Ahli Jawatan Kuasa MPF terima maklumat berkenaan penyerbuan dan penangkapan penganjur dan pemain paintball di Kajang semalam.
Bagi mereka yang terjejas berkenaan insiden semalam, AJK MPF tidak berkeberatan untuk mengadakan sesi perbincangan dengan mereka yang berkenaan untuk memaklumkan hak undang2 yang sediada utk pihak tuan2 dan puan2.
Sila hubungi Presiden MPF atau mana-mana AJK MPF.
Malaysia Paintball Federation - MPF
Malaysia Paintball Federation (MPF) is no longer a registered organisation. This is the official FB public page for Malaysia Paintball Federation.
All latest updated official announcements will be amplified from this page. MPF fights for paintball and everything paintball in Malaysia, players, operators, event organizers, vendors, woodsballers, speedballers, MILSIM etc. we will try our best to get paintball recognized and officially legalized in Malaysia. Have faith, stay united, stay strong and never give up!
***
04/03/2022
Tuan/Puan,
Pihak MPF telah menerima surat ini dari Pejabat Pesuruhjaya Sukan.
Semua pengajur pertandingan sila ambil maklum arahan PPS terkini.
19/02/2021
SOP utk kawasan PKP
19/02/2021
SOP utk kawasan PKPP
19/02/2021
SOP utk kawasan bawah PKPB
18/02/2021
https://www.sinarharian.com.my/article/124457/EDISI/Kes-penanda-paintball-di-Melaka-selesai
HOLD Kes penanda paintball di Melaka selesai MELAKA – Mahkamah Majistret di sini memerintahkan semua penanda paintball yang disita pada 12 September tahun lalu oleh pihak polis dipulangkan semula kepada pemiliknya. Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim dalam keputusannya pada Rabu juga telah melepas dan membebaskan bekas pengurus sukan pai...
17/02/2021
Tuan/Puan,
Kes pendakwaan terhadap En Idilhan menurut Sek 36 (Senjata Tiruan) Akta Senjata 1960 telah berlangsung pada pagi hari ini di Mahkamah Majistret Melaka.
MPF di maklumkan bahawa pihak pendakwaan telah mengambil keputusan untuk menggugurkan tindakan pendakwaan terhadap En Idilhan.
Dengan keputusan ini dari pihak pendakwaan, Tuan Majistret telah “Menggugurkan dan Dibebaskan”(“Discharged Amounting to an Acquittal”) pendakwaan terhadap En Idilhan dan memerintahkan semua marker paintball yang disita oleh pihak PDRM dipulangkan .
AJK MPF mengucapkan tahniah kepada En Idilhan. Keputusan ini adalah satu perkembangan yang positif terhadap sukan Paintball di Malaysia.
Secara tidak langsung, jelas paintball marker adalah alat sukan yang tidak perlu di lesenkan di bawah Akta Senjata 1960 berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Mahkamah Majistret Melaka. Undang2 yang telah diputuskan oleh Mahkamah ini terpakai di SEMUA negeri2 di Malaysia bukan sahaja di Kuala Lumpur, Cyberjaya atau Melaka.
Sila share posting MPF ni.
Tuan/Puan,
Pihak MPF baru terima berita dari En Idilhan bahawa beliau telah dimaklumkan oleh pihak Mahkamah Majistret yang tarikh sebutan 17 Mac 2021 di bawa kedepan ke 17 Februari 2021.
Pihak MPF akan memaklumkan kpd semua ahli perkembangan kes En Idilhan pada 17 Februari kelak.
Tuan/Puan,
Kami telah dimaklumkan oleh En Idhilhan bahawa pada sebutan kes beliau di Mahkamah Majistret di Melaka pada pagi ini, pihak DPP telah memohon untuk menangguh kes beliau ke tarikh yang lain.
Menurut pihak pendakwaan, mereka masih menunggu arahan selanjutnya dari Bahagian Pendakwaan Peguam Negara.
Sehubungan dengan makluman pihak pendakwaan, Tuan Majistret telah menetapkan suatu tarikh sebutan baru yaitu 17 Mac 2021.
Pihak MPF akan memaklumkan kepada ahli apabila mendapat apa2 perkembangan baru berkenaan kes En Idilhan.
Tuan/Puan,
Posting ini merujuk ke kes dakwaan S36 Akta Senjata terhadap En Idilhan Ibrahim.
Pada 5 Januari 2021, Mahkamah Majistret Melaka telah mengadakan sebutan untuk kes tersebut.
Pada hari tersebut, pihak pendakwaan telah memberi dokumen yang berkaitan kepada peguam En Idilhan Ibrahim.
Peguam En Idilhan telah memohon tarikh baru untuk sebutan atas sebab beliau memerlukan masa untuk mengkaji dokumen2 yang telah dia terima dan untuk mengambil langkah2 undang2 yang perlu untuk En Idilhan.
Tuan Majistret telah menetapkan 8 Februari 2021 sebagai tarikh sebutan baru. Pada hari itu, pihak mahkamah akan menetapkan tarikh bicara kes untuk kes pendakwaan En Idilhan.
Mari kita sama2 berdoa semoga kes En Idilhan ini akan berakhir dengan kemenangan bagi pihak En Idilhan.
Tuan/Puan,
Ahli Jawatankuasa MPF telah membuat keputusan pada 1hb Disember 2020 untuk memberi bantuan kepada saudara Idilhan seperti mana bantuan yang telah MPF salurkan dalam bentuk khidmat teknikal dan rujukan undang2 kepada Eight Adventure Sports (Cyberjaya Paintball Park).
Keputusan AJK MPF untuk memberi bantuan sedemikian kepada sesiapa tidak kira mereka itu ahli ataupun tidak atas dasar kepentingan ahli2 MPF dan sukan Paintball di Malaysia.
Sekian.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuala Lumpur