Antara sebab kenapa kelab sukan perlu berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).
✅ 1. Legaliti dan Pengiktirafan Sah
Pendaftaran memberikan status sah di sisi undang-undang kepada kelab.
Kelab yang berdaftar diiktiraf oleh kerajaan dan boleh beroperasi secara rasmi dalam bidang sukan.
✅ 2. Akses Kepada Bantuan dan Geran
Hanya kelab yang berdaftar layak memohon bantuan kewangan, kemudahan, dan peralatan daripada KBS, Majlis Sukan Negeri, atau agensi lain.
Peluang mendapat tajaan atau kerjasama dengan badan sukan lebih mudah diperoleh.
✅ 3. Perlindungan Undang-Undang
Ahli dan pengurusan kelab dilindungi sekiranya berlaku pertikaian, kecederaan, atau isu-isu lain yang melibatkan aktiviti kelab.
Pendaftaran membolehkan kelab mengadakan perlembagaan dan struktur pentadbiran yang sah.
✅ 4. Pembangunan dan Penganjuran Sukan
Kelab yang berdaftar boleh menganjurkan kejohanan, menyertai pertandingan rasmi, dan mengambil bahagian dalam program pembangunan sukan negara.
Ini juga membantu melahirkan atlet yang boleh diketengahkan ke peringkat negeri dan kebangsaan.
✅ 5. Ketelusan dan Tadbir Urus Yang Baik
Kelab berdaftar perlu mengemukakan laporan kewangan dan aktiviti tahunan kepada Pesuruhjaya Sukan.
Ini menggalakkan pengurusan yang telus, bertanggungjawab dan profesional.
✅ 6. Mematuhi Akta Pembangunan Sukan 1997
Di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576), adalah menjadi kesalahan untuk mengurus atau menjalankan kelab sukan tanpa pendaftaran yang sah.
Servis Pendaftaran Badan Sukan
KAMI MENYEDIAKAN SERVIS BAGI PERKHIDMATAN PENDAFTARAN BADAN SUKAN SECARA DALAM TALIAN.
10/04/2025
Sudahkan anda memfailkan cukai pendapatan individu anda?
Kini anda boleh menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 bagi yuran latihan dan pembelian peralatan sukan untuk 103 jenis aktiviti sukan yang tersenarai dalam Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).
Simpan resit untuk membuat tuntutan nanti ya.
28/03/2025
PEMAKLUMAN PENYELENGGARAAN SISTEM eROSA
Sistem eROSA akan ditutup bagi tujuan penyelenggaraan bermula pada 29 Mac 2025 sehingga 2 April 2025. Sistem eROSA akan diaktifkan semula pada 3 April 2025.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi pejabat di talian 03-8994 4800 (PJS HQ) 088-762232 (PJS Rantau Sabah) 082-237542 (PJS Rantau Sarawak) atau melalui emel [email protected].
26/01/2025
Taklimat dana sukan. Tarikh seperti yang tertera pada poster. Daftar sekarang ‼️
22/12/2024
16/12/2024
PEMAKLUMAN FUNGSI PEMBAYARAN SISTEM eROSA
Fungsi Pembayaran Sistem eROSA tidak dapat diakses buat sementara waktu bagi kerja-kerja penyelenggaraan sehingga dimaklumkan kelak.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi pejabat di talian 03-8994 4800 (PJS HQ) 088-762232 (PJS Rantau Sabah) 082-237542 (PJS Rantau Sarawak) atau melalui emel [email protected].
15/12/2024
PEMAKLUMAN PENYELENGGARAAN SISTEM eROSA
Sistem eROSA akan ditutup untuk penyelenggaraan bermula pada 14 Disember 2024 (Sabtu) jam 9.00 pagi. Sistem eROSA akan diaktifkan semula pada 15 Disember 2024 (Ahad) jam 8.00 malam.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi pejabat di talian 03-8994 4800 (PJS HQ) 088-762232 (PJS Rantau Sabah) 082-237542 (PJS Rantau Sarawak) atau melalui emel [email protected].
15/10/2024
19/09/2024
PEMAKLUMAN PENYELENGGARAAN FUNGSI MODUL MYKB1
Fungsi Modul MYKB 1 untuk pengguna Badan Sukan dinyahaktifkan buat sementara waktu bagi tujuan penyelenggaraan bermula 19 September 2024 sehingga dimaklumkan kelak.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, tuan/ puan boleh menghubungi pejabat di talian 03-8994 4800 (PJS HQ) 088-762232 (PJS Rantau Sabah) 082-237542 (PJS Rantau Sarawak) atau melalui emel [email protected].
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Address
Kuala Lumpur