Majlis Sukan Negara Malaysia

Call Directions Website

Majlis Sukan Negara Malaysia Majlis Sukan Negara Malaysia
Kompleks Sukan Negara
Bukit Jalil
(1)

05/10/2026

KAPSUL LE TOUR DE LANGKAWI 2026 - 4 OKTOBER 2026

LE TOUR DE LANGKAWI 2026: CABARAN PALING SUKAR, PENGANJURAN CEMERLANG





05/10/2026

LE TOUR DE LANGKAWI 2026 – PERINGKAT 8 🏆🚴‍♂️

Dari Muar ➝ Putrajaya, pentas terakhir yang menjadi penentu kepada perjalanan panjang LTdL 2026!

Setiap kayuhan membawa pelumba semakin hampir ke detik kemuncak. Dari jalan raya Muar hingga ke garisan penamat di Putrajaya, segala tenaga, strategi dan semangat dicurahkan untuk menutup tirai edisi ke-30 dengan penuh bergaya! 🏁





LAWATAN CHEF DE MISSION KONTINJEN PARA ASIA AICHI-NAGOYA 2026Chef De Mission Kontinjen Para Asia Aichi-Nagoya, YBrs. Enc...
05/10/2026

LAWATAN CHEF DE MISSION KONTINJEN PARA ASIA AICHI-NAGOYA 2026

Chef De Mission Kontinjen Para Asia Aichi-Nagoya, YBrs. Encik Than Chee Keong hari ini mengadakan pertemuan dengan Skuad Para Olahraga Negara di trek Stadium Mini MSN Bukit Jalil.

Sesi ini bertujuan meninjau status persediaan atlet serta perkembangan terkini menjelang Temasya Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026 yang dijadual berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober 2026.





05/10/2026

KAPSUL SUKAN ASIA AICHI-NAGOYA 2026 - 4 OKTOBER 2026

SEMBILAN EMAS, PETUNJUK POSITIF PRESTASI SUKAN NEGARA





04/10/2026
AICHI-NAGOYA 2026 MELABUHKAN TIRAI, DOHA TUAN RUMAH 2030Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 secara rasmi menutup tirainya selep...
04/10/2026

AICHI-NAGOYA 2026 MELABUHKAN TIRAI, DOHA TUAN RUMAH 2030

Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 secara rasmi menutup tirainya selepas 16 hari menyaksikan atlet dari seluruh benua Asia bersaing dalam pelbagai acara bagi merebut tempat di podium.

Upacara penutupan berlangsung di Stadium Paloma Mizuho diserikan dengan kehadiran Putera Mahkota Akishino Fumihito dan Puteri Mahkota Kiko.

Atlet daripada kontinjen seluruh Asia kemudiannya mengambil bahagian dalam perarakan penutup, sebelum diserikan dengan pelbagai persembahan sebelum kemuncaknya menyaksikan api Sukan Asia dipadamkan, menandakan secara rasmi berakhirnya temasya Aichi-Nagoya 2026.

Kontinjen Malaysia menamatkan kempen di kedudukan ke-11 keseluruhan, dengan membawa p**ang sembilan pingat emas, tujuh perak dan 16 gangsa.

China terus mengungguli kedudukan keseluruhan dengan 169 emas, 89 perak dan 83 gangsa, diikuti tuan rumah Jepun di tempat kedua menerusi 83 emas, 95 perak dan 91 gangsa.

Korea Selatan p**a melengkapkan kelompok tiga terbaik dengan kutipan 39 emas, 43 perak dan 68 gangsa.

Selepas Aichi-Nagoya melabuhkan tirai, Doha, Qatar bakal meneruskan legasi sebagai tuan rumah Sukan Asia 2030.





LE TOUR DE LANGKAWI 2026 - PERINGKAT KELAPAN Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Lennart Jasch dari Jerman dinobatkan sebaga...
04/10/2026

LE TOUR DE LANGKAWI 2026 - PERINGKAT KELAPAN

Pelumba Tudor Pro Cycling Team, Lennart Jasch dari Jerman dinobatkan sebagai juara keseluruhan LTdL 2026 selepas menamatkan perlumbaan peringkat kelapan dan terakhir di Putrajaya hari ini.

Jasch mengesahkan kejuaraan keseluruhan mengatasi pelumba Caja Rural-Seguros RGA, Abel Balderstone Roumens di tempat kedua manakala rakan sepasukannya, Jan Castellon Ribalta menduduki tempat ketiga keseluruhan.

Pada perlumbaan sejauh 188.3 kilometer dari Muar ke Putrajaya, Matteo Malucelli dari XDS Astana muncul juara Peringkat Kelapan selepas menewaskan Riley Pickrell dari Modern Adventure Pro Cycling di tempat kedua, manakala Christiaan Van Rees dari Team Picnic PostNL melengkapkan podium di tempat ketiga.

Matteo Malucelli turut dinobatkan sebagai Raja Pecut, manakala Lennart Jasch mengungguli gelaran Raja Bukit. Jersi Putih MSN selaku Pelumba Terbaik Asia p**a menjadi milik Yuhi Todome dari Aisan Racing Team.

Pelumba negara, Tsen Ren Bao yang mewakili St George Continental Cycling Team p**a muncul sebagai pelumba terbaik Malaysia, selain menduduki tempat kedua dalam klasifikasi Pelumba Terbaik Asia.

Klasifikasi pasukan terbaik keseluruhan dimenangi Caja Rural-Seguros RGA, diikuti Unibet Rose Rockets di tempat kedua dan Burgos Burpellet-BH di tempat ketiga. Sementara itu, Nusantara Cycling Team muncul sebagai pasukan terbaik Asia, diikuti Wheeltop Rotor Chengdu Team dan Malaysia National Team di tempat ketiga.





30YearsandThriving

KENYATAAN MEDIA : KONTINJEN MALAYSIA ULANGI PENCAPAIAN TERBAIK DALAM SEJARAH DI PENTAS SUKAN ASIA
04/10/2026

KENYATAAN MEDIA : KONTINJEN MALAYSIA ULANGI PENCAPAIAN TERBAIK DALAM SEJARAH DI PENTAS SUKAN ASIA





TAHNIAH DAN SYABAS, KONTINJEN MALAYSIA! Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh Kontinjen Malaysia atas kejaya...
04/10/2026

TAHNIAH DAN SYABAS, KONTINJEN MALAYSIA!

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada seluruh Kontinjen Malaysia atas kejayaan mengharumkan nama negara di pentas Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026!

Setiap pingat emas, perak dan gangsa yang diraih adalah hasil semangat juang, kerja keras, disiplin dan pengorbanan para atlet, serta seluruh barisan jurulatih dan pegawai.

Terima kasih kerana terus mengangkat nama Malaysia di persada Asia.

Syabas wira dan wirawati negara!
Anda semua kebanggaan Malaysia!





04/10/2026

KAPSUL LE TOUR DE LANGKAWI 2026 - 3 OKTOBER 2026

CAVALCADE BAWA KEMERIAHAN LE TOUR DE LANGKAWI DEKAT KEPADA MASYARAKAT





Address

Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
Kuala Lumpur
57000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+60389929600

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Sukan Negara Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category