Selamat Hari Merdeka 2026
Kelab Sukan & Rekreasi MAIWP
Aktiviti Kelab Sukan dan Rekreasi untuk kesihatan dan ukhwah Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP adalah sebuah kelab yang berdaftar dengan eROSES.
Ditubuhkan khusus untuk semua warga kerja Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi mencapai aspirasi jabatan iaitu mengamalkan budaya gaya hidup sihat melalui aktiviti sukan dan rekreasi.
25/08/2026
๐โจ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M โจ๐
ุงููููููู
ูู ุตูููู ุนูููู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู ููุนูููู ุขูู ุณููููุฏูููุง ู
ูุญูู
ููุฏู
Sempena memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, marilah kita bersama-sama menyemarakkan rasa cinta kepada Rasulullah SAW dengan memperbanyakkan selawat serta menghayati dan mencontohi akhlak Baginda dalam kehidupan seharian.
Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita memperkukuh ukhuwah, menyuburkan kasih sayang, meningkatkan amal kebajikan serta meneruskan perjuangan Baginda dalam membawa rahmat dan kebaikan kepada seluruh umat.
โSesungguhnya pada diri Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang terbaik bagi kamu.โ
*(Surah al-Ahzab: 21)
๐ Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026M
Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus mekar dan menjadi panduan menuju keredaan Allah SWT.
ุงูููู
ุตู ูุณูู
ูุจุงุฑู ุนูู ุณูุฏูุง ู
ุญู
ุฏ ๏ทบ
27/07/2026
๐ฟ Brisk Walk Challenge MAIWP 2026 Berjaya Dilaksanakan! ๐ถโโ๏ธ๐ถโโ๏ธ
Alhamdulillah, Brisk Walk Challenge MAIWP 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 26 Julai 2026 dengan penyertaan lebih 200 orang peserta.
Program bermula dengan flag off pada jam 7.00 pagi yang telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, sebelum para peserta memulakan laluan dari Dataran DBKL menuju ke Menara MAIWP.
Penganjuran program ini adalah hasil kerjasama erat antara Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP selaku penganjur bersama Badan Kebajikan Pekhidmat MAIWP (BKPM), PUSPANITA MAIWP, Majlis Bersama Jabatan (MBJ) MAIWP, Kelab Kebajikan Baitulmal dan MAIWP FC dalam usaha membudayakan amalan gaya hidup sihat, mengukuhkan semangat kerja berpasukan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga MAIWP.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Datuk Is. Mohd Nizam bin Haji Yahya, semua peserta, urus setia, penaja dan rakan strategik yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga inisiatif seperti ini dapat diteruskan bagi melahirkan warga MAIWP yang lebih sihat, cergas, produktif dan sejahtera.
07/07/2026
๐ EKSPEDISI GUNUNG TEBU & JELAJAH PULAU PERHENTIAN 2026 ๐๏ธ
Alhamdulillah, Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP (MARC) telah berjaya menganjurkan Ekspedisi Gunung Tebu & Jelajah Pulau Perhentian 2026 yang berlangsung pada 3โ5 Julai 2026 di Terengganu.
Program ini menghimpunkan warga MAIWP yang meminati aktiviti rekreasi dan lasak melalui pendakian ke Gunung Tebu serta Jelajah Pulau Perhentian (Day Trip). Selain menguji ketahanan fizikal dan mental, program ini turut mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kerja berpasukan serta memberi peluang kepada peserta menikmati keindahan alam semula jadi negara.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengurusan Tertinggi MAIWP dan Badan Kebajikan Pekhidmat MAIWP (BKPM) atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan dalam menjayakan program ini.
Terima kasih kepada semua peserta, urus setia dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga pengalaman yang diperoleh menjadi kenangan bermakna dan terus menyemarakkan budaya hidup sihat serta aktif dalam kalangan warga MAIWP.
17/06/2026
๐ถโโ๏ธ Jom Sertai Kempen BriskWalk Challenge MAIWP! ๐ถโโ๏ธ
Ayuh warga MAIWP, jadikan aktiviti berjalan kaki sebagai amalan harian ke arah gaya hidup yang lebih sihat dan aktif.
๐ฑ Rekodkan aktiviti briskwalk anda melalui aplikasi Strava dan sertai cabaran ini bersama rakan-rakan sekerja.
๐ 3 pemenang dipilih setiap bulan dan berpeluang memenangi hadiah menarik!
โ
Meningkatkan kesihatan fizikal & mental
โ
Mengurangkan stres
โ
Membudayakan gaya hidup sihat di tempat kerja
Langkah kecil hari ini, perubahan besar esok!
๐ Imbas kod QR pada poster atau klik pautan di bawah untuk pendaftaran https://forms.gle/7mvJ3rTY58F7QZk6A
๐ถโโ๏ธ๐
17/06/2026
๐ Salam Awal Muharam 1448H ๐
Selamat menyambut tahun baharu Hijrah kepada seluruh ahli Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP serta warga kerja MAIWP.
Semoga Awal Muharam ini menjadi titik permulaan untuk kita berhijrah ke arah yang lebih baik, memperkukuh ukhuwah dan meraih keberkatan dalam setiap langkah.
โจ Hijrah Diri, Mencapai Reda Ilahi โจ
Dengan ingatan tulus ikhlas daripada
Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP
30/05/2026
20/04/2026
BERKELAH SANTAI MARC - "Less is More..."
๐
Tarikh : 11 April 2026 (Sabtu)
โฐ Masa : 8.00 pagi
๐ Tempat : Perdana Botanical Garden, Jalan Kebun Bunga, Tasik Perdana, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
๐ฑ Konsep: Potluck
20/03/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua Ahli Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP dan Warga MAIWP.
Semoga Syawal yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan serta mengeratkan lagi silaturahim sesama kita.
Hati-hati di jalan raya dan semoga semua selamat sampai ke destinasi masing-masing.
Dengan ingatan setulus ikhlas daripada: Kelab Sukan dan Rekreasi MAIWP
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Menara MAIWP, No. 55, Lorong Haji Hussein 2, Chow Kit
Kuala Lumpur
50300