak.
InsyaAllah saya akan gerakkan bantuan khusus Alquran p**a untuk mangsa-mangsa banjir. Bantu saya untuk kumpulkan dana dan beli Alquran untuk disumbangkan kepada mangsa2 banjir ini semua.
Terima Kasih Ya Allah!! Terima kasih semua penyumbang.
Tahun ni saya membelek ribuan CV untuk meluaskan keluarga organisasi dan meningkatkan keupayaannya.
Secara ringkas nasihat saya kepada yang mencari pekerjaan,
1. CV janganlah dibuat dalam bentuk word, cari kawan atau upah untuk desainkan sikit khususnya kalau apply untuk jawatan creative design.
2. Kalau apply untuk jawatan pengurus media sosial sebaiknya letakkan link media sosial sendiri atau laman yang pernah diurus. Macam mana nak urus dan kembangkan media sosial organisasi kalau akaun sendiri pun tak sampai 100 followers?
3. Bila memohon untuk jawatan tertentu pastikan kelayakan akademik menepati apa yang dituntut, melainkan ada pengalaman luas dalam bidang yang nak diminta. Kalau tak, nak lepas 1st screening pun susah.
4. Jika jawatan yang dipohon berkaitan bidang akademik seperti pengkaji untuk pusat kajian, yang paling menarik minat saya ialah bila pemohon ada lampirkan senarai artikel/jurnal/kajian yang telah dipublish di mana-mana jurnal tempatan atau antarabangsa.
5. Kalau yang menuntut ialah fresh graduate dan tidak ada pengalaman, cubalah menjadi sukarelawan/intern di mana-mana dari sekarang atau ketika di universiti kerana gempak macam mana pun keputusan akademik kalian kalau langsung tak ada pengalaman di lapangan agak susah untuk majikan nak terima.
6. Kalau ada pengalaman nyatakan secara spesifik apa tugasan yang dibuat. Contohnya menulis 'pengarah logistik' bantuan kemanusiaan orang Asli lebih meyakinkan daripada 'menyertai misi bantuan orang Asli'. Menyertai tu jadi apa, tukang tengok?
7. Kalau ada lampiran seperti cover letter atau contoh kerja desain, letakkan dalam folder berbeza, jangan sumbat semua benda dalam satu CV.
8. Sebelum meletakkan nilai jangkaan gaji, buatlah market research dulu berdasarkan common practice dalam industri, jenis industri, lokasi kerja dan apa yang kita boleh tawarkan. Ni baru fresh grad diploma, belum ada pengalaman minta RM3500 agak menggarukan kepala.
9. Bila memohon kerja untuk NGO kemanusiaan, kena nampakkan minat dalam kerja kemanusiaan. Ini dibuktikan melalui penglibatan dengan aktiviti mana-mana NGO atau kalau tak ada pun, tulislah sepatah yang saya sangat berminat menyelami dunia kemanusiaan kerana tahu bahawa setiap langkah saya adalah pahala, maka saya bekerja untuk dunia sekaligus akhirat saya.
10. Akhir sekali, contoh resume yang baik ialah bila,
- bila dilihat sekali lalu sedap memandang, tulisan kemas dan besar, gambar jelas, terang dan ada sinyum, dibuat dalam bentuk point bukan karangan,
- boleh letak nama entiti yang dikenali dalam resume contohnya pernah mengurus laman The Vocket ke atau pernah bekerja bersama Cocombee macam mamat seorang di CGM ni, walaupun dengan jawatan intern atau assistant sahaja,
- boleh lampirkan contoh kerja khususnya untuk jawatan hands on seperti desain grafik,
- bila ada pengalaman yang banyak letakkan yang paling utama, tak perlu maklumkan pernah jadi pengawas di tadika,
- ada pautan media sosial pemohon supaya bakal majikan boleh tengok perangai pemohon di belakang tabir. Jadi kalau rasa tak senonoh tu insaflah dari sekarang.
- boleh letak reference yang kuat dan berbeza.
Original post Nadir Al-Nuri,
Yang sakit kepala cari talent.
27/11/2021
Domino ni kalau beli direct dalam apps die, tak dapat discount banyak macam ni.
Rupanya ada cara nak jimat. Korang beli dulu voucher dalam Shopee kat link ni. https://shp.ee/jrir7dt?smtt=0.0.9
Kemudian korang redeem voucher kat Shopee untuk dapatkan code. Lepas tu, copy code masukkan kat Domino apps.
Then, pilih lah 3 pizza favourite korang dengan harga murah. Dah settle.
23/11/2021
TIPS ASAS KEPADA BAKAL PEMBELI :
1 - SURVEY
- Survey harga market bagi model yang sedang dalam pencarian . Harga berbeza dari segi features , tahun , gred , mileage etc
2 - PERIKSA KENDERAAN
- Ketika ingin membuat pemeriksaan fizikal , pastikan periksa bahagian depan , tayar , dalaman , meter dan yang paling penting adalah chassis no .
3 - DAPATKAN AUCTION REPORT
- Kebanyakkn unit yang dibawa masuk adalah dibeli melalui auction house . Dapatkan report dri pihak seller / dealer sebagai rujukan .
4 - PENGESAHAN AUCTION REPORT
- Sekiranya report tersebut diberikan , boleh buat pengesahan melalui 3rd party provider.
5 - COPY AP
- Bertujuan untuk mengetahui , unit tersebut melalui AP syarikat mana . Registered AP Holder ataupun 3rd Party.
6 - WARRANTY
- Setiap dealer mempunyai warranty yang akan ditawarkan . Kenalpasti warranty dari syarikat mana , berapa tahun , apa item yang termasuk dalam warranty.
" Boleh terus dapatkn pengesahan / contact pihak warranty sekiranya masih terdapat kekeliruan"
7 - PROCESSING FEE
- Bergantung pada dealer , warranty yang ditawarkan.
Maklumat tambahan .
- Selepas sign loan , pihak dealer akan mengambil masa dalam tempoh 2 minggu untuk :
a) touch up luar dan dalaman
b) servis kenderaan (bergantung pada dealer)
c) bayar cukai
d) puspakom
e) jpj
Dokument kenderaan :
1 ) COPY AP
2 ) K8 (org panggil borang kastam)
3 ) Copy Export Certificate (geran jepun)
4 ) K1 (bukti cukai dibayar) tp xsmue dealer boleh share tp boleh cuba tanya
Terima kasih MMR Services share info untuk bakal pembeli.
Hi semua, saya nak share barang2 Shopee yang bermanfaat..boleh ye.
Wireless charger murah dan berkesan.
Dah ade yang murah dan function, buat ape nak bazir duit kan.
Nah, ni link die https://shp.ee/3ed45z3
Credit TT Nufurinfin
Things to do bila korang disahkan positive Covid
1. Cepat-cepat kuarantin dalam bilik di rumah. Jangan nak merayap dah. Hentikan jangkitan virus kepada orang lain.
2. Boleh mula update my health status dalam MySejahtera untuk notification KKM.
3. Explore MySejahtera apps untuk dapatkan maklumat Panduan Pengasingan Diri Di Rumah ataupun korang boleh check kat link ni terus. Banyak info yang boleh kita dapat ebook ni. https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/garis_panduan/pengasingan_diri/mobile/index.html
4. Standby termometer and oxymeter untuk diri sendiri check suhu dan oksigen dalam badan korang. Maklumat ini juga diperlukan masa buat Home Assesment Tool dalam Thing to do MySejahtera hari-hari.
Bagi yang belum ada dua alat penting ni, boleh check kat link ini dan saya dah guna model ni.
Thermometer https://shp.ee/yrgvi5j
Oxygen and pulse meter https://shp.ee/zn2b2rj
5. Jangan lupa inform ibu ayah untuk dapat doa mustajab mereka. Kemudian cari adik beradik atau kenalan yang pernah kena Covid untuk dapatkan nasihat.
Antara tipsnya, makan vitamin C setiap hari, jika terasa seram sejuk nak demam makan Panadol, amalkan minum air suam yang banyak, sedut air dalam hidung untuk buang hingus, amalkan juga minum air lemon, lakukan senaman ringan, berdoa pada Tuhan dan kekal positive.
Masa positive digalakkan makan vitamin C setiap hari. Link Watsons Vitamin C murah dan dapat tiga botol lagi.
https://shp.ee/xnxxq9j
https://shp.ee/xnxxq9j
18/10/2021
Kali ni apa kate korang try naik MAS p**ak. Ticket tengah offer ni, RM59 sehala untuk dalam semenanjung. Kalau ke Kota Kinabalu Sabah ada yang RM79 je. Murah sangat tu.
Ni nak cite pasal KK.
KK ni best woo. Bandar dia tepi laut, happening. Pulau dekat je. Kalau nak makan seafood dia.. fresh dan murah. Pastu lagi ada gunung Kinabalu yang semua orang tahu. Bak kata orang, complete lah.
Sabah ni, negeri nombor satu dalam Malaysia yang paling ramai dikunjungi tau.
Aku ada idea, satu dua minggu ni..korang balik kampung dulu ziarah mak ayah. Lepas pada tu boleh lah jalan-jalan sendiri p**ak kan.
Kalau nak tiket murah ni, kena booking cepat. Baru lah boleh dapat tarikh dan hari yang korang nak. Tawaran ni tamat sampai hunjung bulan ni je. 31 Oct 2021.
Tapi tarikh travel open tu sehingga April 2022. Jadi booking lah sekarang. Ni link dia https://invol.co/cl6p5n4
https://invol.co/cl6p5n4
https://invol.co/cl6p5n4
Picture by: IG kkcity
Tak dapat bayang kalau tiba-tiba helicopter yang nak mendarat tu jadi macam ni.
Kehidupan seorang pekerja pelantar minyak Part 1
1. 05:00
Bangun mandi pakai air panas. Lepas tu terus pakai coverall offshore.
2. 06:00
Sarapan di gelly. Ada macam-macam, pilih je mana yang selera. Tapi jangan sampai membazir ye.
3. 06:30
Morning meeting with clients
Present yesterday activity and today plan activity. Masa ni OIM (offshore installation manager) PS, MS semua ada.
4. 07:00
Periksa work permit dulu sebelum boleh mulakan kerja. Permit paling penting kat offshore ni. Siap ada training and test untuk dapat certified buat permit.
5. 09:00
Rehat minum pagi. Susu kotak, jus buah, bakery..semua ada.
6. 09:20
Sambung balik kerja. Time kerja fokus kerja. Masa amat terhad. Lebih lagi kalau buat kerja masa shutdown. Kena deliver as a plan. Kalau tak, masak la kena bambu dengan customer.
7. 12:00
Makan tengah hari. Semua makan disediakan oleh crew kitchen. Kalau duduk di platform makanan ada bagus dari work boat.
Dah cukup dulu, nanti kita sambung lagi part 2
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Kuala Lumpur