08/08/2025
Jangan ambil mudah tentang bagaimana pemilihan warna pakaian boleh mempengaruhi keyakinan diri seseorang. Tersilap pilih boleh memberi signal yang silap kepada orang yang memandang kita. Bagi orang yang berkecimpung dalam bidang perniagaan dan keusahawanan seharusnya lebih peka tentang bagaimana kita nak tampil kan diri kita. Warna boleh berkata kata.
Ini lah senjata yang mana ramai alpa atau mungkin tidak ambil endah selama ini.
Warna yang serasi adalah warna yang sesuai dengan tona kulit kita, kerana apa yang kita pakai itu adalah yang terdekat dengan kulit.
Jika memakai pakaian dengan warna yang tepat, automatik ia akan memberi hasil ini ;
🆗 muka berseri dan glowwy
🆗 vibe energy yang ceria dan bertenaga
🆗 garisan halus/kedut di wajah atau kekusaman auto berkurangan
🆗 personaliti positif akan terserlah
Nak tahu lebih lanjut tips dan tricks bagaimana nak bermain dengan warna boleh la book masa untuk saya bantu.
Seperti CikPuan ini, gigih kami set appointment nun di Kuantan kerana dirimu itu sangat berharga.
Lagi lama bertangguh takut takut terlepas peluang yang menanti.
Warna bukan sekadar hiasan tetapi ia adalah bahasa tanpa suara yang menjerit 'Ya, saya yakin dan saya bersedia!'
15/04/2025
Salaman tak bersambut?
Kita tahu bersalaman itu bukan lah sekadar berbalas genggaman tangan tetapi ia memberi makna tanda hormat, sudah menjadi kebiasaan budaya timur menghargai tetamu. Sewaktu zaman covid 5 tahun yang lepas, kekok kita dibuatnya kerana disarankan jangan bersalaman bersentuhan.
Biasa orang kita akan sebut, husnuzon lah, mungkin tangan dia berkudis maka dia segan nak bersalaman, atau mungkin kita jadi halimunan di hadapan nya. Atau mungkin dia rabun jauh. Maafkan lah dia. Bersangka baik.
Seringkali kita melihat tatacara perilaku bersalaman berlaku samada dalam majlis formal dan juga tidak formal. Ia adalah satu bentuk adab budaya yang tinggi, diberi untuk memberi hormat dan sebenarnya ia adalah refleksi kredibiliti diri kita sendiri, tanda penuh beradab.
Ingat tak, sedari kecil lagi kita berusaha ajar anak anak untuk bersalaman jika berjumpa dengan orang yang lebih tua (khususnya dikalangan kaum Melayu, mungkin ada juga dikalangan bangsa lain).
Di atas asbab di atas lah, ibubapa sangat prihatin agar anak nampak sopan beradab dan bukannya kurang di ajar. Small gesture, big impact.
Itu lah adat Melayu yang kita junjung tinggi hingga ke hari ini. Tentunya lah, perlu p**a di paksikan kepada tuntutan agama, samada sesama muhrim ataupun tidak, siapa yang boleh kita bersalaman ataupun tidak, mengikut peradaban Islam. Mana yang halal, mana yang haram.
Supaya kita tidak dilihat janggal malah dalam keadaan ekstrim p**a, boleh p**a memalukan diri sendiri serta meninggalkan persepsi negatif terhadap perlakuan kita itu. It is not about them, but you.
Saya kongsikan di sini tips bersalaman sebagai panduan;
♦️ Dalam etika bersalaman, hormati kesediaan dan persetujuan si penerima salam, dan juga ruang peribadinya.
▶️ Etika yang bagus adalah memulakan salaman dahulu, ini adalah nyata tuntutan sunnah. Sama seperti memberi salam, kita disarankan agar memulakan dahulu memberi salam (iaitu doa kebaikan untuk orang yang baru dijumpai), ia jauh lebih besar pahalanya dari yang menjawab.
Malah di dalam hadis sahih AtTabrani, setiap salaman antara kedua Muslim akan menggurkan dosa dosa ibarat daun berguguran ditiup angin kencang.
▶️Offer but do not Force.- apabila kita hulur tangan tapi berlaku situasi tidak di sambut, It's okay. Jangan direntap p**a tangannya untuk bersalam.
▶️ Perhatikan gerak gaya bahasa tubuh nya (observe for non-verbal cues). Sekiranya nampak dari jauh air muka memandang kita dengan menyampahnya, atau mata dijegilkan, ataupun nampak kita saja terus dipalingkan badan membelakangkan kita, It's Okay. Simpan lah tangan kita, tak perlulah hulurkan tangan. Senyum saja.
▶️ Terima Penolakan dengan berhemah (Accept Refusals Gracefully). Hormati keputusan nya, tarik semula tangan dan tarik ke dada, tunduk sikit tanda hormat dan berikan senyuman. Ingat, yang penting adalah perlakuan kita, kerana ia dalam kawalan kita. Kita tak boleh kawal orang lain.
Dapat sesuatu?
Adab tak dapat dijual beli.