Pekerti UM

Pekerti UM

Share

Pekerti UM Pada 29 Februari 2016, PEKERTI UM telah didaftarkan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia.

Dengan kekuatan hampir seramai 800 orang pegawai daripada pelbagai skim perkhidmatan dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional di Universiti, PEKERTI UM akan sentiasa berusaha meningkatkan pembangunan profesionalisma secara berterusan disamping memelihara kesejahteraan dan kebajikan ahli-ahli Persatuan untuk pembangunan Pegawai dan Universiti secara keseluruhan.

Photos from Pekerti UM's post 20/08/2021

Tahniah kepada para penerima Anugerah Pentadbir Universiti Malaya 2021 sempena Sambutan Hari Pentadbir Peringkat UM pada 20.8.2021 yang disambut secara maya.

Kepada semua penerima, semoga anugerah ini akan menjadikan tuan puan lebih terus komited dan meningkatkan prestasi kerja masing-masing demi menaikkan lagi imej dan kredibiliti ahli PEKERTI amnya dan sebagai warga UM khasnya. Dengan kejayaan tuan puan ini, menjadi suntikan semangat kepada ahli PEKERTI yang lain untuk bekerja dengan lebih gigih dan bersungguh-sungguh seterusnya
meningkatkan kecekapan tadbir urus yang baik.

TAHNIAH !!!!!




20/08/2021

Tahniah kepada Dr. Chen Chee Dhang

Di atas pelantikan sebagai Presiden Pekerti 2021-2022

20/08/2021

Sekalung Penghargaan & Terima Kasih kepada Dr. Hazlin Anita

Atas sumbangan dan jasa bakti beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai Presiden Pekerti.

Tuai Padi Antara Masak
Esok Jangan Layu-Layuan
Intai Kami Antara Nampak
Esok Jangan Rindu-Rinduan...

17/08/2021

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Warga Pekerti yang dihormati,

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas, Universiti Malaya menjemput tuan/puan untuk menghadiri Majlis Perasmian Hari Pentadbir Universiti Awam Peringkat Universiti Malaya 2021 secara dalam talian seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 20 Ogos 2021 (Jumaat)
Masa : 9.00 pagi
Medium : Online (zoom)
Link : https://tinyurl.com/haripentadbirUM

Photos from Pekerti UM's post 09/08/2021

Assalammualaikum.

Bermula waktu Maghrib hari ini 9/8/2021(Isnin), semua umat Islam akan melangkah masuk tahun baharu 1443H.

Kami kongsikan kepada warga PEKERTI yang beragama Islam doa akhir tahun dan awal tahun (dalam Bahasa Melayu) yang disediakan khas oleh Ustaz Mirza Hilmi Abu Bakar.

Jika bermanfaat, bolehlah panjangkan kepada ahli keluarga/kenalan agar kita semua dapat bermunajat dan berdoa bersama-sama.

09/08/2021

Salam Maal Hijrah ♥️

05/08/2021

.

JEMPUTAN: Bacaan Yaasin, Tahlil Arwah (Berkelompok) & Doa Selamat Anjuran Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PEKERTI UM)
Tarikh: 5.8.2021 (KHAMIS) || 08:00 malam

Satu majlis bacaan Yaasin, Tahlil Arwah (Berkelompok) & Doa Selamat akan diadakan secara dalam talian bagi memanjatkan doa:
i) kepada yang telah meninggal dunia semasa tempoh PKP.
ii) mendoakan kesembuhan kepada mereka yang sedang sakit.
iii) mereka yang dijangkiti COVID-19.
iv) memohon doa agar dihindari daripada wabak Covid 19, kesejahteraan serta keberkatan Allah SWT.

Tarikh: 5.8.2021 (Khamis)
Masa: 8.00-8.30 malam

Pautan Zoom.

Dipimpin oleh Ustaz Mizra Hilmi B Abu Bakar (Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan), Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM (BHEP UM).

Terima kasih

Semua dijemput hadir.





03/08/2021

TAJUK WEBINAR: KEKAL SIHAT SEMASA PKP DAN LET'S ZUMBA !!!!

PENCERAMAH: PN SUHAILI BT SUBOH, PEGAWAI DIETETIK (FAKULTI PERUBATAN)
Tarikh: 4.8.2021 (Rabu)
Masa: 10 pagi - 11 Pagi
Tajuk: Kekal Sihat Semasa PKP

PENCERAMAH: PN ERNA BT ACHBAR, PEGAWAI BELIA DAN SUKAN (TIMBALAN NAIB CANSELOR PEMBANGUNAN)
Tarikh: 4.8.2021 (Rabu)
Masa: 11 pagi - 12 Tengahari
Tajuk: ZUMBA PEKERTI....LET'S SHAKE !!!!

MEDIUM: APLIKASI ZOOM

Pautan pendaftaran awal WEBINAR 3 DAN KEHADIRAN : https://tinyurl.com/pekerti0408

Semua di jemput hadir ♥️.



30/07/2021

DAULAT TUANKU

MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
AL-SULTAN ABDULLAH RI'AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH
IBNI ALMARHUM SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH

SEMPENA
MEMULIAKAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN YANG KE-62
PADA 30 JULAI 2021 BERSAMAAN 20 ZULHIJJAH 1442 HIJRAH

"SEMOGA ALLAH MEMBERKATI PEMERINTAH BERJIWA RAKYAT
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU"

27/07/2021

Assalamualaikum

Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas (PEKERTI) Universiti Malaya ingin menjemput sahabat semua untuk Majlis Bacaan Yaasin Perdana dan Doa Selamat seperti ketetapan di bawah:-

📌JEMPUTAN: Majlis Bacaan Yassin Perdana dan Doa Selamat Anjuran PEKERTI UM

📌Tarikh: 29.7.2021 (KHAMIS) || 08:00 malam

📌Dipimpin oleh Ustaz Mizra Hilmi B Abu Bakar Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UM (BHEP UM)

📌Pautan Zoom:
https://zoom.us/j/98867004989?pwd=QnZGZTJhazhpZnNWaGV5VkY5b25zdz09

📌Meeting ID: 988 6700 4989
📌Passcode: 29721

♥️Marilah sama-sama kita terus bermunajat dan berdoa kepada Allah SWT agar penularan Covid 19 dapat segera dibendung dan seterusnya lenyap di muka bumi ini. Semoga kita semua dijauhi daripada bencana Covid 19. InshaAllah. 

Semua dijemput hadir. 







Salam Hormat & Terima Kasih.

09/07/2021

.




PROGRAM 4: ROADSHOW - TAKLIMAT PENGISIAN BORANG BAGI ANUGERAH PENTADBIR UM & TARIKH-TARIKH PENTING !!!

Tarikh taklimat pengisian adalah pada :

2 Julai 2021
(10 pagi -12 tengahari)

2 Julai 2021
(2.30 petang - 4.30 petang) -

5 Julai 2021
(2.30 petang -4.30 petang) -

6 Julai 2021
(2.30 pm - 4.30 petang) -

Ahli PEKERTI boleh merujuk poster terlampir.

Ucapkan sekalung tahniah kepada mereka yang menjayakan program ini.

Kerjasama yang diberikan terhadap perkara yang dibangkitkan, amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

PERSATUAN PEGAWAI TADBIR & IKHTISAS UNIVERSITI MALAYA (PEKERTI UM)



09/07/2021

.

PROGRAM 3. ANUGERAH PENTADBIR UM

(TARIKH TUTUP: 19 JULAI 2021)

Buat pertama kalinya, penganjuran kali ini akan mengetengahkan sebanyak 10 Anugerah berprestij di peringkat PEKERTI seperti senarai di bawah.

Senarai Anugerah:

1. Anugerah Pentadbir Terbilang PEKERTI 2021
2. Anugerah Pentadbir Harapan PEKERTI 2021
3. Anugerah Pentadbir PEKERTI 2021 (Kategori Penulisan Ilmiah)
4. Anugerah Pentadbir PEKERTI 2021 (Kategori Penulisan Sosial)
5. Anugerah Pentadbir PEKERTI 2021 (Khidmat Komuniti)
6. Anugerah Pentadbir PEKERTI 2021 (Penyelidikan - Penyelidik)
7. Anugerah Pentadbir PEKERTI 2021 (Penyelidikan - Skim Lain-Lain)
8. Anugerah Pentadbir PEKERTI 2021 (Tadbir Urus Kreativiti Dan Inovasi)
9. Anugerah Pentadbir PEKERTI 2021 (Inovasi Kejuruteraan, Teknologi Dan Komunikasi)
10. Anugerah Pentadbir PEKERTI 2021 (Sukan Dan Rekreasi)

Kerjasama yang diberikan terhadap perkara yang dibangkitkan, amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

PERSATUAN PEGAWAI TADBIR & IKHTISAS UNIVERSITI MALAYA (PEKERTI UM)



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Kuala Lumpur
50603