Southern Selangor Football Club - SSFC

Southern Selangor Football Club - SSFC

Share

Kelab Bolasepak SSFC
No Pendaftaran C-KUL-02886

03/02/2023

Moh daftar yob. Khusus bagi warga Manjung, Perak dan sewaktu dengannya. Bersiap awal lagi baik dari menunggu siap saat akhir.





03/02/2023

Untuk warga Kuala Lumpur. Jangan tunggu sehingga saat terakhir untuk mengisi slot yang kosong. Kick off liga pada 13 Mei 2023.

Terhad kepada 16 pasukan SAHAJA!!!





03/02/2023

Masih terdapat beberapa lagi kekosongan. Jangan terlepas peluang. Pembuka tirai untuk tahun 2023.





Photos from Southern Selangor Football Club - SSFC's post 27/01/2023

Untuk hebahan umum. Kick Off Liga 25 Februari 2023. Jangan terlepas peluang.





22/09/2021

Selepas hampir 6 bulan berehat, pemain akan kembali ke padang pada Sabtu ini, 25hb September 2021.

Siapa mereka? Mereka inilah yang telah berlatih bersama pasukan dari awal tahun sehingga pertengahan bulan April dimana segala aktiviti terpaksa ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Wajah baru, barisan kejurulatihan terkini. Nantikan photo-photo mereka pada posting akan datang.

Juan MN
Kelab Bolasepak SSFC



05/03/2021

Persiapan untuk masa harapan

Mungkin ada yang berpendapat, buat apa nak wujudkan caruman KWSP ni. Kelab pun amatur je kan...??

Caruman KWSP antara syarat yang perlu diadakan bagi sesebuah kelab bolasepak professional di Malaysia. Bukan itu sahaja, banyak persatuan-persatuan sudah mula mencarum pekerja-pekerja mereka dibawah KWSP.

Kami mengambil langkah awal didalam persedian kearah profesionalisme dan Inshaa Allah kami akan berusaha menjaga kebajikan setiap pemain dan menyediakan yang terbaik buat mereka yang ingin bersama Kelab Bolasepak SSFC.




23/02/2021

22 Feb 2020
Shopee Piala FA Malaysia 2020

Genap setahun kenangan pasukan melayakkan diri ke pusingan kedua Shopee Piala FA Malaysia 2020.

Menang pada pusingan kelayakan dengan jaringan 3-0, rentak kemenangan diteruskan pada perlawanan pusingan pertama dimana pasukan SSFC berjaya membenam pihak lawan dengan jaringan 5-1.

Pada pusingan kedua kejohanan, pasukan dijadualkan akan bertemu dengan pasukan UKM FC. Namun perlawanan terpaksa dibatalkan akibat penularan pandemik Covid-19. Kejohanan Shopee Piala FA Malaysia tidak diteruskan dan pemain terpaksa akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh MFL.

Tahun 2021, adakah kenangan manis bakal tercipta di Liga M3 p**a? Berharap pihak pengurusan dapat melakukan yang terbaik untuk pasukan.





16/02/2021

RAKAN PENAJA

Southern Selangor Football Club akan membuat penampilan di dalam Liga M3 2021 yang bakal bermula Jun nanti.

Kami mengalu-alukan kehadiran mana-mana individu atau syarikat yang ingin bersama dan menjadi sebahagian daripada Keluarga SSFC.

Haluan kita mungkin berbeza, namun matlamat dan impian kita adalah sama. Ayuh hubungi kami untuk ketahui kelebihan dan perancangan yang telah dan akan kami rangka untuk ANDA.

☎️ +60193128322
📲 http://www.wasap.my/+60193128322
📧 [email protected]




09/02/2021

Terima kasih En Izrin Nabil, Setiausaha Agung FA Selangor, kerana sudi menerima kunjungan kami untuk sesi perbincangan permohonan kelab bernaung di bawah FA Selangor.

Perbincangan juga ditumpukan kepada penyertaan kelab ke Liga M3 2021 dan hala tuju kelab pada masa akan datang didalam sukan bolasepak Malaysia.

Bersama Presiden Kelab mewakili kelab ke sesi perbincangan petang tadi, Penolong Bendahari Kelab, En Muhammad Syauki.

Terima kasih FA Selangor.




03/02/2021

Diharap penangguhan ini memberi ruang dan peluang kelab memperbaiki persiapaan menghadapi Liga M3 2021.

Didalam masa yang sama, kita sama-sama berusaha menghapuskan pandemik Covid-19 dari membelengu kehidupan seharian kita. Jaga penjarakan sosial. Keluar bila perlu sahaja. Kita jaga kita.

Stay safe semua.. Kita pasti menang.




SIARAN MEDIA: LIGA M3 2021 AKAN BERMULA JUN

PETALING JAYA (Rabu, 3 Februari 2021): Amateur Football League (AFL), hari ini secara rasmi mengumumkan bahawa pertandingan Liga M3 2021 yang pada asalnya dijadual bermula Mac ini akan dipinda ke satu tarikh baharu pada Jun depan.

Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, pindaan berkenaan dibuat bagi memastikan kesihatan pemain dan pegawai serta perancangan pasukan yang bakal bertanding tidak terjejas berikutan situasi semasa pandemik COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Walaupun kami ingin pertandingan Liga M3 musim 2021 ini dijalankan mengikut jadual awal seperti yang dirancang tetapi kesihatan serta keselamatan pemain dan pegawai pasukan adalah keutamaan buat kami di AFL,” kata Datuk Wira Mohd Yusoff.

Walau bagaimanapun, menurut beliau, pindaan ini tidak akan menjejaskan proses saringan serta pengesahan pasukan bertanding yang dijangka akan selesai awal Mac ini.

"Pengesahan awal ini akan memberi masa yang mencukupi untuk kesemua pasukan yang bertanding bersiap siaga dalam mengharungi saingan Liga M3 2021," jelas beliau.

Selain itu, Datuk Wira Mohd Yusoff memberitahu bahawa pindaan ini juga merupakan satu langkah proaktif bagi memastikan kelancaran semua aspek pertandingan termasuk pendaftaran pemain dan pasukan serta penjadualan perlawanan Liga M3 tidak terganggu.

“Kami (AFL) akan menggunakan waktu pindaan ini untuk melakukan saringan yang lebih teliti ke atas semua dokumen yang telah diserahkan oleh pasukan-pasukan.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, proses saringan ini adalah perlu sebagai langkah persediaan bagi menyiapkan mereka (pasukan) ke arah semi-pro selain untuk mengenal pasti pasukan terbaik dan kompetitif,” jelas beliau.

Tambah Datuk Wira Mohd Yusoff: “Bagi saingan Liga M3 musim 2021 ini, AFL telah bersedia dengan beberapa format pertandingan dan akan meneliti dan memilih format yang terbaik selepas memuktamadkan jumlah pasukan yang layak dan melepasi syarat untuk bertanding.”

Photos from Southern Selangor Football Club - SSFC's post 13/01/2021

⚽ 180 PEMAIN HADIR KE SESI PEMILIHAN KELAB AMATUR ⚽

Alhamdulillah selesai sudah sesi pemilihan awal termasuk 2 perlawanan TRIAL MATCH kelab. Tahniah diucapkan kepada 36 pemain yang berjaya ke saringan terakhir dimana kelab akan memilih 25 pemain bagi membawa cabaran di Liga M3 2021.

36 pemain ini bakal mengharungi 3 lagi perlawanan sebelum pihak pengurusan dapat memuktamadkan 25 pemain yang akan diberi kontrak pemain bersama kelab.

Diharap didalam tempoh PKP selama 2 minggu ini pemain terpilih dapat meningkatkan lagi tahap kecergasan masing-masing agar apabila diberi kebenaran kembali untuk bermain oleh pihak kerajaan, mereka sudah bersedia.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pemain yang hadir. Pihak pengurusan juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anggota-anggota RELA yang bertugas semasa sesi pemilihan berlangsung tempoh hari.




31/12/2020

2 hari lagi...

Pihak pengurusan pun dah nervous..!!

Katanya pemain dari Kelantan akan menghadirkan diri. Ada juga pemain akan hadir dari Kedah. Belum lagi yang dari Johor pun ingin hadir...

Meja pendaftaran akan dibuka 315ptg. Pastikan ANDA hadir ke venue pemilihan awal agar proses pendaftaran dapat berjalan dengan lancar dan sesi pemilihan dapat dimulakan seperti yang dirancang.

2 anggota RELA akan turut membantu pihak pengurusan bagi memastikan tiada kesulitan akan berlaku sepanjang sesi pemilihan berjalan.

Jangan lupa pelitup muka anda..!! INGAT SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Kita jaga kita.....

Jumpa Sabtu ini, Inshaa Allah.




Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur