16/04/2026
JOM MASUK INSTITUT KEMAHIRAN SUKAN NEGARA‼️
PERMOHONAN KE IKSN BAGI SESI 2/2026
KURSUS YANG DITAWARKAN
1️⃣ SKI 03 - SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI MULTIMEDIA - MULTIMEDIA INTERAKTIF (SKM 3)
2️⃣ SJM 03 - SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI TERAPI SUKAN (SKM 3)
3️⃣ SFF 03 - SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI FOTOGRAFI (SKM 3)
4️⃣ SSF 03- SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI AWAM (PEMBUATAN PERABOT DAN HIASAN DALAMAN) (SKM 3)
5️⃣SJT 23 - SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI SUKAN (SUKAN BERMOTOR 4 RODA) (SKM 3 SAMBUNG TAHAP )
6️⃣MSC 01 - SIJIL TEKNOLOGI SUKAN (OPERASI PERKHIDMATAN KEDI GOLF)
KEMUDAHAN :
🏬 Asrama DISEDIAKAN
♨ Makan DISEDIAKAN
💵 Elaun bulanan DISEDIAKAN
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN JURUSAN :
✅ SIJIL
📌 BAGI JURUSAN TEKNOLOGI SUKAN PERMOTORAN CALON PERLU MEMPUNYAI SEKURANG-KURANGNYA SKM TAHAP 2 BAGI MANA-MANA BIDANG (BERTEMUDUGA)
PERKHIDMATAN PEMBAIKAN – KENDERAAN RINGAN
KENDERAAN PERDAGANGAN – SERVIS PEMBAIKAN
PEMOHON ADALAH WAJIB :
✅ WARGANEGARA MALAYSIA
✅ BERUMUR 18-30 TAHUN
✅ SIHAT TUBUH BADAN
✅ BOLEH MEMBACA , MENULIS DAN MENGIRA (3M)
1. Untuk pemohon yang berminat sila isi permohonan online yang disediakan dibawah :
https://mohon.tvet.gov.my/
Sebarang pertanyaan boleh hubungi pegawai seperti no di bawah :
Puan Jihan - 01139505094
En Aizard - 0148558248
30/03/2026
PERMOHONAN KEMASUKAN ILKBS AMBILAN JULAI 2026 KINI DIBUKA 🔥
Berita gembira, untuk lepasan SPM yang berminat dengan bidang kemahiran😎
Ini lah masanya!
Jom masuk ILKBS! 😎
Jangan lepaskan peluang untuk memohon up_tvet perdana ambilan Julai 2026.
Jangan lupa untuk letakkan ILKBS sebagai destinasi pilihan untuk menyambung pengajian anda di Portal UP_TVET 2026 khususnya dalam bidang kemahiran!
Jom daftar segera!
🌐 Daftar dan lengkapkan Profil Pemohon sekarang di https://mohon.tvet.gov.my
TVET Pilihan Utama Kerjaya.
ILKBS Profesional Terunggul.
#
22/01/2026
‼️ Berita baik ‼️
Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG), Bukit Kiara, Kuala Lumpur sedang mencari belia-belia di luar sana untuk menjadi sebahagian pelajar pada pengambilan Sesi 1/2026 :
Jom daftar menerusi :
https://mohon.tvet.gov.my
______
Maklumat Pengambilan
Program:
* Sijil Operasi Golf dan Sukan
* Tempoh: 6 bulan
* Tarikh Pendaftaran: 26 Januari 2026
Pegawai Yang boleh dihubungi
* En. Rosmene : 011-1931 5413
* En. Zulhelmi: 019-4411740
______
Kemudahan Disediakan
* Asrama Lelaki dan Wanita
* Fasiliti Sukan
* Surau
* Perpustakaan
* Bilik Kuliah
* Bengkel Latihan Kelab Golf
______
Faedah
* Elaun Latihan
* Makan & Minum (Sarapan, Makan Tengahari, Makan Malam)
* Peluang Kerjaya selepas tamat latihan
______
Syarat Permohonan
* Warganegara Malaysia
* Bujang
* Tamat Tingkatan Lima
* Berumur 18 hingga 30 tahun
* Sihat fizikal dan mental
______
Jom sertai sekarang! Sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai bertugas. 🏌️♂️
13/01/2026
✨ Peluang Kerjaya Terbuka kepada Warganegara Malaysia!
Akademi Kemahiran Belia Golf kini membuka peluang kepada individu yang berkelayakan, berdisiplin dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan Personel MySTEP Gred S9.
Sekiranya anda:
✔ Graduan Ijazah Sarjana Muda
✔ Mahir menggunakan Microsoft Office
✔ Aktif, komited dan bersedia bekerja secara fleksibel
👉 Inilah peluang anda untuk membina pengalaman kerja bersama agensi kerajaan dan menyumbang kepada pembangunan belia negara.
17/12/2025
Terima Kasih YB Menteri & YB Timbalan Menteri! ⚡️
Seluruh warga Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan ILKBS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YB Hannah Yeoh serta YB Adam Adli, atas segala jasa, sokongan dan inspirasi sepanjang bersama Kementerian ini.
Semoga terus cemerlang di medan baharu dan sentiasa membawa semangat pembangunan belia dan sukan ke tahap lebih tinggi! 💼🇲🇾
💼 TVET Pilihan Utama Kerjaya
🏆 ILKBS Profesional Terunggul
31/10/2025
𝗦𝗨𝗥𝗔𝗧 𝗘𝗗𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗚𝗨𝗡𝗔𝗔𝗡 𝗕𝗔𝗛𝗔𝗦𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗬𝗨 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗔 𝗨𝗥𝗨𝗦𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗦𝗠𝗜
📌 Jabatan ini melalui surat JPA.(S).100-1/3/3 (8) bertarikh 9 Ogos 2022, telah menjelaskan keperluan untuk memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi perkhidmatan awam. Selaras dengan keperluan tersebut, Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO.1.1.1: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam turut diperkenalkan.
📌 Selaras dengan komitmen dan ketetapan Kerajaan bagi memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu, sebarang perkara, aktiviti, program, projek dan sebagainya yang dianjur atau diuruskan kerajaan Malaysia hendaklah menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.
📌 Bahasa Melayu hendaklah diberi keutamaan dan digunakan secara menyeluruh dari segi aspek nama, tema, tajuk, latar belakang, isi kandungan dan apa-apa maklumat yang berkaitan urusan rasmi perkhidmatan awam.
📌 Bagi memastikan ketetapan ini tidak menjejaskan kelancaran penyampaian perkhidmatan dan memberi implikasi perundangan kepada Kerajaan, pihak YBhg. Tan Sri/ Datuk Seri/Dato' Seri/Dato' Sri/Datuk/ Dato'/Tuan/Puan dimohon untuk meneliti, menyemak dan mengambil tindakan yang bersesuaian berhubung perkara ini. Perhatian serius hendaklah diberikan terutamanya bagi sebarang perkara yang melibatkan
kepentingan awam dan negara.
Pautan: https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-mengenai-penggunaan-bahasa-melayu-dalam-semua-urusan-rasmi
Anwar Ibrahim
Shamsul Azri bin Abu Bakar
PMO Malaysia
08/10/2025
LAWATAN PENANDA ARAS LATIHAN KEMAHIRAN PELAJAR UNIVERSITI SELANGOR KE AKADEMI KEMAHIRAN BELIA GOLF
8 Oktober 2025 (Rabu) | AKBG Bukit Kiara.
Pelajar jurusan Diploma Pengurusan Industri Sukan Fakulti Perniagaan & Perakaunan Universiti Selangor (UNiSEL) telah hadir ke Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) bagi sesi Lawatan Penanda Aras Latihan Kemahiran Golf.
Sesi lawatan ini dihadiri seramai 38 orang Pelajar UNiSEL di kalangan belia berumur 15 - 30 tahun bagi mendapat ilmu pengetahuan berkaitan pengenalan Sukan Golf, Peralatan Golf, Kerjaya dalam sektor industri golf serta program - program latihan jangka pendek yang dijalankan Di AKBG.
Diharap dengan sesi lawatan Pelajar UNiSEL ini mampu meningkatkan pengetahuan serta nilai tambah untuk Kemahiran kendiri pelajar tersebut.
30/09/2025
TERIMA KASIH TS. DR. PUTEH MELOR WESMA BINTI SALEHEN
Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) di bawah Institut Kemahiran Sukan Negara (IKSN) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ts. Dr. Puteh Melor Wesma binti Salehen atas segala jasa, sumbangan, khidmat bakti dan kepimpinan sepanjang berkhidmat sebagai Pengarah IKSN.
Terima kasih & selamat maju jaya di tempat baharu.
30/09/2025
PROGRAM TAKLIMAT LATIHAN AKBG KEPADA BELIA KAWASAN PERUMAHAN AWAM (PA) PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KUALA LUMPUR 2025
30 SEPTEMBER 2025 (SELASA) | AKBG Bukit Kiara.
Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL) melalui Unit Komuniti bersama Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) telah melaksanakan Taklimat Latihan TVET Pengkhususan Kemahiran Golf kepada 20 orang peserta di kalangan belia setempat, Pegawai JKM & ibu bapa sepanjang program berlangsung.
Objektif program ini adalah bertujuan memberi pendedahan latihan dan peluang kerjaya khususnya bidang TVET golf agar dapat diceburi golongan belia tempatan bagi memenuhi keperluan sumber tenaga mahir di sektor industri golf dalam Negara.
Sepanjang program berlangsung, para peserta diberikan sesi taklimat pengenalan AKBG, lawatan kemudahan latihan AKBG, mencuba permainan golf & sesi perkongsian anak JKM yang menyambung pengajian di AKBG sebagai nilai tambah kepada peserta yang hadir.
Majlis diserikan dengan kehadiran YBrs Tuan Che Samsuzuki bin Che Noh Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk turut serta sepanjang program berlangsung. pihak AKBG berharap dengan pelaksanaan program ini dapat menarik minat golongan belia tempatan bagi mempelajari kemahiran dalam bidang TVET Golf dan seterusnya dapat mempromosikan program-program yang ditawarkan di AKBG kepada masyarakat setempat.
22/09/2025
Kursus Latihan Kemahiran Jangka Pendek Program Rakan Mahir: Future Y-Skills bidang Golf Tournament Operation Tahun 2025
19 September 2025 (Jumaat) | AKBG Bukit Kiara Kuala Lumpur
Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melaksanakan Kursus Latihan Kemahiran Jangka Pendek Program Rakan Mahir: Future Y-Skills bidang Golf Tournament Operation melibatkan 10 Orang peserta bermula pada 15-19 September 2025 bertempat di Kampus AKBG d/a Kompleks Rakan Muda (KRM) Bukit Kiara Kuala Lumpur.
Kursus bidang Golf Tournament Operation ini dibimbing oleh Tenaga Pengajar Bertauliah AKBG En. Muhammad Bin Md Yusoff dengan memberikan latihan asas mengenai tugasan dalam sesebuah kejohanan sukan golf seperti walking scorer, forecaddie, novelties (NTL,NTP,LD), Static Marshall, Starter & Announcers ketika Kejohanan Golf berlangsung. Para peserta diterapkan latihan secara teori dan amali sepanjang tempoh kursus dijalankan.
Hasrat AKBG bagi program Future Y-Skills bidang Golf Tournament Operation ini adalah dengan memberikan nilai tambah kepada peserta untuk menerokai pekerja baharu sebagai sumber pendapatan sampingan.
Kesemua para peserta diberikan sijil penyertaan Kursus selepas tamat latihan.
-Skills
21/09/2025
Istiadat Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan (ILKBS) ke-20 Tahun 2025
21 September 2025 (Ahad) | Bangi Avenue Convention Centre (BACC) Selangor
Pelajar Jurusan Sijil Modular Bidang Perkhidmatan kedi Golf & Bidang Operasi Golf Dan Sukan Akademi Kemahiran Belia Golf (AKBG) telah dianugerah sijil tamat latihan bersempena Istiadat Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan (ILKBS) ke-20 yang disempurnakan oleh Y.B Adam Adli Timbalan Menteri Belia Dan Sukan.
Mewakili pihak AKBG merakamkan sekalung penghargaan kepada kesemua Graduan lepasan AKBG yang telah mengharungi latihan dalam bidang pengkhususan kemahiran Golf serta dianugerahkan sijil pentauliahan jurusan Kemahiran golf dibawah Kementerian Belia Dan Sukan. Kemahiran latihan yang anda miliki berjaya menempatkan anda di sektor industri dalam Negara dengan menepati skop kerja selaras dengan keperluan industri.
Kerjaya bidang kemahiran Golf telah dijenamakan dibawah TVET Sukan yang merupakan Hala Tuju KBS bagi memacu sektor industri Sukan Negara kearah berdaya saing.
Kepada kesemua Graduan AKBG yang bergelar ALUMNI AKBG. Selamat maju jaya. Ibu , Bapa serta keluarga anda pasti bangga dan kagum terhadap kejayaan anda hari ini. Ternyata kerjaya dalam bidang TVET Sukan pengkhususan golf mampu memberikan peluang kerjaya yang baik bagi masa depan anda.
04/09/2025
🏌🏻♂️PROGRAM BOOTCAMP AKADEMI KEMAHIRAN BELIA GOLF (AKBG) 2025🏌🏻♂️
⛳️GOLF SERVICES⛳️
🌟 Kerjasama AKBG & PRIMAVOC Sdn Bhd 🌟
Kami membuka peluang kepada warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun untuk menyertai Program Bootcamp AKBG-PRIMAVOC Golf Services.
Program ini menyediakan latihan teori & praktikal selama 1 bulan di AKBG dan PRIMAVOC Sdn Bhd.
🔑 Syarat Program:
1️⃣ Umur 18-30 tahun
2️⃣ Warganegara Malaysia
3️⃣ Sihat tubuh badan
4️⃣ Tamat Tingkatan 5
🎁 Faedah program:
✅ Makan & minum disediakan
✅ Sijil tamat latihan
✅ Jaminan pekerjaan
✅ Tempoh latihan selama 1 bulan
✅ Elaun disediakan
📝 Cara pendaftaran:
👉 Scan QR Code yang terdapat di poster
atau
klik link pendaftaran https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScLT6N6vh8KoApbKEm1HfKI42eQpTum1mPlAcwNr5xBVE52uw/viewform
📞 Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Encik Muhammad: 017-2598432
🏌🏻♀️Jangan lepaskan peluang ini untuk membina kerjaya di industri sukan golf ⛳️