14/05/2026
ISN telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Garis Panduan Penyelidikan ISN pada 14 Mei 2026 sebagai usaha memperkukuhkan tadbir urus penyelidikan serta memastikan setiap aktiviti penyelidikan di ISN dilaksanakan secara lebih sistematik, terancang dan selaras dengan amalan terbaik.
Bengkel ini menghimpunkan pengurusan tertinggi, pengarah bahagian, Ahli Jawatankuasa Penyelidikan ISN serta wakil daripada Bahagian Audit Dalam KBS bagi membincangkan pembangunan garis panduan rasmi berkaitan proses permohonan, penilaian, kelulusan, pelaksanaan dan pemantauan projek penyelidikan di ISN.
Sebagai institusi peneraju dalam bidang sains, perubatan dan teknologi sukan negara, ISN komited memastikan setiap penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja berkualiti dan relevan, malah memberi impak langsung kepada pembangunan prestasi atlet negara melalui pendekatan evidence-based practice.
Kerjasama strategik bersama Bahagian Audit Dalam KBS turut membantu memperkukuhkan aspek pematuhan, tadbir urus dan integriti dalam pembangunan garis panduan ini.
Diharapkan bengkel ini menjadi platform perbincangan yang konstruktif dalam memperkukuhkan ekosistem penyelidikan ISN demi memacu kecemerlangan sukan negara. 🇲🇾📚
13/05/2026
Not every hero stands on the podium. 🩺🇲🇾
Some work behind the scenes to keep Malaysia’s athletes performing at their best.
ISN is looking for passionate medical professionals to join our high-performance sports medicine team.
🏃♂️ Work with elite athletes
📈 Drive performance & recovery
❤️ Make an impact on Malaysian sports
Join us and become part of the journey behind every champion.
Apply now at
ISN Official Website: www.isn.gov.my
12/05/2026
Selamat Hari Jururawat ❤️
Ikhlas daripada warga buat semua jururawat yang sentiasa menjadi nadi dan tulang belakang dunia kesihatan.
Terima kasih atas segala pengorbanan, kesabaran dan kecekalan dalam memberikan rawatan, penjagaan serta harapan kepada setiap pesakit dan atlet.
Jasa anda amat dihargai dan akan sentiasa dikenang. 💐
11/05/2026
Strengthening the Bridge Between Sports Medicine & Cardiology 🤝❤️
ISN is proud to be represented by our Sports Physician, Dr. Ahmad Munawwar Helmi Salim, at the .
During the ISN–NHAM Joint Symposium on Sports Cardiology, Dr. Munawwar presented on “Sports & Exercise Prescription in Master Athletes”, sharing practical clinical insights and evidence-based approaches to balance elite performance with cardiovascular safety. 🏃♂️📈
Beyond the presentation, Dr. Munawwar also:
✅ Chaired key symposium sessions
✅ Participated in the “In the Hot Seat” interview segment
✅ Collaborated with leading cardiology experts to strengthen athlete health protocols
This collaboration with the reflects ISN’s ongoing commitment towards delivering world-class sports medicine and athlete care for all levels of Malaysian athletes — from elite juniors to master competitors.
09/05/2026
Di sebalik setiap kejayaan, ada doa dan pengorbanan seorang ibu yang tidak pernah mengenal lelah. ❤️
Seteguh kasih seorang ibu, begitulah kuatnya semangat yang membentuk keluarga, masyarakat dan masa depan negara.
Terima kasih kerana menjadi sumber kekuatan, inspirasi dan cinta tanpa syarat.
Selamat Hari Ibu 2026 daripada warga 🌷
07/05/2026
Institut Sukan Negara menerima kunjungan lawatan pendidikan daripada pelajar Program BS Pemakanan dan Kesihatan, Universiti Putra Malaysia pada 7 Mei 2026.
Lawatan yang melibatkan seramai 40 orang pelajar ini memberi pendedahan secara langsung kepada ekosistem sains sukan dan sokongan prestasi tinggi atlet negara menerusi sesi pembelajaran bersama Pusat Pemakanan Sukan ISN, lawatan ke JRS serta fasiliti Jungle Gym.
Program ini membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman praktikal dalam bidang pemakanan sukan, kecergasan serta pengurusan prestasi atlet, selaras dengan usaha memperkukuh hubungan antara institusi akademik dan industri sukan negara. 💪📚
TeamMAS