Silat Cekak Hanafi UM

Silat Cekak Hanafi UM

Share

Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Malaya (Cekak Hanafi UM) adalah persatuan yang be

Universiti Malaya adalah universiti pertama yang menerima silat cekak sebagai salah satu aktiviti pelajar mulai tahun 1973.

22/03/2026

✨SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI✨

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Di hari yang mulia ini, pihak Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Malaya (CHUM) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam.

Semoga Aidilfitri pada kali ini dapat membawa seribu makna dalam hidup kita bagi mengeratkan silaturrahim dan menghidupkan kembali nilai kasih sayang sesama kita.

Di kesempatan ini, kami juga ingin memohon maaf atas segala kekhilafan, sama ada secara zahir mahupun batin.

Semoga kita sentiasa dilimpahi keberkatan, kesihatan, dan kebahagiaan di hari yang penuh mulia ini. 🌙✨

05/03/2026

🎖️MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SILAT CEKAK HANAFI🎖️

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Kecemerlangan Silat Cekak Hanafi telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Januari 2026 bertempat di Auditorium Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya.

Pihak persatuan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa akan datang.

Photos from Silat Cekak Hanafi UM's post 05/03/2026

19/02/2026

⭐️SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1447H / 2026M⭐️

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Pihak Persatuan Seni Silat Cekak Hanafi Universiti Malaya (CHUM) ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh ahli persatuan.

Semoga kehadiran bulan yang penuh keberkatan ini menjadi ruang untuk kita meningkatkan keimanan dan ketakwaan, memperbanyakkan amal ibadah serta memperkukuhkan ukhuwah sesama kita.

Marilah kita bersama-sama menghayati Ramadan dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan semangat kebersamaan.

Photos from Silat Cekak Hanafi UM's post 06/01/2026

[BARISAN KEPIMPINAN CHUM SESI 2025/2026]

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi Universiti Malaya (CHUM) bagi sesi 2025/2026.

Semoga amanah dan tanggungjawab yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, integriti serta semangat kerjasama yang tinggi dalam merancang dan melaksanakan setiap aktiviti persatuan.

Diharapkan kepimpinan ini mampu membawa persatuan ke arah yang lebih cemerlang, berdaya maju serta memberi manfaat kepada semua ahli.✨

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

University Of Malaya
Kuala Lumpur
50603