01/10/2026
PENGHARGAAN | TRAIL DES PANTAI 2026
Dengan berakhirnya Trail des Pantai 2026, pihak penganjur ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan kepercayaan dalam menjayakan acara ini.
Pihak Kerajaan & Agensi
Terima kasih kepada:
Majlis Bandaraya Seremban (MBS)
atas sokongan dan kerjasama dalam menjayakan TDP26 serta membantu kami memperkenalkan Pantai sebagai salah satu destinasi yang mempunyai potensi untuk acara sukan dan rekreasi.
JAKOA Daerah Seremban
atas kerjasama dan sokongan dalam urusan berkaitan komuniti Orang Asli serta pelaksanaan acara di kawasan ini.
Tourism Negeri Sembilan
atas sokongan dalam mempromosikan Pantai dan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan berasaskan alam semula jadi, komuniti dan pengalaman luar.
JPKKOA Kg. Kolam Air Pantai
atas kepercayaan, kerjasama dan layanan kepada seluruh pasukan TDP26 sepanjang persiapan sehingga tamat acara.
Rakan Penaja
Setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja rasmi kami:
Navawhite
Junk Gear
Staycool Socks Malaysia
N8 Sports Nutrition
Terima kasih kerana bersama-sama menyokong perjalanan TDP26 dan komuniti trail running.
Kepada semua peserta
Terima kasih kerana memilih untuk datang ke Pantai, berlari di denai kami, menikmati alam sekitar dan menjadi sebahagian daripada pengalaman ini.
Lebih daripada sekadar nombor penyertaan dan masa di garisan penamat, kehadiran anda membantu menghidupkan suasana dan memperkenalkan Pantai kepada lebih ramai komuniti luar.
Kepada seluruh krew dan sukarelawan
Di sebalik setiap flag off, checkpoint, aid station, simpang laluan, medical point, 4x4, finish line dan penyampaian hadiah, ada insan yang bekerja tanpa banyak dilihat.
Terima kasih atas masa, tenaga, kesabaran dan komitmen anda.
Dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung -- pihak berkuasa, komuniti setempat, pemilik tanah, marshal, medical team, photographer, videographer, technical team, logistics team, suppliers, rakan-rakan media serta individu yang membantu sebelum, semasa dan selepas acara -- kami amat menghargai sumbangan anda.
Trail des Pantai 2026 tidak akan menjadi seperti ini tanpa anda semua.
Daripada kami di Projek Hijo, terima kasih kerana bersama-sama menjadikan Pantai sebahagian daripada perjalanan kami.
Celebrating the culture.
Embracing the difference.
Trail des Pantai 2026
Exploring Paradise.