17/08/2025
Tahniah Facundo Garces diatas kemenangan pertama perlawanan La Liga pagi tadi.
π ‘‘‘ππ πππ’π₯ππ’π¦π’ π‘π¨π‘ππ π¦π π₯ππ‘ππ!!!
‘‘‘ΓPICA VICTORIA PARA SUMAR EL PRIMER MΓS TRES DE LA TEMPORADA!!!
| βͺοΈπ΅
17/12/2024
Aduhla dah la main macam hampeh. Sangkut pil kuda la p**a ko ni Muydrik.
Dulu ada juga player Chelsea nama Andrian Mutu sangkut pil kuda jugak. Ni skang ko plak wat hal. Dah la Chelsea tgh on form.
.
11/07/2024
Jom MC beramai-ramai isnin ni.π
Yang menarik kedua-dua pemenang kejohanan ini akan menentang satu sama lain merebut Piala Finalissima 2025 nanti.
23/06/2024
ADAKAH PAN-GON MASIH RELEVAN?
Sebenarnya Min, masih tak boleh move on dengan kekecewaan kita tak dapat meneruskan ke Kelayakan Piala Dunia Pusingan ke-3. Bertitik tolak pada 21 November 2023, dimana perlawanan diantara Republic Kyrgyz menentang Oman yang di menangi oleh tuan rumah dengan jaringan 1-0 telah menyebabkan Malaysia terkeluar dari saingan ini. Bayangkan kita menjangkakan Oman dengan mudah merobek Kyrgyztan akan tetapi lain p**a yang jadi. Republic Kyrgyz mendapat 3 mata di perlawanan ini.
Perlawanan ini yang membezakan kedudukan mata Malaysia yang dipisahkan dengan 1 mata akhirnya. Jika Kyrgyztan tewas pada perlawanan 21 November 2023 tersebut pastI Malaysia yang akan ke Pusingan Ke-3 dengan kelebihan 2 mata di tangga kedua.
Selain itu, perlawanan Republic Kyrgyz menentang Malaysia di Spartak Stadium pada 6 Jun 2024, juga satu lagi 'turning point' kekecewaan kita dimana kita seri satu sama pada perlawanan ini. Perlawanan ini jelas sebenarnya Malaysia perlukan kemenangan dan entah mengapa tiada 'urgency' dari pasukan harimau malaya yang mana mereka seperti terlena dengan mengangap jika keputusan seri adalah memadai. Jelas ketua jurulatih silap percaturan dan tidak menganalisis apa akan jadi jika keputusan seri sahaja.
Sebenarnya, skuad kebangsaan boleh menang pada perlawanan tersebut. pasukan Kyrgyztan juga dilihat 'strugle' pada perlawanan tersebut dan Malaysia nampak efisyen ketika menyerang. Entah apa yang difikirkan Pan-Gon sehingga beliau berfikir seri lebih baik ketika bercakap kepada media selepas tamat perlawanan. Selepas itu juga beliau menyatakan bahawa skuad kebangsaan boleh memenangi jaringan besar menentang Taiwan pada perlawanan terakhir. Sungguh ego kata-katanya.
Taktikal Pan-Gon juga nampak tidak relevan sejak akhir-akhir ini. Meletakkan Dion Cool yang bermain sayap dan kelewatan memasukkan pemain gantian juga antara faktor taktikal yang c**a marba. Taktik 'gelembung buaya' sering kali dilihat semula jika pemain-pemain Malaysia tertekan diasak lawan. Beliau juga sering dilihat gemar bereksperimen dengan pemain-pemain yang ada. Tidak 'stick' dengan corak permainan 'core' yang sama. Corak sebeginilah yang menyebabkan Malaysia kalah dalam perlawanan-perlawanan di Piala Asia 2023 yang lalu kepada Jordan dan Bahrain, seterusnya dua perlawanan menentang Oman pada Mac lalu.
Diharap Pan-Goon dapat menyedari kesilapannya dan memperbaiki corak dan pemilihan pemain yang efektif. Min masih mengharapkan gandingan Hong Wan dan Afiq Fazail menjadi tunjang tengah pasukan negara pada perlawanan-perlawanan akan datang. Mereka berdua setiasa bergandingan dan serasi di peringkat kelab di JDT. Corak hantaran pendek sentiasa menjadi jika kedua-dua pemain ini bermain bersama.
Nampaknya, seorang lagi jurulatih berbangsa Korea iaitu Sin Tai Yong berjaya bersama dengan pasukan Indonesia. Taktikal dan corak permainan 'simple pass' lebih menarik ditampilkan sehingga berjaya ke kelayakan pusingan ketiga piala dunia. Namun sebaliknya dengan Kim Pan-Gon.
Sasaran seterusnya layak ke Piala Asia 2027 adalah agak mustahil jika corak permainan yang sama ditampilkan. Kepada FAM adakah sasaran F:30 masih 'on track' dan adakah Coach Kim Pan Gon masih relevan ?
11/06/2024
MALAYSIA SUDAH TERSINGKIR DI KELAYAKAN PIALA DUNIA 2026?
Peluang Malaysia untuk melayakkan diri ke Pusingan Ketiga Piala Dunia tampak samar dan boleh dikatakan 99% Malaysia sudah tersingkir. KEMANA KITA SELEPAS INI?
Baik, jika Malaysia tidak layak ke Pusingan Ketiga Piala Dunia kita akan berjuang pada Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 yang akan bermula pada bulan Mac 2025 dan akan berakhir pada Mac 2026. Kelayakan ini melibatkan 24 Negara yang tidak layak ke Pusingan ketiga Piala Dunia.
24 Negara ini akan dibahagi kepada 6 Kump**an dan setiap Kump**an akan mempunyai 4 Negara.
Perlawanan p**a akan dimainkan format round robin dimana akan bermain home dan away game.
Cabaran pasti sengit kerana jangkaan negara-negara yang terlibat adalah seperti Lebanon, Tajikistan, Turkmenistan, Thailand, Vietnam, India, Singapura yang akan berebut 6 tempat terakhir ke Piala Asia 2027 ini.
Yang menariknya hanya juara kump**an sahaja yang layak ke Piala Asia. DI ULANGI HANYA JUARA KUMPULAN SAHAJA!.
Jika dilihat disini Malaysia mungkin akan berdepan kesukaran kerana negara yang ranking lebih tinggi dari Malaysia juga pasti berjuang bersungguh-sungguh untuk mendapat slot ke Piala Asia.
Undian untuk Kelayakan Piala Asia 2027 ini dijangka pada September 2024 dan di doakan Malaysia tidak diundi dalam kump**an yang kuat.
Ruginya kita tidak menang ketika menentang Kyrgyzstan tempoh hari kerana slot automatic ke Piala Asia pasti terjamin jika kita menewaskan Taiwan pada malam ini.
Lagi satu ruginya kita hanya akan mendapat perlawanan persahabatan dengan pasukan lemah pada Fifa Calendar September, Oktober dan November Ini. Sedangkan pasukan yang layak ke Pusingan Ketiga Piala Dunia akan bermain dengan pasukan hebat seperti Jepun, Korea Selatan dan Iran bermula pada bulan September ini.
P/s: ucap awal supaya tak kalut. TAHNIAH INDONESIA.
01/02/2024
David Beckham adalah satu figura bola sepak dunia yang cukup terkenal. Hari ini kecoh di media sosial David Becham singgah di Kuala Lumpur bagi melakukan aktiviti promosi barangan Adidas.
Tahukah anda bahawa David Beckham telah pun beberapa kali hadir ke Malaysia sebelum ini. Dan yang paling tidak dilupai ketika beliau mewakili skuad ternama Manchester United menentang pasukan Malaysia pada bulan Julai 2001. Manchester United menang bergaya dengan jaringan 6-0 dan David Bechkam juga menyumbang satu gol pada perlawanan tersebut.
Antara fakta menarik pada perlawanan tersebut ialah ia adalah perlawanan pertama Ruud Van Nistelrooy bersama Manchester United dan dapat menjaringkan 2 gol. Tamat perlawanan Beckham telah bertukar jersi dengan kapten pasukan Malaysia.
Cuba teka siapakah kapten Malaysia pada perlawanan itu?.
25/01/2024
Daniel Ting tackle Son Heung Ming
21/01/2024
Impak yang diberikan oleh Syamer Kutty Abba amat positif pada separuh masa pertama ketika bertemu Bahrain semalam. Dia bergandingan baik dengan Stuart Wilkin di bahagian tengah.
Namun di separuh masa kedua dia digantikan dengan Natxo Insa dan permainan Malaysia menurun dan kelam kabut dibahagian tengah. Ada 2 sebab dia dikeluarkan dan tidak dimainkan pada separuh masa kedua.
1) Dia injured
2) Dia telah menerima kad kuning diseparuh masa pertama
Namun, jika alasan injured, kita masih boleh diterima dia ditukarkan dengan Natxo. Tapi jika coach Kim tukar Syamer dengan Natxo disebabkan beliau telah terima kad kuning pada masa pertama, adalah amat 'bengong' sekali tak nak terima risiko takut kena kad merah. Ini permainan bolasepak. Risiko pemain menerima kad adalah tinggi. Jika Syamer masih terus dimainkan pada masa kedua Admin rasa kita boleh jaringkan gol dan beroleh mata semalam.
Tak apa next game kita bantai Korea. Dan 'deep' dihati Min agar permainan seperti semalam dan ketika bertemu Jordan tidak berterusan ketika kempen kelayakan Piala Dunia bertemu Oman pada bulan Mac nanti.
16/01/2024
Tahniah Supachai Chaided. Anak melayu pertama jaring 2 gol di Asian Cup. Hebat Thailand.
20/10/2023
TAHUKAH ANDA!
Dua perlawanan Kelayakan Piala Dunia / Piala Asia melibatkan pasukan Malaysia melawan Oman diadakan pada bulan Ramadan. Selain daripada itu, perlawanan itu juga dilansungkan ketika Liga Malaysia telah tamat saingan musim 2023 iaitu pada bulan Disember.
Liga Malaysia musim 2024/2025 akan bermula pada April 2024. Jadi pemain yang terpilih mewakili Malaysia tidak bermain perlawanan kompetitif sejak dari bulan Januari selain Dion Cools yang bermain di Liga Thailand. Diharapkan Kim Pan Gon dapat menekan aspek stamina kerana rata-rata pemain yang terpilih menentang Oman tidak bermain dalam mana-mana perlawanan liga kerana liga telah tamat pada Disember 2023.