Belajar silat bukan untuk jadi kuat
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia GTM At Taqwa
Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia GTM At Taqwa terletak di Surau At Taqwa Jalan Enggang 15, Taman Keramat 54200 Selangor.
Salam Aidilfitri...Maaf Zahir Bathin😎
18/02/2017
04/02/2017
Perbincangan ringkas berkenaan halatuju GTM dan isu2 berbangkit yang perlu diambil perhatian oleh semua anak gayong GTM At Taqwa.
22/01/2017
Indah tariannya... Bahaya padahnya...
Alhamdulillah...
Demo Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) PLKU 10 Disember 2016
17/01/2017
Borang Peduli Sihat boleh didapati di Pejabat Timbalan Ahli Majlis JKP Zon 7 MPAJ Encik Khairol Sazlan Bin Kamarulzaman mulai esok petang.
Alamat 42B Jalan Enggang Taman Keramat 54200 Selangor.
Whatsapp 0128155100
PENGUMUMAN
Semua anak gayong GTM At Taqwa di WAJIB kan utk hadir ke aktiviti gotong-royong Surau At Taqwa minggu ni.
Hari : Ahad
Jam : 8 pagi
Tarikh : 15 Jan 2017
Jemputan ni diterima dari pengerusi Surau At Taqwa, Haji Kassim yg meminta bantuan anak gayong dgn anak kariah surau.
09/01/2017
Assalamualaikum...
Saya Srikandi cilik...
06/01/2017
Dikhabarkan anak gayong GTM At Taqwa, adik Athirah anakanda kepada Bendahari kita Puan Sunarti dan Adi sedang sakit dan telah dimasukkan ke wad di Hospital Ampang Putri.
Kami doakan agar adik Athirah kembali sembuh dan sentiasa di dalam perlindungan Allah.
Tahniah juga kepada adik Athirah kerana telah berjaya dalam ujian kenaikan bengkong tempohari. Semoga cekal dalam menghadapi ujian Allah.
06/01/2017
Assalamualaikum...
Kami sedang membuka keahlian baru.
Hubungi no hp tersebut untuk sebarang pertanyaan dan pendaftaran.
Jika bukan kita yang menyubur dan mengembangkan seni bela diri warisan Melayu siapa lagi??
Ayuh bergayong!!!
Assalamualaikum.
Kelas pertama tahun ini akan diadakan pada 7 Januari 2017 (Sabtu) jam 9 malam di Surau At Taqwa.
Tahun baru... semangat baru... bengkong baru... attitude kena lah baru...
Di harap semua anak gayong dapat renew keahlian tahunan sebanyak RM5.
Yuraan bulanan RM25 dan RM15.
Selamat bergayong dan beramal.
31/12/2016
Alhamdulillah... Syukur Ya Allah...
Sesungguhnya aku bersyukur dengan dengan limpah kurnia Mu Ya Allah...
Hari ini Sabtu tanggal 31 Disember 2016 menyaksikan kesemua anak gayong dari kumpulan yang pertama GTM At Taqwa Taman Keramat telah menerima bengkung pertama mereka Awan Putih Cula Sakti di Pusat Latihan Tertinggi Gayong Gombak...
Tahniah kerana ini semua berkat istiqomah dalam mempelajari setiap pelajaran gayong yang diajar oleh Yang Dikasihi Gurulatih Cikgu Wan Shade @ Cikgu Faizal bersama-sama pembantu beliau Cikgu Din...
Sumpah setia ikrar anak gayong yang dilafazkan semasa mandi tapak dan mandi seni semasa majlis penerimaan anak gayong hampir 2 tahun lalu jelas terpancar diwajah mereka semasa bersilaturrahim sesama anak gayong dari GTMGS yang turut sama menerima bengkung mereka...
Alhamdulillah... Majlis berjalan dengan lancar dan teratur...
Majlis ini disempurnakan dengan kehadiran Orang Besar Daerah Y.A.D. Tan Sri Dato' Paduka Raja Dato' Haji Wan Mahmood Bin Pa'wan Teh, Khalifah Besar PSSGM Selangor Cikgu Haji Zainal bin Ishak, Penghulu Mukim Setapak Tuan Mohd Fazli Bin Abdul Latif dan beberapa lagi orang kenamaan.
Berikut adalah nama-nama mereka yang telah dianugerahkan bengkung dan sijil tamat pangajian asas bahagian 1:
1. Mohd Indra Yani Bin Herman
2. Muhammad Salahuddin Bin Rahim
3. Muhammad Syahrul Bin Zulkifli
4. Rahim Bin Osman
5. Wan Mohammaed Hafiz Bin Wan Mazlan
6. Wan Mohd Zuhaidi Bin Wan Muhd Nawi
7. Muhammad Ammar Ramadhan Bin Rahim
8. Maiy Danial Farhan Bin Maiyzoulazuddin
9. Mohd Arif Bin Zain Adzahari
10. Wan Nur Athirah Binti Wan Mohd Zuhaidi
11. Wan Nur Amna Insyirah Binti Wan Mohd Zuhaidi
12. Nurul Izzah Bt Rahim
13. Khairol Sazlan Bin Kamarulzaman
Tahniah semua… Perjalanan baru bermula…
Ayuh bergayong anak harimau!!!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Website
Address
Kuala Lumpur
54200